Facebook Twitter
    Trending
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    • 2 kematian Covid-19, 1 BID semalam
    • 9,549 kes aktif Covid-19 di Malaysia
    • Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023

      Mengapa muzium di Britain tidak lagi guna pakai istilah ‘mumia’?

      January 24, 2023

      YEG tawar pengajian dengan permintaan tinggi pasaran kerja

      January 20, 2023
    • Kerjaya

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023

      Cuti bersalin itu hak, bukan ganjaran

      January 12, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidak dijangkiti walau kontak rapat berkali-kali, wujudkah manusia ‘kebal’ Covid?

    Tidak dijangkiti walau kontak rapat berkali-kali, wujudkah manusia ‘kebal’ Covid?

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 21, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    Pada fasa awal pandemik, para saintis melakukan kajian untuk memahami faktor yang menyebabkan manusia terdedah untuk dijangkiti virus Covid-19 yang teruk.  Mereka mendapati usia, sejarah kesihatan dan obesiti menjadi faktor utama menentukan tahap komplikasi virus tersebut kepada individu.

    Menurut ABC News, semakin banyak penyelidikan yang diusahakan oleh para saintis untuk mengkaji dari sudut yang lain, contohnya, mengapa sesetengah individu yang sudah terdedah dengan virus ataupun mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 masih tidak pernah dijangkiti virus tersebut?

    ‘Imuniti’ terhadap virus Covid-19 tertakluk kepada beberapa faktor

    “Setiap orang mempunyai sistem imun yang berbeza.  Sesetengah orang mungkin berkemampuan untuk menjana tindak balas imun yang menghasilkan antibodi yang lebih baik dan kami berpendapat salah satu faktor yang mendorong kejadian ini ialah genetik,” kata saintis di Walter and Eliza Hall Institute of Medical Research, Dr. Vanessa Bryant.

    Bryant dan Menteri Kesihatan kita, Khairy Jamaluddin mempunyai pandangan yang sama iaitu vaksinasi Covid-19 tetap kekal sebagai senjata terbaik bagi memerangi wabak Covid-19.

    “Jika anda baru sahaja melengkapkan vaksinasi dan mendapatkan dos penggalak, anda akan mendapat perlindungan imunologi tertinggi.  Apabila anda mempunyai banyak antibodi pelindung yang mengalir di seluruh badan, ia akan membantu untuk membersihkan dan meneutralkan virus sebelum menjangkiti sel-sel yang lain, ” tambah Bryant.

    Jangkitan sebelumnya memainkan peranan

    Imunologis Stuart Tangye dari Garvan Institute of Medical Research berpendapat sesetengah individu berkemungkinan sudah dijangkiti Covid-19 tanpa sedar dan antibodi badan mereka sudah imun terhadap virus Covid-19 yang menyebabkan mereka tidak dijangkiti lagi selepas itu.

    “Ketika kita mula memperkenalkan kaedah ujian PCR, ia hanya dilakukan pada orang yang bergejala sahaja jadi terdapat kemungkinan kita terlepas pandang individu yang tidak bergejala itu,” tambah Tangye.

    Sensitiviti kit ujian pantas (RTK) antigen Covid-19 yang digunakan untuk melakukan diagnosis Covid-19 adalah tidak setinggi ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) menjadi salah satu faktor mengapa sesetengah individu mendapat keputusan bacaan negatif.  

    Kajian juga mendapati bahawa orang yang mempunyai tahap sel-T memori yang lebih tinggi daripada jangkitan virus korona lain iaitu virus selesema biasa, mempunyai kemungkinan yang rendah untuk dijangkiti SARS-CoV-2. 

    “Hasil kajian juga mendapati wujud beberapa tindak balas kereaktifan silang dengan virus korona bermusim lain.  Jadi besar kemungkinan terdapat beberapa imuniti sedia ada yang berkesan untuk melawan SARS-CoV-2,” ujar Tangye.

    Tetapi masih tidak jelas mengapa sesetengah individu mengekalkan tahap imuniti reaktif silang dan sesetengah individu tidak mempunyai keupayaan yang sama.

    Adakah sesetengah individu mempunyai kelebihan semula jadi?

    Selain faktor persekitaran dan perlindungan yang diperoleh melalui vaksinasi dan jangkitan sebelumnya, pakar berpendapat mungkin terdapat ciri genetik dan imunologi tertentu yang menjadikan sesetengah individu mempunyai imuniti semula jadi terhadap virus Covid-19.

    Awal tahun ini, para pengkaji di United Kingdom sengaja mendedahkan sekumpulan 36 individu yang sihat – tanpa sejarah jangkitan Covid-19 sebelum ini – kepada virus tersebut.  Ujian ini dikenali sebagai human-challenge trial pertama dilakukan untuk SARS-CoV -2.

    Penemuan awal mereka mendapati hanya separuh daripada sukarelawan yang benar-benar dijangkiti virus (ditandakan dengan dua keputusan positif ujian PCR berturut-turut).

    Dalam kalangan mereka yang tidak mendapat jangkitan, kira-kira separuh positif pada tahap rendah yang menunjukkan sistem imun mereka berjaya menyingkirkan jangkitan dengan cepat.

    Tangye berkata, ketahanan genetik terhadap Covid-19 berkemungkinan jarang berlaku tetapi para penyelidik berharap dengan mengenal pasti perubahan genetik utama pada individu yang ‘kebal’ boleh membawa kepada pembangunan ubat yang lebih berkesan.

    Menyelesaikan misteri genetik dan imunologi

    Dr. Bryant berkata, kajian yang sebelum ini dilakukan oleh Covid Human Genetic Project tentang mengapa sesetengah orang mudah terdedah (dari sudut genetik) kepada penyakit teruk telah mendorong kepada pemahaman dan rawatan yang lebih baik.

    Pada 2021, para penyelidik mendapati bahawa individu dengan mutasi genetik yang mengganggu aktiviti protein yang kritikal untuk melawan jangkitan virus iaitu interferon jenis 1, mempunyai risiko dijangkiti penyakit mengancam nyawa yang lebih tinggi.

    Begitu juga dengan sebahagian besar individu dijangkiti Covid-19 yang teruk didapati mempunyai “antibodi automatik” yang melawan dan menyekat interferon jenis 1 mereka sendiri.

    Selain menyelesaikan beberapa ‘misteri’ genetik Covid-19, Dr. Bryant berkata, kita juga perlu memahami lebih lanjut tentang tindak balas imunologi yang lain terhadap Covid-19, termasuk perkembangan virus dari masa ke masa.

    Apabila mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang tindak balas imunologi, ia akan membantu penyelidik memahami faktor yang penting untuk perlindungan yang kukuh dan mengapa sesetengah orang boleh dibiarkan berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19.  RELEVAN

    covid-19 featured kesihatan
    Artikel Terkini

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023

    12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

    January 31, 2023

    6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

    January 30, 2023

    269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

    January 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.