Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    By Umi FatehahApril 20, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan. - GAMBAR HIASAN EDUARDO SOARES/UNSPLASH

    RAMAI orang percaya masalah kewangan besar berpunca daripada keputusan besar seperti membeli kereta mahal atau membuat pinjaman yang tidak terkawal.

    Sebenarnya, menurut pakar, kebanyakan masalah kewangan bermula daripada tabiat kecil yang dilakukan setiap hari tanpa disedari.

    Tabiat ini tidak mendatangkan kesan segera tetapi dalam jangka panjang boleh menjejaskan kestabilan kewangan.

    Pengurusan kewangan peribadi yang lemah (walaupun melibatkan perbelanjaan kecil) boleh membawa kepada beban hutang dan tekanan kewangan.

    1. Beli dahulu fikir kemudian

    Penggunaan kad debit, kad kredit atau e-wallet menjadikan perbelanjaan terlalu mudah. Tanpa disedari, ramai cenderung berbelanja lebih kerana tidak nampak wang keluar secara fizikal.

    Menurut Organisation for Economic Co-operation and Development, individu cenderung berbelanja lebih apabila menggunakan pembayaran tanpa tunai berbanding wang fizikal. 

    1. Langganan kecil yang tak pernah dibatalkan

    RM10 di sini, RM20 di sana mungkin nampak kecil. Tetapi apabila dikumpulkan, jumlahnya mungkin boleh buat anda tersentak.

    Langganan seperti aplikasi penstriman dalam talian (Netflix, Disney+ dan sebagainya), servis premium atau langganan permainan dalam talian punca poket bocor tanpa disedari. 

    Cuba anda kirakan semula setiap langganan. Tidak mustahil jumlahnya boleh mencecah hampir ratusan ringgit setiap bulan.

    1. Suka tangguh simpanan

    “Nantilah, bulan depan baru simpan.” – Ini antara ayat jerat kewangan yang paling lazim digunakan. 

    Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, simpanan awal walaupun kecil memberi kesan besar dalam jangka panjang kerana faktor “compounding” pulangan.

    Sebaliknya, ramai hanya mula menyimpan apabila ada lebihan wang atau cukup untuk menyimpan. Masalahnya kepada kebanyakan individu lebihan wang akan dibelanjakan untuk pelbagai tujuan. 

    Dahulukan simpanan sebelum berbelanja tambahan atau kehendak yang lain.

    1. Terlalu bergantung pada promosi dan diskaun

    Diskaun sering dianggap peluang untuk berjimat. Tetapi hakikatnya, ramai berbelanja lebih kerana takut terlepas peluang.

    Ini menyebabkan ramai yang membeli bukan sebab keperluan tetapi kerana murah. Ini akhirnya menambah perbelanjaan. 

    Cuba fikirkan semula. Tidak kiralah diskaun yang ditawarkan itu lebih 50 peratus sekalipun, jika anda sebenarnya tidak memerlukannya, tidak membelinya tetap pilihan yang lebih bijak.

    1. Tiada rekod perbelanjaan

    Ramai tidak tahu ke mana wang mereka dibelanjakan pergi setiap bulan.

    Hakikatnya, tanpa rekod perbelanjaan anda akan mengalami situasi seperti sukar kenal pasti aliran keluar masuk duit, susah kawal perbelanjaan dan akhirnya akan mudah terlebih belanja.

    Menurut Financial Education Network, kesedaran terhadap aliran wang adalah langkah pertama dalam membina kestabilan kewangan.

    1. Anggap hutang kecil sebagai ‘tak mengapa’

    “Alah, sikit sahaja. Tak mengapalah, nanti aku mesti mampu membayarnya semula.”

    Ayat ini nampak ringan tetapi di situlah ramai mula terperangkap. Sedikit demi sedikit, komitmen kewangan terkumpul. Daripada skim bayar kemudian (BNPL), bayaran minimum kad kredit hinggalah pinjaman kecil yang dianggap remeh.

    Dalam jangka panjang, jumlah yang kecil ini boleh bertukar menjadi beban besar, ditambah pula caj faedah dan komitmen berterusan yang semakin menghimpit.

    1. Ikut gaya hidup orang lain

    Media sosial memainkan peranan besar dalam membentuk gaya hidup.

    Bila nampak orang lain bercuti, beli barang mahal, makan di tempat mewah, ramai rasa perlu ikut untuk tidak ketinggalan. Perasaan ini dikenali sebagai fear of missing out (FOMO).

    Sedangkan realitinya, setiap orang mempunyai kemampuan kewangan yang berbeza.

    Kewangan tidak runtuh dalam sehari tetapi terhakis sedikit demi sedikit melalui tabiat kecil yang sering dipandang ringan. 

    Apa yang nampak remeh hari ini boleh menjadi punca beban besar pada masa hadapan. Justeru, mulakan dengan perubahan kecil kerana masa depan kewangan anda sebenarnya dibentuk oleh pilihan harian yang dibuat hari ini. – RELEVAN

    Previous Article7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    Next Article Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.