Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan
    • 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor
    • Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

      June 3, 2023

      10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

      June 2, 2023

      Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

      June 2, 2023

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Makan snek bernutrisi tinggi sangat penting ketika berpuasa, ini tip yang dikongsikan oleh pakar pemakanan

    Makan snek bernutrisi tinggi sangat penting ketika berpuasa, ini tip yang dikongsikan oleh pakar pemakanan

    By Zubaidah IbrahimApril 25, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Pexels

    SELAIN memilih juadah berbuka puasa yang sihat, mengamalkan snek yang berkhasiat juga sama penting untuk mengekalkan tenaga dan menjaga kesihatan sepanjang bulan Ramadan.

    Menurut Ketua Pemakanan dan Nutrisi, Mondelēz International Asia Tenggara, Lim Chain Yin, berpuasa di bulan Ramadan dapat membantu melancarkan sistem penghadaman, membuang toksin serta memulihkan tubuh badan secara semula jadi.

    “Sehubungan itu, bagi mendapat manfaat kesihatan yang sepenuhnya, kita perlu mengamalkan pemakanan sihat dan mengelakkan daripada makan berlebihan.

    “Berbuka dengan sederhana dan pengambilan snek yang bersesuaian dapat membantu tubuh badan menggantikan nutrisi yang diperlukan setelah seharian menjalani ibadah puasa,” katanya.

    Snek yang kaya nutrisi

    Tambahnya, kebanyakan orang makan berlebihan sewaktu berbuka terutamanya apabila dihidang juadah kegemaran mereka. Namun harus diingat, berbuka dengan sederhana dan seimbang sangat penting untuk mengelakkan paras gula naik mendadak serta masalah penghadaman.

    “Berbukalah dengan sebiji kurma dan air, diikuti dengan juadah yang lengkap serta seimbang. Kemudian, rehat seketika untuk membolehkan tubuh badan menghadam makanan dengan sempurna sebelum menikmati pencuci mulut atau snek pilihan.

    “Antara hidangan pencuci mulut yang digalakkan dimakan selepas berbuka ialah hidangan rendah gula seperti sup atau bubur bagi menghidratkan tubuh badan.

    Selain itu, buah-buahan dan sayur campuran seperti salad juga berkhasiat bagi menggantikan kandungan air dalam tubuh manakala kekacang dan pelbagai jenis buah beri yang kaya dengan lemak, vitamin serta mineral untuk membantu memulihkan tenaga,” tuturnya.

    Selain itu, bagi memulihkan tenaga selepas menunaikan solat tarawih, minum air secukupnya dan ambil makanan yang rendah gula, garam dan kurang minyak dalam saiz yang sederhana.

    Elakkan mengambil makanan berat seperti mi goreng, teh yang terlalu manis atau pencuci mulut yang tinggi kandungan gula ketika moreh. Sebaliknya, pilihlah snek seperti pisang, badam dan minuman seperti susu atau teh kosong yang mampu membantu anda tidur dengan lena.

    Pastikan anda tidak mengambil sebarang makanan sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam sebelum tidur untuk mengelakkan masalah penghadaman.

    Sahur bantu kekal bertenaga dan kurangkan rasa lapar

    Mengulas mengenai sahur, Chain Yin berkata, sekiranya anda jarang bersahur, tubuh badan mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri bagi menjalani ibadah puasa.

    Ada juga di antara kita yang menghadapi cabaran kurang selera makan di awal pagi sewaktu bersahur atau lebih suka mengambil makanan berat sebelum tidur.

    Namun, adalah digalakkan untuk bersahur selewat dengan juadah berkhasiat supaya dapat menjaga kesihatan tubuh badan dan kekal bertenaga serta mengurangkan rasa lapar atau dahaga di siang hari untuk lebih lama.

    “Makanan yang kaya dengan protein dan serat misalnya ayam, telur, bijirin penuh seperti oat atau barli serta kekacang amat disarankan untuk menu sahur kerana memerlukan lebih masa untuk dihadam.

    “Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt, keju atau sayur-sayuran amat bersesuaian untuk kekal kenyang dan terhidrat,” sarannya.

    Di samping itu, bagi mereka yang susah bangun pagi atau kurang selera makan di waktu awal pagi, Chain Yin turut menyarankan penyediaan makanan yang mudah dimakan pada bila-bila masa.

    “Makanan lengkap seperti telur rebus, biskut gandum, bijirin dan keju adalah mudah untuk disediakan. Lengkapkan sahur dengan makanan tinggi khasiat seperti kurma atau pisang dan segelas susu yang dapat membantu anda berasa kenyang serta bertenaga,” katanya lagi.

    Foto: Trang Doan/Pexels

    Amalan snek bijak

    Ibadah puasa membolehkan anda mempertimbangkan semula tabiat pemakanan yang boleh diamalkan walaupun selepas berakhirnya bulan Ramadan. Dalam pada itu, amalan snek bijak adalah salah satu pendekatan mudah untuk membina tabiat pemakanan yang lebih baik.

    Konsep snek bijak diilhamkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai gaya pemakanan, sebab kita makan dan bagaimana ia memberi kesan kepada tubuh badan anda.

    “Peka kepada bau, rasa, tekstur, bentuk dan warna dalam makanan anda untuk menikmati pengalaman snek yang sangat menakjubkan. Tabiat ini bukan sahaja membolehkan anda menikmati makanan malah membantu untuk mencegah pengambilan makanan secara berlebihan.

    “Menurut kajian State of Snacking Report yang dikendalikan oleh Mondelēz International, trend terkini menunjukkan kebanyakan pengguna kerap menggantikan hidangan utama dengan snek yang bertenaga tinggi dan berkhasiat untuk membantu meningkatkan kestabilan dan keseimbangan emosi seseorang.

    “Amalkan tabiat pemakanan yang betul kerana ia memberi manfaat dan kebaikan untuk kesihatan kita. Jadi, marilah kita bersama-sama merenung semula tabiat pemakanan sepanjang bulan Ramadan. Ambillah makanan secara berpada-pada dan amalkan snek bijak seperti apa yang kami kongsikan untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan tenaga badan,” katanya. -RELEVAN

    featured nutrisi sihat snek sihat
    Artikel Terkini

    Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    June 3, 2023

    10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    June 2, 2023

    Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    June 2, 2023

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.