Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 filem tentang pendidikan

    7 filem tentang pendidikan

    By February 16, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    “SAYA dan pensyarah-pensyarah di kampus ini berada di sini untuk bantu kamu cari, ambil semula dan simpan minda kudus kamu,” kata watak Mr. Tolson lakonan Denzel Washington dalam filem The Great Debaters. Ini antara petikan dialog dalam filem yang memberi makna besar tentang pendidikan.

    Begitu banyak filem di dunia ini yang dihasilkan dengan tema pendidikan. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Sering kali, filem sebegini akan mendapat perhatian kerana tema tersebut dekat dengan masyarakat tanpa mengira bangsa, negara mahupun status.

    Filem bertemakan pendidikan yang baik bukan sekadar menyusur suasana di sekolah atau universiti, tetapi mampu memberikan renungan dan makna terhadap isu-isu pendidikan baik dari segi dasar, falsafah atau amalan.

    Relevan menyenaraikan tujuh filem bertemakan pendidikan yang baik dan wajar ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

     

    • Baginda (1997)

    Filem ini mungkin tidak sepopular filem lain tetapi kualitinya terbukti apabila diangkat sebagai Filem Terbaik dalam Anugerah Skrin 1998 selain turut mengangkat Aziz M. Osman sebagai Pengarah Filem Terbaik dan Azean Irdawaty sebagai Pelakon Filem Wanita Terbaik dalam anugerah sama. Mengisahkan cabaran seorang guru cemerlang, Cikgu Azian yang terpaksa mengambil alih sekolah swasta peninggalan bapa saudaranya, Kolej Mahmud Baginda.

    Walaupun mengambil pendekatan komedi, filem ini memberikan gambaran yang baik tentang cabaran seorang guru memimpin dan membangunkan sebuah sekolah bermasalah. Plotnya agak klise dengan kemuncak yang boleh dijangka tetapi perjalanan cerita yang menyelami semangat keguruan dalam diri Cikgu Azian merupakan tarikan utama filem ini.

     

    • Adiwiraku (2017)

    Satu lagi filem tempatan berkisarkan pendidikan yang berkualiti tinggi. Filem ini diiktiraf sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-29 selain turut mengangkat pelakon utamanya, Sangeeta Krishnasamy sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

    Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini mengisahkan cabaran Cikgu Cheryl yang mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah pedalaman. Selain menelusuri pengalaman individu sebenar di sebalik watak tersebut, Cheryl Ann Fernando, filem ini turut mengangkat persoalan perpaduan kaum dan kemiskinan.

     

    • Laskar Pelangi (2008)

    Filem yang diinspirasikan dari novel karya Andrea Hinata ini membawa kisah sekumpulan anak-anak dari Sekolah Dasar (SD) Muhammadiyah yang belajar dalam keadaan serba kekurangan. Kegigihan guru mereka, Bu Muslimah untuk mengekalkan SD Muhammadiyah dan meneroka potensi anak muridnya menjadi tema utama filem ini.

    Selain pengajaran yang penting tentang kepentingan pendidikan, pemandangan indah Pulau Belitung yang melatari filem ini juga menjadi tarikan. Paling utama, Laskar Pelangi memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja di dunia bahawa dengan pendidikan, segala rintangan hidup dapat dihadapi.

     

    • 3 Idiots (2009)

    Antara filem Hindi terbaik dan kekal diminati sehingga kini. 3 Idiots mengisahkan persahabat tiga sekawan, Rancho, Raju dan Farhan ketika zaman pengajian mereka. Rancho sebagai seorang genius sering mengagumkan rakan-rakannya dengan kaedah dan pandangannya tentang pendidikan.

    Filem ini bukan sekadar menghiburkan, malah mencabar kefahaman umum tentang pendidikan dan amalan pengajaran di pusat pengajian. Mesej akhir filem ini mungkin yang terpenting, iaitu segala kemajuan ilmu dan inovasi teknologi yang dikecapi haruslah untuk membangunkan masyarakat, bukan untuk kepentingan kewangan semata-mata.

    • Hichki (2018)

    Hichki diinspirasikan daripada kisah benar melibatkan seorang guru yang mengalami Sindrom Tourette, Brad Cohen. Cohen mengabadikan kisah pergelutannya dengan sindrom tersebut dalam buku bertajuk Front of the Class: How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I Never Had yang kemudiannya diadaptasi dalam filem bertajuk Front of the Class. Hichki merupakan adaptasi Hindi untuk filem tersebut.

    Walaupun membawa tema dan plot yang agak klise untuk filem bertemakan pendidikan, Hichki berjaya menyentuh hati penonton dengan kisah pergelutan Naina Mathur untuk mendidik anak muridnya yang terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dan dalam masa sama, berhadapan stigma negatif disebabkan Sindrom Tourette yang dialaminya.

    • Dead Poets Society (1989)

    Membangun pemikiran pelajar dengan sastera, itu modus operandi watak Mr. Keating lakonan Robin Williams dalam filem Dead Poets Society. Berlatarkan persekitaran sekolah asrama lelaki, filem ini menceritakan pengalaman sekumpulan pelajar lelaki yang dicabar minda dan keberaniannya oleh guru sastera, John Keating.

    Dengan pesanan untuk menikmati hari (carpe diem – seize the day), Keating membuka potensi pelajarnya dengan kaedah pengajaran yang unik dan tersendiri. Banyak pengajaran dapat diperoleh dari filem ini, termasuk untuk guru-guru yang boleh melaksanakan kaedah unik Keating dalam pengajaran.

    • The Great Debaters (2007)

    Filem ini berinspirasikan kisah sebenar pasukan debat Kolej Wiley (kolej khusus untuk pelajar kulit hitam) yang berjuang menempatkan pasukan mereka setanding dengan pasukan ternama dari pusat pengajian kulit putih. Latar masa filem ini adalah pada dekad 1930-an, ketika undang-undang Jim Crow yang memisahkan warga kulit putih dan kulit hitam dilaksanakan di Amerika Syarikat.

    Selain pelbagai maklumat sejarah tentang pergelutan warga kulit hitam semasa zaman aparteid, filem ini turut menonjolkan kegigihan warga kulit hitam meningkatkan taraf pendidikan mereka walaupun berhadapan pelbagai penindasan. Jika anda seorang pendebat di sekolah atau universiti, banyak juga yang boleh dipelajari berkenaan teknik meningkatkan kemahiran berucap dan pemikiran kritis. – RELEVAN

    3 idiots adiwiraku baginda dead poets society filem filem pendidikan hichki laskar pelangi pendidikan the great debaters
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.