Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

    Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

    By Umi FatehahMay 5, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    PADA 27 Mei 2026, umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha. Ibadah ini bukan sekadar amalan tahunan tetapi simbol ketaatan dan pengorbanan yang besar, berakar daripada kisah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS.

    Sehingga hari ini, umat Islam meneruskan ibadah tersebut dengan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu, kambing atau unta pada hari raya dan hari-hari tasyrik.

    Namun begitu, satu persoalan sering timbul setiap kali musim korban. Bolehkah daging korban dimasak dan dijadikan hidangan untuk majlis atau kenduri?

    Bagi merungkai isu ini, Relevan merujuk kepada penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    Hukum asas ibadah korban

    Secara umumnya, ibadah korban adalah sunat muakkad, iaitu amalan yang sangat dituntut dalam Islam.

    Namun, ia boleh menjadi wajib dalam dua keadaan:

    • Apabila seseorang bernazar untuk melakukan korban bagi memenuhi sesuatu hajat
    • Apabila haiwan tertentu telah ditentukan secara khusus untuk dijadikan korban

    Sebagai contoh, jika seseorang berkata, “Lembu ini untuk ibadah korbanku,” maka haiwan tersebut wajib disembelih sebagai korban.

    Kenapa daging korban perlu diberi mentah?

    Dalam mazhab Syafie, sebahagian daging korban wajib disedekahkan kepada fakir miskin, walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

    Paling penting, daging tersebut perlu diberikan dalam keadaan mentah, bukan dimasak.

    Ini kerana, tujuan utama pemberian itu adalah untuk memberi hak pemilikan kepada penerima. Dengan menerima daging mentah, mereka bebas untuk menggunakannya sama ada dimasak, disimpan atau dijual.

    Malah, amalan yang paling afdal adalah menyedekahkan hampir keseluruhan daging korban, kecuali sedikit untuk dimakan oleh tuan korban sebagai mengambil keberkatan.

    Jadi, boleh buat kenduri?

    Isu ini turut dibahaskan oleh ulama, antaranya Imam al-Syirbini yang menyatakan bahawa:

    “Tidak memadai menjadikan daging itu sebagai makanan dan menjemput orang fakir untuk makan kerana hak mereka adalah untuk memiliki daging tersebut, bukan sekadar memakannya.”

    Pandangan ini menunjukkan bahawa memberi makan sahaja tidak menggantikan kewajipan memberi daging dalam bentuk mentah.

    Selain itu, Syeikh Muhammad al-Zuhaili turut menjelaskan bahawa jika semua daging korban dimasak tanpa disedekahkan, tuan korban perlu menggantikan nilai tersebut sebagai ganti sedekah.

    Harus tetapi bersyarat

    Menggunakan daging korban untuk dimasak dan dijadikan hidangan kenduri adalah harus.

    Namun, ia datang dengan satu syarat penting. Sebahagian daging korban wajib diagihkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah terlebih dahulu.

    Selepas kewajipan itu ditunaikan, baki daging korban bolehlah dimanfaatkan untuk dimasak dan dihidangkan kepada orang ramai dalam majlis atau kenduri.

    Ringkasnya, bukan tidak boleh buat kenduri tetapi jangan sampai terlepas hak golongan yang sepatutnya menerima. – RELEVAN

    Previous Article5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik
    Next Article Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.