Facebook Twitter
    Trending
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    By Umi FatehahJanuary 28, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave. - GAMBAR HIASAN DAMIA MUSTAFA/UNSPLASH

    KETUHAR gelombang mikro atau microwave adalah penyelamat di dapur moden. Dari memanaskan sarapan, lauk tengahari, hingga secawan coklat panas, semua lebih cepat dan mudah. 

    Namun, bukan semua makanan sesuai dipanaskan semula di microwave. Sesetengah makanan boleh berubah sifatnya, kehilangan nutrien atau bahkan menjadi bahaya kepada kesihatan.

    Menurut Reader’s Digest, ramai tidak sedar cara mereka menggunakan microwave boleh menyebabkan risiko serius. Berikut adalah sembilan makanan yang patut dielakkan beserta penjelasan kenapa dan cara selamat untuk memanaskannya semula.

    1. Telur rebus

    Telur rebus, sama ada bersalut kulit atau sudah dikupas boleh menjadi bom wap apabila dipanaskan dalam microwave. Air dalam telur cepat berubah menjadi wap dan tekanan meningkat. Ia akan menyebabkan telur meletup selepas dikeluarkan. Untuk selamat, potong telur kepada bahagian lebih kecil dahulu atau panaskan dengan kaedah lain seperti mengukus.

    1. Susu badan 

    Buat ibu-ibu yang mahu memanaskan susu badan, microwave bukan pilihan terbaik. Microwave memanaskan susu tidak sekata dan membentuk hot spot yang boleh membakar mulut bayi. 

    Pakar mencadangkan menggunakan periuk air panas atau kaedah rendaman air panas untuk mencairkan susu badan dan susu formula bayi.

    1. Daging diproses

    Daging diproses seperti sosej, nugget dan daging sejuk beku mengandungi bahan kimia dan pengawet. Microwave boleh menukar kolesterol dalam daging menjadi kolesterol teroksida yang dikaitkan dengan risiko penyakit jantung. Lebih selamat, panaskan dengan cara kukus atau digoreng di kuali. Gunakan microwave hanya untuk melembutkan daging (thaw).

    1. Nasi

    Microwave juga tidak semestinya menghapuskan semua bakteria yang terdapat dalam nasi, khususnya bacillus cereus yang mempunyai daya tahan tinggi terhadap haba. 

    Toksin yang dihasilkan boleh menyebabkan keracunan makanan dengan gejala cirit-birit atau loya.

    Sebaiknya, panaskan nasi sehingga panas menyeluruh kemudian makan segera dan jangan biarkan ia berada pada suhu bilik terlalu lama kerana keadaan itu memudahkan bakteria membiak.

    1. Ayam

    Ayam yang dipanaskan semula dalam microwave berisiko tinggi kerana bakteria seperti salmonella tidak terhapus sepenuhnya. 

    Microwave memanaskan makanan secara tidak sekata, menyebabkan bahagian luar terasa panas tetapi bahagian dalam mungkin masih belum mencapai suhu selamat. Untuk lebih yakin ayam dipanaskan sepenuhnya, gunakan ketuhar atau panaskan di atas kuali supaya haba tersebar dengan lebih sekata.

    1. Sayur 

    Bayam, kale dan saderi mengandungi nitrat semula jadi yang sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Tapi bila dipanaskan dalam microwave, nitrates boleh bertukar menjadi nitrosamin, bahan yang mencetuskan kanser. Cara selamat ialah makan sejuk, kukus atau panaskan dalam oven.

    1. Bit dan lobak

    Sayur akar yang kaya dengan nitrates seperti bit dan lobak juga menghadapi risiko sama. Microwave boleh menukar nitrates menjadi bahan berbahaya. Lebih baik nikmati sejuk atau gunakan kaedah kukus dan rebus untuk mengekalkan khasiat.

    1. Cili

    Microwave boleh melepaskan capsaicin dari cili ke udara. Gas pedas ini boleh menyebabkan mata pedih, batuk dan kesukaran bernafas jika terhidu. Bahkan, ada laporan di mana penghuni sebuah apartmen terpaksa dievakuasi selepas cili dipanaskan dalam microwave.

    1. Kentang

    Kentang yang sudah dimasak dan dibiarkan lama boleh mengandungi bakteria Clostridium botulinum, penyebab botulisme. Microwave tidak dapat membunuh bakteria ini. Simpan kentang di peti sejuk selepas dimasak dan panaskan semula menggunakan oven atau kuali untuk keselamatan.

    Walaupun microwave menjadikan kerja memasak dan memanaskan makanan lebih cepat dan praktikal, tidak semua jenis makanan sesuai dipanaskan menggunakan kaedah ini. Untuk keselamatan dan rasa yang lebih sedap, pilih kaedah pemanasan lain seperti kukus, rebus, oven atau makan sejuk bila sesuai. – RELEVAN

    Previous ArticlePadah lambat makan
    Next Article Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    Artikel berkaitan

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026
    Artikel Terkini

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.