Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Guru bukan pengganti ibu bapa

    Guru bukan pengganti ibu bapa

    By Umi FatehahMay 15, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Guru bukan pengganti ibu bapa. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    SETIAP tahun, Hari Guru diraikan dengan bunga, ucapan penghargaan dan hadiah kecil sebagai tanda terima kasih. Namun kalau mahu menghargai guru, mungkin tiba masanya kita berhenti meletakkan terlalu banyak beban di atas bahu pendidik.

    Hari ini, perkataan ‘guru’ sebenarnya hanyalah nama rasmi pekerjaan mereka.

    Hakikatnya, di sekolah guru juga menjadi ibu bapa kedua kepada pelajar.

    Mereka menjadi pendengar ketika anak murid sedang tertekan, pakar motivasi ketika pelajar hilang keyakinan diri, jurulatih sukan, pengurus emosi, orang tengah dalam konflik dan kadangkala menjadi ‘doktor’ kesihatan mental kepada anak-anak yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah.

    Ada murid yang datang ke sekolah dengan perut kosong, ada juga membesar dalam keluarga bermasalah. Tidak ketinggalan, ada juga yang menjadikan guru sebagai satu-satunya tempat untuk bercerita apabila hidup terasa terlalu berat.

    Semua itu sudah cukup meletihkan.

    Namun malangnya, di sebalik tanggungjawab besar itu, guru hari ini terpaksa berdepan dengan kerenah segelintir ibu bapa yang semakin hilang sempadan.

    Guru hari ini memikul terlalu banyak peranan

    Dulu, tugas seorang guru sudah cukup mencabar dengan perlu menguruskan puluhan murid dalam satu kelas yang mempunyai perangai, emosi dan tahap pemahaman berbeza.

    Tetapi sekarang, ada guru yang turut dipertanggungjawabkan untuk perkara-perkara yang sepatutnya bermula di rumah.

    Ada ibu bapa yang meminta cikgu mencari pensel anak yang hilang, menyuruh cikgu memeriksa beg sekolah anak setiap hari. Ada juga yang menghantar mesej lewat malam semata-mata mahu bertanya sama ada esok perlu memakai baju sukan atau tidak sedangkan maklumat sudah diberikan berkali-kali.

    Sedikit demi sedikit, perkara kecil seperti ini sebenarnya memakan tenaga mental guru.

    Ada kalanya guru memilih untuk tidak membalas mesej tertentu. Bukan kerana mereka malas atau tidak peduli tetapi kerana mereka juga manusia yang penat selepas seharian mengajar, menyelesaikan konflik murid, menyiapkan laporan dan membawa pulang keletihan ke rumah.

    Salah guna akses komunikasi 

    Kumpulan WhatsApp kelas sepatutnya diwujudkan untuk memudahkan komunikasi tetapi kini sering bertukar menjadi ruang tuntutan tidak munasabah.

    Ada ibu bapa yang mahu anak mereka diberi perhatian khas sepanjang masa. Ada yang mempersoalkan keputusan guru secara terbuka di dalam kumpulan. Lebih memeningkan kepala apabila berlaku pergaduhan sesama ibu bapa hanya kerana isu kecil seperti alat tulis hilang atau persaingan akademik anak masing-masing.

    Akhirnya, guru yang perlu menjadi orang tengah untuk menenangkan keadaan.

    Sedangkan realitinya, seorang guru bukan menjaga seorang anak sahaja. Mereka memikul tanggungjawab terhadap puluhan murid lain dalam satu masa.

    Guru bukan pembantu peribadi sesiapa.

    Anak-anak perlu belajar menjadi bertanggungjawab.

    Anak terlupa bawa buku? Biarkan dia belajar daripada kesilapan.

    Anak tertinggal kerja sekolah? Biar dia faham bahawa setiap tindakan ada akibatnya.

    Anak kehilangan barang? Ajar dia untuk lebih berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap barang sendiri.

    Kalau semua perkara mahu diselesaikan oleh guru, bila pula anak akan belajar berdikari?

    Pendidikan bukan sekadar tentang keputusan peperiksaan tetapi juga tentang membentuk manusia yang tahu memikul tanggungjawab dan memahami disiplin hidup.

    Semua itu sebenarnya bermula dari rumah.

    Hormati dan hargai guru bukan setakat setahun sekali

    Hari Guru bukan hanya tentang kad ucapan, bunga atau hadiah mahal.

    Mungkin penghargaan paling besar yang boleh diberikan kepada guru ialah rasa hormat, empati dan kesedaran bahawa mereka juga manusia biasa yang mempunyai had emosi dan tenaga.

    Mereka sudah terlalu banyak memikul peranan yang kadangkala tidak pernah tersenarai dalam skop kerja rasmi.

    Jadi tahun ini, selain mengucapkan “Selamat Hari Guru”, mungkin kita juga perlu bertanya kepada diri sendiri:

    Adakah kita benar-benar membantu guru mendidik anak atau sebenarnya sedang menambah beban yang mereka tanggung setiap hari?

    Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang masih kuat bertahan walaupun sering dipaksa menjadi segalanya untuk semua orang. – RELEVAN

    Previous ArticleBahaya atau tidak jika jari kaki berbulu?
    Next Article Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.