Facebook Twitter
    Trending
    • Rahsia turun berat badan dengan brisk walk
    • Masa terbaik ganti puasa
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

      November 10, 2025

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Inflasi Julai naik 4.4% tahun ke tahun, masih antara terendah di dunia

    Inflasi Julai naik 4.4% tahun ke tahun, masih antara terendah di dunia

    By August 29, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KADAR inflasi di Malaysia masih antara yang terendah di dunia. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    INFLASI negara pada Julai meningkat 4.4 peratus berbanding bulan sama tahun lalu, seiring dengan fenomena global yang dialami banyak negara.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, fenomena tersebut disebabkan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api.

    Walau bagaimanapun, kata beliau, kadar inflasi di Malaysia masih antara yang terendah di dunia.

    “Kadar pada Julai adalah lebih rendah berbanding United Kingdom (10.1 peratus), Zon Euro (8.9 peratus), Amerika Syarikat (8.5 peratus), Thailand (7.6 peratus), Singapura (7.0 peratus), Filipina (6.4 peratus), Republik Korea (6.3 peratus) dan Indonesia (4.9 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Mustapa, kadar inflasi Julai pada 4.4 peratus didorong oleh peningkatan harga kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol; Restoran dan Hotel serta Pengangkutan.

    Kata beliau, kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol mencatatkan peningkatan kepada 6.9 peratus. Komponennya, iaitu Makanan di Luar Rumah meningkat sebanyak 7.8 peratus manakala Makanan di Rumah naik 6.4 peratus.

    “Kumpulan Restoran dan Hotel mencatat kenaikan 5.8 peratus pada Julai disebabkan peningkatan perbelanjaan di Restoran dan Kafe yang meningkat kepada 6.0 peratus.

    “Ini adalah selari dengan peningkatan permintaan berikutan pertambahan bilangan ketibaan pelancong dan kadar purata penginapan hotel yang lebih tinggi.

    “Kumpulan Pengangkutan mencatat peningkatan sebanyak 5.6 peratus pada Julai disebabkan oleh kenaikan harga purata petrol RON97 kepada RM4.73 seliter. Peningkatan ini adalah selari dengan kenaikan harga minyak mentah Brent sebanyak 46.4 peratus berbanding Julai 2021,” katanya.

    Bagi perbandingan bulan ke bulan, menurut Mustapa, kenaikan inflasi pada Julai mula menyederhana kepada 0.4 peratus berbanding 0.6 peratus pada Jun.

    Jelas beliau, ia antara lain disebabkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi oleh Perdana Menteri yang telah berjaya membendung kenaikan harga barang.

    Sementara itu, bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, inflasi Malaysia meningkat 2.8 peratus dan ia selari dengan sasaran Bank Negara Malaysia (BNM), iaitu antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus bagi 2022.

    Kata Mustapa, peningkatan itu didorong terutamanya oleh kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol sebanyak 4.8 peratus; Pengangkutan (4.4 peratus) serta Restoran dan Hotel (3.6 peratus).

    “Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membendung inflasi dan membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup. Inflasi di Malaysia adalah lebih rendah berikutan langkah kerajaan terus menyediakan peruntukan subsidi yang lebih besar, iaitu sebanyak RM77.7 bilion bagi 2022, berbanding dengan bajet asal sebanyak RM31 bilion.

    “Kerajaan juga akan menanggung subsidi elektrik sebanyak RM5.8 bilion bagi mengekalkan tarif elektrik bagi semua pengguna untuk separuh tahun kedua 2022.

    “Menurut Jabatan Perangkaan, kadar inflasi Malaysia mungkin melonjak melebihi 12 peratus sekiranya kerajaan tidak menyediakan pelbagai subsidi kepada rakyat,” katanya. – RELEVAN

    featured inflasi kewangan

    Artikel berkaitan

    Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

    November 10, 2025

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

    November 10, 2025

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.