Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

    Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

    By Umi FatehahApril 21, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Perkara penting yang perlu anda tahu. - GAMBAR HIASAN JULIAN HOCHGESANG/UNSPLASH

    BAU kopi panas pada waktu pagi memang sukar ditolak. Bagi sesetengah orang, secawan kopi adalah rutin wajib untuk mulakan hari dengan lebih fokus dan bertenaga.

    Namun, satu persoalan yang sering timbul. Adakah meminum kopi ketika perut kosong memudaratkan atau sebenarnya sekadar mitos?

    Manfaat kafein

    Kopi bukan sekadar minuman untuk menghilangkan mengantuk. Kandungan kafein dalam kopi boleh membantu:

    • Meningkatkan fokus dan fungsi otak
    • Memperbaiki mood
    • Menambah prestasi fizikal

    Malah, beberapa kajian menunjukkan kopi mungkin membantu mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes jenis dua dan masalah jantung (jika diambil secara sederhana).

    Jadi, secara asasnya kopi bukanlah memudaratkan. Tetapi seperti biasa, konteks dan cara pengambilan itu yang menentukan kesannya.

    Minum kopi dalam keadaan perut kosong

    Ramai percaya kopi boleh menghakis perut jika diminum sebelum makan terlebih dahulu. Ini kerana kopi merangsang penghasilan asid dalam perut.

    Kopi sememangnya boleh meningkatkan asid perut. Namun, ramai yang tersalah faham berkaitan fakta ini.

    Menurut Healthline, tiada bukti kukuh yang menunjukkan kopi menyebabkan masalah pencernaan serius bagi kebanyakan orang, sama ada diminum ketika perut kosong atau selepas makan.

    Ini bermakna, kopi tidak menyebabkan gastrik atau ulser. Kesan seperti pedih ulu hati atau refluks hanya berlaku pada individu tertentu yang sensitif

    Sebagai contoh, individu yang mempunyai masalah seperti Irritable Bowel Syndrome (IBS), asid refluks dan perut sensitif mungkin akan mengalami ketidakselesaan apabila minum kopi, lebih-lebih lagi ketika perut kosong.

    Namun bagi kebanyakan orang lain, kopi dalam keadaan perut kosong tidak memberi kesan besar kepada sistem pencernaan.

    Kopi meningkatkan hormon stres? 

    Satu lagi kebimbangan adalah kopi meningkatkan hormon stres, iaitu kortisol. Secara semula jadi, paras hormon ini memang berada pada tahap tinggi pada waktu pagi kerana ia membantu tubuh bangun dan bersedia untuk memulakan hari.

    Pada dasarnya, pengambilan kopi boleh merangsang peningkatan kortisol. Namun, kesannya biasanya hanya sementara. Malah, bagi individu yang sudah biasa minum kopi, peningkatan ini cenderung lebih rendah dan tidak ketara.

    Setakat ini juga, tiada bukti kukuh yang menunjukkan pengambilan kopi menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang berkaitan hormon ini.

    Sebaliknya, paras kortisol yang terlalu tinggi dan berpanjangan lazimnya dikaitkan dengan keadaan perubatan tertentu seperti Cushing’s syndrome. Tidak adil jika membuta tuli menyalahkan secawan kopi pada waktu pagi.

    Kesan sampingan minum kopi

    Walaupun kopi selamat untuk kebanyakan orang, ia tetap ada kesan sampingan. Antara kesan yang mungkin berlaku:

    • Jantung berdebar
    • Gelisah atau cemas
    • Gangguan tidur
    • Sakit kepala

    Selain itu, kafein juga boleh menyebabkan kebergantungan jika diambil secara berlebihan. Lama-kelamaan, badan memerlukan lebih banyak kopi untuk dapatkan kesan yang sama.

    Jadi, boleh minum kopi waktu pagi tanpa makan?

    Jawapannya, boleh jika badan anda tidak mempunyai kesan sampingan. Tiada bukti kuat yang mengatakan kopi ketika perut kosong berbahaya secara umum.

    Namun, ada satu perkara penting yang perlu diingat – peka dengan isyarat tubuh badan masing-masing.

    Perhatikan simptom seperti:

    • Rasa pedih perut selepas minum kopi kosong
    • Mudah loya atau tidak selesa
    • Rasa lebih baik bila minum selepas makan

    Itu tandanya badan anda mungkin lebih sesuai minum kopi selepas sarapan.

    Jadi, daripada ikut trend atau nasihat umum semata-mata, lebih baik fahami reaksi badan sendiri.

    Akhirnya, kopi bukan musuh. Tetapi perkara seperti waktu pengambilan, jumlah dan keadaan tubuh yang menentukan sama ada ia membantu atau memudaratkan. – RELEVAN

    Previous ArticleElok untuk bersenam pada waktu malam?
    Next Article Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.