Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

    Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

    By Zubaidah IbrahimSeptember 7, 2023Updated:September 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PELAKSANAAN program ini bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan serta kualiti hidup selain menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara.

    PENANAMAN semula pokok bakau adalah salah satu usaha berkesan bagi memastikan khazanah semula jadi terpelihara untuk generasi akan datang di samping memastikan ekosistem semula jadi sentiasa terjaga.

    Dalam usaha melestarikan alam sekitar, Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan Program Penanaman Pokok Bakau (Geomangrove) Di Kawasan Paya Bakau Sungai Kilim, Mukim Air Hangat, Langkawi, baru-baru ini.

    Penolong Naib Canselor, UUM COB, Prof. Dr. Ram Al-Jafri Saad berkata, program yang menyasarkan pemuliharaan hutan bakau dan pembangunan komuniti ini dijalankan bagi menyahut saranan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang meletakkan sasaran sebanyak 2,000 pokok bakau ditanam di sekitar Langkawi pada 2023.

    Jelasnya, pelaksanaan program ini bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan serta kualiti hidup selain menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara.

    PUSAT Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan Program Penanaman Pokok Bakau (Geomangrove) Di Kawasan Paya Bakau Sungai Kilim, Mukim Air Hangat, Langkawi, baru-baru ini.

    “Penanaman pokok bakau penting dalam menjaga pesisiran pantai daripada ancaman hakisan arus ombak yang kuat selain memelihara ekosistem di Paya Bakau Sungai Kilim ini.

    “Usaha ini juga dapat memulihara pesisiran pantai sebagai lindungan semula jadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam dan hakisan tanah selain mewujudkan zon penampan bagi menahan kekuatan ombak dan angin kencang serta mencegah pencemaran alam sekitar,” katanya.

    Program yang dijalankan dengan kerjasama pihak Kumpulan Affin Bank Berhad, LADA, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM UUM) serta penduduk setempat telah berjaya menyemai benih dan menanam pokok bakau yang terdiri daripada dua spesies iaitu Rhizophora Apiculata (bakau minyak) dan Rhizophora Mucronata (bakau kurap).

    Sementara itu, Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam berkata, program penanaman pokok bakau ini adalah satu pendedahan komuniti melalui situasi sebenar kepentingan penjagaan dan pemuliharaan hutan paya bakau kepada penduduk.

    “Pemilihan lokasi Sungai Kilim, Pulau Langkawi dengan kawasan tersebut sesuai dengan ekosistem pinggir pantai dan paya bakau.

    “Melalui aktiviti sihat ini, peserta dapat mengenali kepelbagaian biologi dan sumber hutan bakau, memahami fungsi dan peranan ekosistem hutan bakau serta menyemai anak benih dan menanam anak pokok untuk pemuliharaan hutan bakau.

    “Memulihkan habitat pesisiran pantai yang menjadi koridor kepada kepelbagaian biologi serta memperkayakan sumber hasil pantai dan meningkatkan kualiti alam sekitar serta nilai estetika sebagai daya tarikan pelancong,” tambahnya.

    Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Prof. Madya Dr. Shuhymee Ahmad berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan memberi impak positif kepada alam sekitar sambil memupuk pertumbuhan mampan dan pemerkasaan dalam komuniti setempat.

    “Dalam keadaan di mana cabaran alam sekitar semakin mendesak, kepentingan kerjasama antara entiti korporat dan institusi akademik menjadi semakin penting. Program CSR ini menjadi contoh bagaimana sinergi dinamik antara industri dan akademia dapat menangani masalah alam sekitar sambil memperkasakan komuniti tempatan.

    “UUM menjadi rakan strategik dalam program CSR ini dan teruja untuk menggabungkan sumber akademik kami dengan sokongan korporat untuk memacu perubahan bermakna dalam pemuliharaan hutan bakau dan pembangunan komuniti.

    “Projek ini adalah hasil daripada inisiatif Program CEO@Faculty dimana Dr. Safwan Marwin Abdul Murad dari SBM menjalani sangkutan perkhidmatan dengan Affin Bank selama enam bulan,” katanya.- RELEVAN

    bakau featured semulajadi uum
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.