Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 pekerjaan menawarkan gaji lumayan namun meletakkan nyawa di hujung tanduk

    7 pekerjaan menawarkan gaji lumayan namun meletakkan nyawa di hujung tanduk

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 25, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BEKERJA merupakan satu tuntutan demi kelangsungan kehidupan.  Sesetengah pekerjaan hanya memerlukan pekerjanya untuk duduk diatas kerusi dan menghadap komputer sepanjang hari.  Walaupun kecederaan semasa bekerja boleh dikatakan satu perkara biasa, namun ada juga pekerjaan yang mempertaruhkan nyawa.

    Ingin tahu sama ada pekerjaan apakah yang paling berbahaya?  Relevan kongsikan beberapa pekerja berbahaya di dunia menurut Reader’s Digest.  

    • Pembalak

    Pada 2016, pekerja pembalakan diiktiraf sebagai pekerjaan paling berbahaya.  Menurut Bureau of Labour Statistics (BLS), 91 kematian di tempat kerja dilaporkan iaitu purata sebanyak 135.9 daripada 100,000 pekerja. Satu-satunya perkara yang lebih menakutkan daripada menebang pokok yang tinggi dan berat adalah mengendalikan jentera-jentera berat. Kebanyakan kematian dalam sektor ini adalah disebabkan oleh pokok tumbang atau kesilapan dalam mengendalikan peralatan.

    • Jurukimpal dalam air

    Kebiasaannya, air dan elektrik merupakan gandingan yang buruk kerana air merupakan salah satu konduktor elektrik.  Namun, bekerja dengan air dan elektrik merupakan perkara yang biasa bagi jurukimpal dalam air.  

    Jurukimpal bertanggungjawab membaiki saluran paip, kapal, empangan dan banyak lagi.  Mereka juga terdedah kepada risiko berlakunya letupan dan bahaya daripada tekanan dalam air yang berbeza. Contohnya, apabila penyelam terperangkap di bawah aliran air yang mempunyai tekanan tinggi, mereka berpotensi untuk lemas.

    • Pekerja pelantar minyak

    Tragedi pertumpahan minyak yang dinamakan sebagai ‘The Deepwater Horizon’ yang berlaku di Teluk Mexico merupakan satu bencana alam sekitar terbesar dalam sejarah yang melibatkan minyak.  Tragedi ini telah meragut 11 nyawa dan sekali gus membuktikan bahawa pekerjaan di pelantar minyak merupakan salah satu pekerjaan yang paling berbahaya baik luar pesisir (offshore) mahupun darat (onshore).  

    Bekerja di ketinggian yang luar biasa dengan peralatan yang berat dan berbahaya merupakan lumrah pekerjaan ini.  Akan tetapi, punca ramai pekerja terkorban ketika bertugas adalah disebabkan kemalangan kenderaan. Walaupun mempunyai banyak risiko kemalangan, pekerjaan ini merupakan salah satu pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi pada tahun 2020.

    • Nelayan laut dalam

    Para nelayan laut dalam disenaraikan sebagai pekerjaan kedua paling berbahaya di Amerika Syarikat, menurut data yang dikongsikan oleh BLS.  Nelayan perlu berhadapan dengan perubahan alam semula jadi yang tidak boleh dijangka. 

    Di perairan laut luas yang terbuka dan jauh dari sebarang bantuan perubatan, mereka berjudi dengan nyawa sendiri demi mendapatkan tangkapan yang banyak.  Punca kematian tertinggi bagi sektor pekerjaan ini ialah lemas di laut yang bergelora.

    • Juruterbang dan jurutera penerbangan

    Keselamatan syarikat penerbangan komersial dikatakan bertambah baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.  Akan tetapi, terdapat 75 jurumalim pesawat (aircraft navigators) dari pesawat yang lebih kecil seperti teksi udara – meninggal dunia pada 2016, menurut BLS. 

    Kesilapan manusia juga menyumbang kepada banyak kematian juruterbang pesawat dan jurutera penerbangan semasa bekerja, termasuk dengan kesilapan mekanikal dan perubahan cuaca yang tidak dapat dijangka.

    • Pelombong

    Pelombong terdedah kepada risiko keruntuhan gua, letupan, kebocoran bahan kimia, keletihan, terjatuh, renjatan elektrik, asap toksik dan beban berat.  China mempunyai industri perlombongan terbesar di dunia dan merupakan lombong yang paling mengancam nyawa.

    Laporan mendapati bahawa negara China menyumbang 80 peratus kematian perlombongan arang batu di seluruh dunia setiap tahun, kebanyakannya akibat letupan. Perlombongan juga merupakan antara 20 pekerjaan paling kotor di dunia.

    • Penyiasat persendirian

    Penyiasat persendirian sering bekerja sendiri tanpa pertolongan dan bertanggungjawab menangkap orang yang melakukan perbuatan tidak sepatutnya dan menyalahi undang-undang.  Antara beberapa risiko yang dihadapi oleh detektif adalah kemalangan kereta, jadual kerja yang padat dan kemungkinan subjek akan menyerang dengan ganas.

    Kesimpulannya, meskipun bekerja merupakan tuntutan untuk terus hidup, kita juga perlu menyeimbangkan tanggungjawab terhadap kerja dengan tanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga. Jangankan terlalu mengejar keselesaan hidup dan kestabilan kewangan sehingga menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan mental. – RELEVAN

    featured kerjaya pekerjaan bahaya

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.