Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

    Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

    By Umi FatehahJuly 23, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

    WAKTU kecil dahulu, ramai antara kita suka bermain basikal. Mungkin ada juga yang pernah mengalami rantai basikal putus atau rosak sehingga terpaksa menuntun basikal pulang ke rumah.

    Tetapi bagi Soichiro Honda, basikal menjadi titik permulaan kepada minatnya terhadap dunia mekanikal. Siapa sangka, minatnya terhadap basikal ketika kecil akhirnya membuka jalan kepada kelahiran Honda yang kini menjadi salah satu syarikat permotoran terbesar di dunia.

    Dilahirkan pada tahun 1906 di sebuah kampung kecil di Shizuoka, Jepun, Soichiro Honda sering membantu ayahnya membaiki basikal. Beliau belajar cara menukar rantai, meluruskan rim dan membaiki tayar bocor.

    Bagi Soichiro Honda, setiap skru, tayar dan enjin mempunyai ‘jiwa’ tersendiri yang perlu difahami untuk berfungsi dengan baik.

    Tidak berputus asa walaupun gagal

    Ketika meningkat remaja, Soichiro mula bekerja di kedai membaiki kereta di Tokyo. Selepas beberapa tahun, Soichiro membuka syarikat pertamanya, Tokai Seiki untuk menghasilkan gelang piston (alat dalam enjin kereta).

    Namun, perjalanannya tidak mudah. Hasil rekaannya beberapa kali gagal berfungsi dengan baik. Lebih menyedihkan, pada 1937 iaitu ketika Perang Dunia Kedua, kilangnya musnah akibat perang dan gempa bumi.

    Tetapi Soichiro tidak pernah berputus asa. Katanya, setiap kegagalan mengajarnya untuk memperbaiki kesilapan. Dia percaya, orang yang berjaya adalah orang yang gagal berulang kali tetapi tetap bangun mencuba lagi.

    Selepas perang, Saichiro Honda menjual saki baki aset yang terselamat kepada Toyota dan menggunakan dana tersebut menubuhkan Institut Penyelidikan Teknikal Honda.

    Mencipta motosikal Honda pertama

    Pada tahun 1946, Perang Dunia Kedua telah menyebabkan Jepun berdepan dengan kekurangan minyak petrol. Soichiro Honda mendapat idea untuk memasang enjin kecil pada basikal supaya orang ramai boleh bergerak dengan lebih mudah.

    Motosikal pertama ciptaan Soichiro Honda

    Ia merupakan motosikal Honda pertama yang menjadi penyelamat ramai penduduk Jepun ketika itu.
    Dua tahun kemudian, pada 1948, beliau menubuhkan Honda Motor Co. Ltd. Syarikatnya terus berkembang dan menjadi pengeluar motosikal terbesar di dunia dalam tempoh kurang daripada 10 tahun.

    Bagaimana Honda menghasilkan kereta pula?

    Selepas berjaya dengan motosikal, Soichiro Honda mempunyai impian yang lebih besar. Beliau mahu menghasilkan kereta jenamanya sendiri.

    Pada mulanya, ramai yang meragui kemampuannya kerana Honda hanyalah syarikat motosikal sedangkan syarikat automotif lain di Jepun sudah lama menghasilkan kereta.

    Namun, bagi Soichiro, tiada yang mustahil jika berusaha bersungguh-sungguh. Pada 1963, Honda mengeluarkan kereta pertamanya, Honda T360, sebuah trak kecil yang menggunakan enjin motosikal Honda.

    Tidak lama kemudian, Honda menghasilkan kereta penumpang pertamanya, Honda S500, sebuah kereta sport kecil. Kedua-duanya mendapat sambutan kerana terkenal dengan enjin yang tahan lasak dan menjimatkan minyak.

    Kereta pertama keluaran Honda, Honda T360

    Sejak itu, Honda terus mengembangkan teknologi keretanya dan mula memasuki perlumbaan Formula 1 pada 1964 untuk menguji kehebatan enjin keluarannya.

    Selain menghasilkan kereta dan motosikal, Honda juga menjadi antara syarikat terawal yang membangunkan teknologi hibrid dan enjin mesra alam.

    Model kereta Honda Insight yang dilancarkan pada tahun 1999 merupakan kereta hibrid pertama di Amerika Syarikat. Ini menunjukkan bagaimana syarikat Honda sentiasa ke hadapan dalam mencari penyelesaian demi menjaga alam sekitar.

    Soichiro Honda menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1991 ketika berusia 84 tahun akibat kegagalan hati. Walaupun jasadnya telah tiada, namanya terus hidup dalam setiap motosikal dan kereta Honda yang meluncur di jalanan.

    Hari ini, Honda dikenali di seluruh dunia dengan kereta-keretanya yang berkualiti, menjimatkan dan menjadi jenama idaman ramai. Siapa sangka, impian kecil Soichiro Honda pada sebuah basikal dahulu kini berkembang menjadi legasi besar yang menggerakkan dunia. – RELEVAN

    Previous ArticleDah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi
    Next Article Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.