Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2024: Pemantapan pendidikan TVET, pelepasan cukai bagi yuran kursus kemahiran

    Belanjawan 2024: Pemantapan pendidikan TVET, pelepasan cukai bagi yuran kursus kemahiran

    By Umi FatehahOctober 16, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belanjawan 2024: Pemantapan pendidikan TVET, pelepasan cukai bagi yuran kursus kemahiran. - GAMBAR HIASAN OLEH UTUSAN MALAYSIA

    BELANJAWAN MADANI Kedua kali ini memperuntukkan sebanyak RM58.7 bilion berbanding RM55.2 bilion tahun lepas.

    Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya sangat menitikberatkan pendidikan. Katanya, pembangunan bakat tempatan perlu segera dilakukan mengikut piawaian supaya selari dengan kehendak majikan dan industri.

    Berikut merupakan lima perkara yang dibentangkan berkaitan industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kursus peningkatan kemahiran. 

    1. Rombakan pendidikan TVET

    Tahun hadapan, peruntukan keseluruhan melibatkan TVET berjumlah RM6.8 bilion. 

    Belanjawan MADANI Pertama telah memulakan secara rintis usaha merombak pendidikan TVET negara melalui kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta. 

    Setakat 5 Oktober lalu, 17 GLC dan 44 syarikat swasta telah terlibat dalam pemeteraian 61 memorandum persefahaman mencakupi kerjasama melalui pembangunan kurikulum serta sumbangan peralatan dan kepakaran.

    Sebagai contoh, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah bekerjasama dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor bagi menyediakan khidmat pelatih industri, pembangunan kurikulum dan peralatan yang memenuhi spesifikasi industri petrokimia di Pengerang. 

    Tahun hadapan, RM100 juta diperuntukkan bagi menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam.

    1. Program Latihan MADANI

    Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp) akan memanfaatkan dana RM1.6 bilion untuk menyediakan 1.7 juta tawaran latihan bermula tahun hadapan. 

    Pada masa yang sama, HRD Corp akan memperuntukkan semula dana khas menggunakan 15 peratus daripada jumlah kutipan levi bagi melaksanakan Program Latihan MADANI merangkumi program latihan semula dan peningkatan kemahiran kepada usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta golongan rentan seperti bekas banduan, orang kelainan Upaya (OKU), warga emas dan pesara.

    1. Menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelatih

    Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan Dana Latihan TVET berjumlah RM180 juta akan menyediakan pinjaman pendidikan kepada 12,000 pelatih yang mengikuti Program Persijilan Kemahiran. 

    RM20 juta dikhaskan untuk manfaat pelatih yang mengikuti bidang maritim, kesenian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi sektor aeroangkasa.

    1. Pelaksanaan program Tahfiz TVET

    Sebanyak RM17 juta disediakan untuk melaksanakan Program Tahfiz TVET. Program ini akan membuka peluang kepada pelajar tahfiz untuk mempelbagaikan kemahiran di samping meneruskan pengajian hafazan.

    1. Pelepasan cukai bagi yuran kursus peningkatan kemahiran

    Bagi menggalakkan rakyat meningkatkan kemahiran serta menceburi bidang baharu, pelepasan cukai sehingga RM2,000 bagi yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2026.

    Kerajaan juga akan memperluas skop bagi pelepasan gaya hidup meliputi yuran untuk menyertai kursus kemajuan kendiri seperti kursus bahasa, fotografi, menjahit dan sebagainya. – RELEVAN

    Previous Article8 inisiatif kerajaan tingkatkan kualiti hidup rakyat
    Next Article Kekejaman Israel terhadap Palestin

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.