Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    By Umi FatehahMarch 17, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bagaimana elak keletihan memandu. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    SETIAP kali musim perayaan, jutaan rakyat Malaysia akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Malah. Aidilfitri minggu ini adalah masa perjalanan balik kampung paling besar di negara yang mempunyai hampir 70 peratus penduduk Islam. 

    Ada yang lebih bernasib baik akan menempuh perjalanan antara satu dan dua jam. Tidak kurang yang perlu memandu lebih daripada lapan jam berikutan kesesakan trafik.

    Perjalanan jauh boleh meletihkan, lebih-lebih lagi dengan kesesakan jalan, cuaca panas dan tempoh memandu panjang. Keletihan melampau juga boleh menjejaskan fokus pemandu.

    Penting untuk mereka yang memandu untuk membuat persediaan sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Berikut langkah mudah yang boleh membantu anda mengurangkan rasa penat sepanjang perjalanan.

    1. Rancang waktu perjalanan dengan baik

    Antara punca utama perjalanan terasa lebih memenatkan ialah apabila terperangkap dalam kesesakan jalan raya terlalu lama.

    Jika boleh, elakkan bertolak pada waktu puncak seperti malam sebelum cuti panjang atau pagi sehari sebelum raya. Pilih waktu yang lebih tenang seperti awal pagi sama ada selepas atau sebelum sahur mahupun lewat malam.

    Perjalanan yang lebih lancar bukan sahaja menjimatkan masa malah membantu pemandu kekal lebih tenang dan kurang stres.

    1. Rehat setiap dua hingga tiga jam

    Ramai pemandu mahu cepat sampai ke destinasi sehingga memilih memandu tanpa berhenti terlalu lama. Tabiat ini sebenarnya boleh meningkatkan risiko keletihan.

    Ramai pakar dan agensi keselamatan jalan raya berpesan agar pemandu berhenti berehat sekurang-kurangnya setiap dua hingga tiga jam. Gunakan masa di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk keluar dari kereta, berjalan seketika dan meregangkan badan.

    Walaupun hanya lima hingga sepuluh minit, rehat sebentar mampu membantu badan kembali segar sebelum meneruskan perjalanan.

    1. Minum air secukupnya

    Dehidrasi ringan juga boleh menyebabkan badan cepat letih dan kurang fokus. Oleh itu, pastikan anda minum air kosong secukupnya sepanjang perjalanan.

    Elakkan terlalu banyak minuman berkafein atau minuman manis kerana ia boleh membuatkan badan terasa lebih penat selepas beberapa ketika. Simpan sebotol air di dalam kereta supaya mudah dicapai ketika memandu.

    Sekiranya anda memandu dalam keadaan berpuasa, pastikan anda minum air secukupnya pada tempoh malam sebelumnya sehingga waktu sahur.

    1. Tukar pemandu jika perjalanan terlalu jauh

    Jika perjalanan mengambil masa berjam-jam, lebih baik jika terdapat dua orang yang boleh bergilir-gilir memandu.

    Menukar pemandu setiap beberapa jam dapat memberi peluang kepada pemandu pertama untuk berehat dan mengelakkan keletihan melampau. Ini juga membantu memastikan tahap fokus kekal tinggi sepanjang perjalanan.

    Jika hanya seorang sahaja yang memandu, pastikan rehat diambil dengan lebih kerap.

    1. Sediakan makanan ringan yang sesuai

    Perjalanan jauh membuatkan seseorang mudah lapar. Namun makanan terlalu berat boleh menyebabkan rasa mengantuk.

    Sebagai alternatif, sediakan makanan ringan seperti buah-buahan, kekacang atau biskut yang mudah dimakan ketika berhenti rehat.

    Selain memberi tenaga, makanan ringan membantu mengelakkan rasa lesu sepanjang perjalanan. 

    1. Pastikan tidur mencukupi sebelum bertolak

    Satu kesilapan yang sering berlaku ialah memulakan perjalanan dalam keadaan tidak cukup tidur. Ada yang berjaga malam untuk mengemas barang atau menyiapkan kerja sebelum bertolak.

    Walaupun nampak remeh, tidak cukup tidur boleh menjejaskan fokus dan tindak balas pemandu di jalan raya. Dalam perjalanan jauh, keadaan ini boleh menjadi berbahaya.

    Sebaiknya pastikan anda mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan balik kampung.

    Ingat, perjalanan selamat lebih penting daripada cepat sampai. Perjalanan jauh memerlukan kesabaran, perancangan dan juga rehat yang mencukupi. Dengan sedikit persediaan, perjalanan balik kampung boleh menjadi lebih selesa dan kurang memenatkan. – RELEVAN

    Previous ArticleLemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    Next Article 3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.