Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    By Umi FatehahMay 22, 20265 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    HARI ini, keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk sesi akademik 2026/2027 telah diumumkan secara rasmi.

    Calon boleh membuat semakan secara dalam talian bermula jam 12 tengah hari melalui portal rasmi UPUOnline serta aplikasi UPUPocket.

    Lumrah kehidupan, ada yang menerima khabar gembira apabila berjaya mendapat tempat di universiti serta kursus pilihan, namun tidak kurang juga yang kecewa kerana gagal memperoleh sebarang tawaran atau menerima jurusan kurang diminati.

    Situasi ini membuatkan ramai pelajar berada dalam dilema dan tertanya-tanya sama ada mereka masih mempunyai peluang untuk menukar jurusan pengajian.

    Persoalannya, adakah pelajar yang tidak mendapat kursus diidamkan boleh menukar program selepas menerima tawaran UPU?

    Jawapannya, ya. Namun begitu, ia tertakluk kepada syarat dan kekosongan tempat di universiti masing-masing.

    Universiti yang tidak membenarkan penukaran jurusan

    Dalam masa sama, ada juga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang tidak membenarkan pertukaran program kecuali dalam keadaan tertentu.

    Menurut portal kemasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelajar yang menerima tawaran pengajian di universiti tersebut secara amnya tidak dibenarkan menukar jurusan atau menukar IPTA seperti yang tertakluk dalam Peraturan Akademik UiTM.

    Walau bagaimanapun, pelajar masih boleh mencuba untuk menghubungi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut mengikut kes masing-masing.

    Selain itu, merujuk kepada Buku Panduan Akademik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), pelajar juga tidak dibenarkan menukar program pengajian kecuali mendapat kebenaran Senat universiti dengan justifikasi yang kukuh.

    Berikut, Relevan menyenaraikan IPTA yang menawarkan peluang pertukaran program pengajian. Sebelum menghantar permohonan, pelajar dinasihatkan supaya meneliti syarat yang ditetapkan oleh setiap universiti terlebih dahulu.

    Universiti yang mempertimbangkan penukaran jurusan

    1. Universiti Putra Malaysia (UPM)

    Pelajar perlu mendapatkan sokongan dan kelulusan daripada fakulti asal serta fakulti baharu yang ingin dimasuki. Permohonan juga tertakluk kepada syarat akademik dan kekosongan tempat dalam program berkenaan.

    1. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

    Bagi pelajar yang ingin menukar jurusan, semakan syarat kelayakan perlu dibuat terlebih dahulu melalui peraturan akademik UPSI sebelum menghantar permohonan rasmi pertukaran program.

    1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM)

    Permohonan pertukaran program boleh dibuat semasa semester pertama pengajian. Namun, keputusan hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan peperiksaan semester pertama diumumkan.

    Pelajar juga dikenakan bayaran pentadbiran bagi tujuan pemprosesan permohonan.

    1. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

    Sekiranya pertukaran melibatkan dua fakulti berbeza, permohonan perlu mendapat sokongan dan pelepasan daripada kedua-dua pihak. Kelulusan pula tertakluk kepada kekosongan tempat dan syarat program berkaitan.

    1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

    UTM membenarkan pertukaran program pengajian tertakluk kepada syarat akademik semasa dan kelulusan pihak universiti. Pelajar disarankan merujuk peraturan akademik sebelum membuat permohonan.

    1. Universiti Malaya (UM)

    Pada asasnya, UM tidak membenarkan pertukaran program selepas pelajar menerima tawaran kemasukan. Namun begitu, permohonan tertentu masih boleh dipertimbangkan bergantung kepada syarat universiti dan alasan yang dikemukakan.

    1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    Pelajar perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Bahagian Pengurusan Akademik sebelum minggu kedua semester bermula.

    Permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen sokongan seperti keputusan peperiksaan, salinan surat tawaran dan dokumen akademik lain yang berkaitan.

    1. Universiti Sains Malaysia (USM)

    USM menyediakan sistem Pertukaran Rancangan Pengajian (PRP) bagi memberi peluang kepada pelajar memohon pertukaran program.

    Permohonan perlu disertakan bersama resit bayaran yuran pemprosesan yang ditetapkan pihak universiti.

    1. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

    Pelajar hanya dibenarkan menukar program dalam aliran yang sama seperti Sains ke Sains atau Sastera ke Sastera.

    1. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

    Pertukaran program dalam fakulti yang sama tertakluk kepada kelulusan Dekan Fakulti.

    Gred kursus daripada program terdahulu juga mungkin tidak dibawa ke program baharu kecuali diluluskan untuk pemindahan kredit.

    1. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

    Walaupun pertukaran program tidak digalakkan, permohonan rayuan masih boleh dipertimbangkan sekiranya pelajar mempunyai alasan yang kukuh dan memenuhi syarat ditetapkan universiti.

    1. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

    Pelajar perlu menjalani sekurang-kurangnya satu semester pengajian dan berada dalam status akademik baik sebelum dibenarkan memohon pertukaran program.

    1. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

    Permohonan pertukaran program perlu dihantar kepada fakulti bermula minggu ke-10 semester semasa sehingga minggu kedua semester berikutnya.

    1. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

    UTeM turut membuka peluang kepada pelajar untuk memohon pertukaran program pengajian tertakluk kepada syarat dan kekosongan tempat semasa.

    1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

    Bagi pelajar diploma, permohonan pertukaran program boleh dibuat dalam tempoh dua minggu selepas semester pertama bermula.

    Manakala bagi pelajar ijazah, permohonan boleh dibuat selepas semester kedua bermula.

    1. Universiti Utara Malaysia (UUM)

    Pelajar perlu menjalani sekurang-kurangnya satu semester sebelum menghantar permohonan pertukaran program.

    Keutamaan biasanya diberikan kepada pelajar yang memperoleh status Lulus Bersyarat (LB) atau Semester Ulangan.

    1. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

    Permohonan pertukaran program boleh dibuat bermula semester kedua hingga semester keempat pengajian kecuali bagi program perubatan dan pergigian.

    Pelajar daripada aliran Sastera dibenarkan menukar program ke aliran Sains. Namun, pelajar daripada aliran Sains tidak dibenarkan menukar ke aliran Sastera.

    Bagi calon yang gagal mendapat tawaran atau kurang berpuas hati dengan kursus diterima, permohonan rayuan UPU juga boleh dibuat dalam tempoh yang diumumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

    Pelajar dinasihatkan supaya membuat semakan syarat dan prosedur dengan lebih teliti di laman rasmi universiti masing-masing sebelum menghantar sebarang permohonan. – RELEVAN

    Previous ArticleMakanan yang bantu rendahkan kolesterol
    Next Article Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.