Facebook Twitter
    Trending
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    • 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025
    • Kewangan

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tujuh aplikasi bantu umat Islam jalani ibadah puasa dan buat persiapan hari raya

    Tujuh aplikasi bantu umat Islam jalani ibadah puasa dan buat persiapan hari raya

    By April 21, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEIRING kemajuan teknologi, terdapat pelbagai aplikasi yang dibangunkan untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan dengan lebih mudah dan selesa. Aplikasi yang tersedia itu juga sangat memudahkan umat Islam ketika menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan bagi memenuhi segala keperluan.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan tujuh aplikasi penting yang dapat membantu anda menjalani ibadah di bulan Ramadan dengan lebih baik dan juga memberi idea untuk persiapan di hari raya.

    1. Aplikasi Muslim yang serba boleh

    Muslim Pro (Android, iOS) yang telah dimuat turun lebih 120 juta kali merupakan perisian gaya hidup dan utiliti Muslim. Program mesra pengguna ini bukan sahaja menyediakan waktu solat yang tepat berdasarkan lokasi anda, tetapi ia juga merangkumi kompas kiblat, pengiraan zakat, penjejak puasa dan solat. 

    Selain itu, aplikasi ini turut mempunyai fungsi Khatam Quran yang membolehkan anda membaca ayat al-Quran dengan kumpulan bacaan yang ditetapkan oleh anda sendiri.

    Di samping itu, aplikasi ini juga mempunyai pelbagai kandungan gaya hidup yang menarik seperti artikel blog, video memasak, petua senaman untuk Ramadan dan banyak lagi.

    2. Pemakanan Sihat

    Ramadan merupakan peluang terbaik untuk anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan cara yang berkesan untuk melakukannya adalah melalui penggunaan aplikasi khas.

    Salah satu aplikasi tersebut ialah MyFitnessPal untuk membantu memantau jumlah kalori yang diambil dan memberitahu anda sama ada anda telah makan berlebihan atau terlalu kurang pada bulan Ramadan.

    Selain itu, ia membolehkan anda mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai tabiat pemakanan, sama ada anda perlu mengubah diet untuk memasukkan lebih banyak kumpulan makanan tertentu seperti meningkatkan pengambilan sayur-sayuran atau produk tenusu. Perlu diingat, kesederhanaan dan disiplin diri (terutamanya ketika makan) adalah sangat penting pada bulan yang mulia ini.

    3. Jadilah tukang masak

    Adakah anda bosan menyediakan juadah iftar dan sahur yang sama? Gunakan beberapa aplikasi resipi yang sangat baik untuk mencungkil bakat terpendam dan aura ‘cef’ anda menerusi aplikasi Kuali dan Seminit Resepi. Aplikasi Kuali mengetengahkan resipi makanan Malaysia manakala Seminit Resepi menawarkan pelbagai menu untuk memberi anda idea memasak sepanjang bulan ini.

    4. Tidur yang berkualiti

    Aplikasi penjejakan tidur seperti SleepScore adalah perisian yang bagus dalam menilai kitaran tidur anda. Aplikasi ini memberitahu anda bila anda tertidur dan bila anda bangun. Ia membantu anda untuk lebih memahami berapa lama tempoh anda tidur pada waktu malam. 

    Perisian ini menggunakan sensor dalam telefon anda untuk memantau pergerakan dan tahap bunyi pada waktu malam bagi mengenal pasti kualiti tidur anda. Ia sangat bermanfaat pada bulan Ramadan memandangkan anda perlu bangun awal sebelum subuh untuk sahur. Dengan cara ini, anda boleh menilai sama ada anda mendapat tidur yang cukup atau sebaliknya.

    5. Kisah Islamik untuk kanak-kanak

    Sediakan anak-anak anda dengan hiburan pendidikan yang hebat pada bulan yang mulia ini dengan aplikasi Muslim Tales yang menceritakan kisah-kisah menarik tentang budaya dan sejarah Islam serta cerita-cerita yang diilhamkan dari al-Quran, salah satunya ialah kisah Nabi Yusuf yang mempunyai kelebihan untuk mentafsir mimpi.

    Aplikasi ini memaparkan visual menarik dengan watak-watak yang pelbagai dan permainan interaktif yang akan menggembirakan anak anda dalam masa yang sama mendidik mereka tentang prinsip dan nilai Islam. Muslim Tales boleh didapati dalam tujuh bahasa dan diceritakan oleh pelakon suara profesional.

    6. Penghantaran makanan yang mudah

    Anda tergesa-gesa ingin mengejar waktu berbuka puasa? Sama ada mahu mencari makanan tempatan seperti martabak dan ayam percik atau hidangan pedas seperti tom yam goong atau snek enak seperti sashimi segar dan sushi, semuanya boleh didapati di hujung jari!

    Cubalah pelbagai alternatif penghantaran makanan di Malaysia, termasuk GrabFood, Foodpanda, ShopeeFood, airasia food, dan Beep. Sebagai alternatif, anda boleh membuat pesanan terus melalui laman web penghantaran rasmi seperti McDonald’s McDelivery, Pizza Hut Delivery atau Domino’s Pizza Delivery. Pilihan yang tersedia untuk anda tidak terbatas!

    7. Membeli-belah dalam talian

    Adakah anda sedang mencari pakaian yang cantik bergaya untuk hari raya ini? Atau mungkin anda perlu menghias rumah untuk mempersiapkan rumah terbuka nanti? Dengan banyak aplikasi e-dagang yang tersedia, anda tidak perlu lagi melakukan perjalanan ke pusat membeli-belah untuk membeli keperluan anda. Aplikasi seperti Zalora, Lazada, Shopee dan FashionValet menawarkan pelbagai fesyen dan barangan rumah.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.