Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    By Umi FatehahApril 16, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? - GAMBAR HIASAN JAKUB ZERDZICKI/UNSPLASH

    PERNAH rasa gaji baru masuk tapi sudah habis untuk bayar komitmen atau lebih teruk, setiap bulan hidup sekadar cukup-cukup kerana dibebani hutang?

    Situasi ini bukan sesuatu yang asing, terutama dalam kalangan golongan muda berusia 20-an. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ditambah pula gaya hidup moden yang mendorong perbelanjaan tanpa kawalan, ramai akhirnya terperangkap dalam kitaran hutang yang sukar diputuskan.

    Namun, keadaan ini bukanlah penamat. Dengan strategi yang betul, anda masih boleh reset kewangan dan bina semula kehidupan yang lebih stabil.

    Fahami punca sebenar anda berhutang

    Langkah pertama untuk keluar daripada masalah hutang ialah memahami bagaimana anda boleh sampai ke tahap ini.

    Menurut Bank Negara Malaysia, antara punca utama golongan muda berhutang ialah perbelanjaan melebihi kemampuan, penggunaan kad kredit tanpa kawalan serta pinjaman peribadi yang tidak dirancang.

    Selain itu, kemudahan seperti buy now pay later (BNPL) juga menjadikan hutang lebih mudah diakses tanpa rasa beban pada awalnya.

    Namun, ramai tidak sedar bahawa hutang kecil yang terkumpul boleh menjadi besar dalam masa singkat.

    Senaraikan semua hutang 

    Ramai cenderung mengelak daripada melihat jumlah hutang sebenar kerana rasa takut atau tertekan. Namun, langkah ini sangat penting.

    Tulis semua hutang anda termasuk:

    • Kad kredit
    • Pinjaman peribadi
    • Hutang pendidikan
    • BNPL atau ansuran barangan

    Dengan melihat jumlah keseluruhan, anda akan lebih jelas tentang kedudukan kewangan sebenar dan boleh mula merancang langkah seterusnya.

    Gunakan strategi bayar hutang yang sesuai

    Tidak semua hutang perlu dilangsaikan secara rawak. Terdapat dua strategi popular yang boleh digunakan:

    1. Kaedah snowball

    Fokus pada hutang paling kecil dahulu. Setiap kali satu hutang selesai, anda akan lebih bersemangat untuk meneruskan.

    1. Kaedah avalanche

    Fokus pada hutang dengan kadar faedah paling tinggi terlebih dahulu untuk mengurangkan jumlah bayaran keseluruhan.

    Menurut Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK), memilih strategi yang konsisten dan realistik adalah kunci utama untuk keluar daripada hutang.

    Hentikan tabiat yang menambah hutang

    Ini bahagian yang paling mencabar tetapi paling penting.

    Jika anda masih kerap menggunakan kad kredit tanpa bayaran penuh, bergantung kepada BNPL untuk membeli barangan bukan keperluan atau berbelanja mengikut emosi maka usaha membayar hutang akan menjadi sia-sia.

    Reset kewangan bukan sekadar membayar hutang tetapi juga mengubah cara berbelanja.

    Bina semula bajet bulanan yang realistik

    Ramai gagal mengurus kewangan kerana bajet yang tidak praktikal.

    Gunakan pendekatan mudah seperti:

    • 50 peratus keperluan (makan, sewa, bil)
    • 30 peratus kehendak
    • 20 peratus simpanan atau bayaran hutang

    Jika anda mempunyai hutang yang tinggi, tingkatkan peratusan untuk bayaran hutang sementara waktu.

    Mulakan simpanan walaupun sedikit

    Walaupun sedang membayar hutang, anda masih perlu mempunyai simpanan asas. Mulakan dengan jumlah kecil seperti RM50 hingga RM100 sebulan. Tujuannya ialah untuk membina tabiat dan mengelakkan anda kembali berhutang apabila berlaku kecemasan.

    Tanpa simpanan, satu masalah kecil seperti kerosakan kenderaan boleh memaksa anda berhutang semula.

    Jika hutang anda sudah berada di tahap luar kawalan, dapatkan bantuan profesional.

    Agensi seperti Credit Counselling and Debt Management Agency menyediakan khidmat kaunseling kewangan secara percuma, termasuk pelan pengurusan hutang yang lebih tersusun. – RELEVAN

    Previous ArticlePenglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    Next Article Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.