Facebook Twitter
    Trending
    • Simpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan
    • Serangan antibodi cederakan otak, ini simptom dan puncanya
    • 5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos
    • Menjadi jelas dan berkesan ketika bercakap
    • 6 langkah cipta bahagia bersama pasangan
    • 5 kemahiran keibubapaan untuk besarkan anak dengan baik
    • Covid-19 masih ada, jaga diri dan keluarga agar tidak dijangkiti
    • Segala yang anda perlu tahu tentang e-Madani
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Serangan antibodi cederakan otak, ini simptom dan puncanya

      December 6, 2023

      Covid-19 masih ada, jaga diri dan keluarga agar tidak dijangkiti

      December 5, 2023

      5 gejala kekurangan vitamin B12, boleh kacau mood

      December 4, 2023

      Cegah penyakit dengan lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun

      December 1, 2023

      Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

      November 29, 2023
    • Kewangan

      Simpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan

      December 6, 2023

      Segala yang anda perlu tahu tentang e-Madani

      December 4, 2023

      Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

      November 30, 2023

      Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023
    • Pendidikan

      6 langkah cipta bahagia bersama pasangan

      December 5, 2023

      5 kemahiran keibubapaan untuk besarkan anak dengan baik

      December 5, 2023

      Ajar anak cara congak

      November 29, 2023

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos

      December 6, 2023

      Menjadi jelas dan berkesan ketika bercakap

      December 5, 2023

      Merangkak keluar dari lembah rosot

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 Soalan Ramadan #3: Persoalan-persoalan tentang wanita dan keuzurannya

    5 Soalan Ramadan #3: Persoalan-persoalan tentang wanita dan keuzurannya

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 26, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh RODNAE Productions (Pexels)

    SETIAP kali menjelang Ramadan, akan ada kekeliruan tentang hukum-hakam serta kedudukan wanita yang datang haid ketika berpuasa. Walaupun hukum asasnya mudah dan jelas, iaitu wanita yang datang haid diharamkan berpuasa, banyak persoalan-persoalan kecil yang belum difahami sepenuhnya oleh umat Islam.

    Untuk siri ketiga 5 Soalan Ramadan kali ini, Relevan mengumpulkan pendapat dan fatwa yang dikemukakan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan persoalan wanita dan keuzurannya. Kali ini, lima persoalan akan dijawab iaitu berkenaan kewajipan imsak untuk perempuan yang suci haid pada siang hari Ramadan, amalan-amalan dibenarkan untuk wanita haid, hukum penggunaan tampon, kebenaran makan secara terbuka untuk wanita uzur dan hukum mengambil pil penahan haid.

    • Adakah wanita yang suci haid pada siang Ramadan diwajibkan imsak?

    Imsak bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa untuk wanita yang tidak dibenarkan berpuasa, bertujuan untuk menjaga kehormatan bulan Ramadan dan mengelakkan fitnah.

    Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-175, wanita yang suci daripada haid pada siang hari Ramadan tidak diwajibkan untuk imsak kerana tidak wujud sebarang kecuaian yang berpunca daripadanya. Ia berbeza dengan keadaan lain yang melibatkan kecuaian, yang mewajibkan seseorang untuk imsak.

    Namun, sunat untuk wanita tersebut imsak demi menjaga kehormatan dan kemuliaan bulan Ramadan.

    • Bolehkah wanita yang sedang dalam haid membaca al-Quran?

    Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-136, membaca al-Quran dalam bentuk zikir-zikir dan juga doa tidak termasuk dalam perkara yang dilarang ke atas wanita yang datang haid. 

    Ia seperti membaca doa menaiki kenderaan, mengucapkan istirja’ ketika mendengar musibah, membaca doa-doa yang ma’tsur daripada al-Quran sebagai zikir dan sebagainya. Wanita yang dalam haid juga digalakkan melakukan amalan seperti memperbanyak sedekah, mengamalkan doa dan zikir serta memberi makan kepada orang berbuka dalam bulan Ramadan.

    Walaupun ada beberapa ibadah yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang dalam keadaan haid, ia tidak menafikan peluang mereka untuk merebut dan meraih ganjaran yang besar dalam bulan Ramadan.

    • Apakah hukum memakai tampon ketika berpuasa?

    Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-94 menjelaskan, memakai tampon ketika berpuasa membatalkan puasa wanita tersebut jika dimasukkan ke dalam rongga badan melalui saluran terbuka (faraj).

    Namun, jika ia dilakukan sebelum terbit fajar dan dikeluarkan selepasnya, maka tidak membatalkan puasa kerana berlakunya kemasukan itu sebelum imsak dan bukan ketika berpuasa.

    •  Patutkah orang yang diberi keuzuran makan secara terbuka di siang hari Ramadan?

    Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-80 menjelaskan, lebih afdal jika seseorang yang mengalami keuzuran makan di siang hari semasa bulan Ramadan di tempat yang sunyi dari penglihatan orang ramai.

    Ia bertujuan menjaga dan memelihara diri dari fitnah serta menyelamatkan orang ramai dari sangkaan buruk lalu mereka mendapat dosa. Pandangan bahawa makan di tempat yang sunyi dari penglihatan ramai adalah lebih afdal bermakna ia bukan satu kemestian, sebaliknya galakan memandangkan hukum untuk seseorang yang keuzuran itu makan di siang hari adalah harus.

    • Bolehkah mengambil pil penahan haid untuk berpuasa penuh dalam bulan Ramadan?

    Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Soalan ke-13, pengambilan pil penahan haid kerana ingin berpuasa penuh pada bulan Ramadan adalah dibolehkan.

    Namun, lebih afdal untuk tidak mengambilnya dan kekal mengikut takdir Allah SWT kepada wanita. Ia berdasarkan pendapat ulama, antaranya Dr. Yusuf al-Qardhawi yang melihat haid sebagai sesuatu yang tabi’e dan tidak dapat dielakkan, malah haid itu sendiri datang dari Allah SWT. – RELEVAN

    5 Soalan Ramadan featured pendidikan
    Artikel Terkini

    Simpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan

    December 6, 2023

    Serangan antibodi cederakan otak, ini simptom dan puncanya

    December 6, 2023

    5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos

    December 6, 2023

    Menjadi jelas dan berkesan ketika bercakap

    December 5, 2023

    6 langkah cipta bahagia bersama pasangan

    December 5, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.