Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    By Umi FatehahApril 23, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar. - GAMBAR HIASAN TOWFIQU BARBHUIYA/PEXELS

    KITA sering mendengar andaian bahawa perut buncit disebabkan makan berlebihan. Logiknya mudah. Makan lebih banyak, lemak bertambah. Namun realitinya, ada individu yang makan sedikit tetapi masih mengalami masalah perut buncit.

    Keadaan ini sering mengelirukan dan boleh menjejaskan keyakinan diri. Sebenarnya, perut buncit tidak semestinya berkait terus dengan kuantiti makanan semata-mata. Menurut Cleveland Clinic, ada beberapa faktor lain yang memainkan peranan lebih besar daripada yang disangka.

    1. Perut kembung tapi bukan lemak

    Kadang-kadang perut buncit yang anda nampak bukan lemak tetapi kembung perut. Ini berlaku apabila gas terkumpul dalam sistem pencernaan.

    Antara puncanya termasuk makan terlalu cepat, minum minuman berkarbonat atau sensitiviti terhadap makanan tertentu seperti susu atau gluten

    Menurut Mayo Clinic, kembung perut adalah keadaan biasa dan sering disebabkan oleh gas dalam usus atau gangguan pencernaan ringan.

    Bezanya, jika perut kembung terasa keras dan bersifat kekal, ia disebabkan oleh kandungan lemak viseral (lemak degil). Jika perut terasa tegang tetapi berubah sepanjang hari atau setiap hari, ia hanya perut kembung biasa.

    1. Kurus tapi buncit

    Ada individu yang kelihatan kurus tetapi mempunyai perut buncit. Ini mungkin disebabkan oleh lemak viseral iaitu lemak yang terkumpul di sekitar organ dalaman.

    Lemak jenis ini lebih berbahaya berbanding lemak bawah kulit kerana dikaitkan dengan:

    • Penyakit jantung
    • Diabetes jenis 2
    • Tekanan darah tinggi

    Lemak viseral boleh wujud walaupun berat badan seseorang berada dalam julat normal. Pada dasarnya, jika badan kurus tetapi buncit, badan anda tetap bukan dalam kategori sihat.

    1. Kurang aktif (gaya hidup sedentari)

    Walaupun anda tidak makan banyak, gaya hidup yang kurang aktif boleh menyebabkan lemak berkumpul di bahagian perut. Duduk terlalu lama boleh melambatkan metabolisme, mengurangkan pembakaran kalori dan akhirnya menyebabkan lemak lebih mudah terkumpul.

    Kajian oleh World Health Organization menyatakan gaya hidup tidak aktif adalah salah satu faktor utama peningkatan obesiti global.

    1. Stres dan hormon kortisol

    Stres bukan sekadar ganggu emosi tetapi juga memberi kesan fizikal termasuk pada bentuk badan.

    Apabila anda stres, badan menghasilkan hormon kortisol. Kandungan hormon kortisol tinggi dikaitkan dengan pengumpulan lemak di bahagian perut. Jadi, jika kurang makan tetapi hormon kortisol tinggi, tidak mustahil perut anda akan membuncit.

    1. Masalah penghadaman

    Perut buncit juga boleh berpunca daripada masalah usus seperti sembelit, irritable bowel syndrome (IBS) dan ketidakseimbangan bakteria usus.

    Apabila sistem penghadaman tidak berfungsi dengan baik, makanan tidak diproses secara efisien dan akhirnya menyebabkan perut kelihatan lebih besar.

    1. Pengambilan makanan sihat yang berlebihan

    Ini yang ramai tak sedar, mengamalkan pemakanan sihat tidak bermaksud bebas daripada kesan pada badan.

    Walaupun makanan itu dianggap sihat, pengambilan secara berlebihan tetap boleh memberi kesan kepada tubuh. Contohnya, buah-buahan, smoothie, atau makanan berlabel low-fat sebenarnya masih boleh menyumbang kepada pengambilan gula dan kalori yang tinggi tanpa disedari.

    Antara contoh yang sering berlaku ialah:

    • Buah-buahan tinggi gula seperti pisang, mangga atau anggur jika dimakan dalam kuantiti berlebihan
    • Smoothie yang dicampur dengan buah, susu, madu atau yogurt boleh menjadi tinggi kalori
    • Makanan low-fat yang sebenarnya ditambah gula atau bahan pemanis untuk mengekalkan rasa

    Walaupun nampak sihat, pengambilan berlebihan tetap boleh menyumbang kepada lemak perut.

    1. Kurang tidur

    Tidur yang tidak mencukupi boleh mengganggu hormon lapar seperti ghrelin dan leptin.

    Kesannya, anda akan lebih mudah rasa lapar, cenderung memilih makanan tinggi kalori dan akhirnya menyebabkan penyimpanan lemak meningkat.

    Jadi, tiada gunanya jika anda bertungkus lumus cuba mengawal berat badan tetapi tidak mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. 

    Memahami punca sebenar adalah langkah pertama untuk mengatasinya. – RELEVAN

    Previous Article5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah
    Next Article Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.