Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penderitaan genosid di Gaza selama dua tahun ini

    Penderitaan genosid di Gaza selama dua tahun ini

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 10, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Penderitaan genosid di Gaza selama dua tahun ini. GAMBAR HIASAN AFP

    GENOSID di Gaza bukan bermula dua tahun lalu. Sejak zaman 1948, Israel sudah memulakan serangan tanpa henti ke atas rakyat Palestin dan sehingga kini kekejaman itu masih berterusan.

    Nyawa terkorban sudah tidak terkira

    Jumlah sebenar rakyat Palestin yang terkorban di Gaza sudah tidak terhitung kerana terlalu ramai menjadi mangsa korban pengeboman kejam rejim Israel. Lebih memilukan, Israel telah memusnahkan sistem kesihatan secara sistematik sepanjang dua tahun genosid berlaku di bumi Gaza.

    Sebanyak 67,139 rakyat Palestin telah dikenal pasti terkorban dalam serangan bom yang dilakukan Israel. Dalam pada itu, anggaran lebih daripada 14,200 masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Secara keseluruhannya, angka sebenar kematian dipercayai mencecah ratusan ribu orang.

    Pada 3 September lalu, media antarabangsa mengesahkan anggaran jumlah kematian di Gaza sejak 7 Oktober 2023 ialah 680,000 orang termasuk kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

    Kecacatan kekal akibat serangan bom
    Dalam tempoh dua tahun lepas, pengeboman oleh Israel telah mengakibatkan 169,583 rakyat Palestin mengalami kecederaan parah. Antara rekod yang dicatatkan ialah:
    • Lebih 4,800 orang awam menjadi kudung
    • 1,200 lumpuh sepenuhnya
    • 1,200 lagi kehilangan penglihatan
    Sasaran ke atas petugas kesihatan

    Serangan Israel secara terang-terangan menyasarkan petugas kesihatan. Antara jumlah korban yang direkodkan termasuk:

    • 251 wartawan terkorban

    Lebih ramai daripada jumlah keseluruhan wartawan yang terbunuh dalam Perang Dunia sebelum ini.

    • 1,722 petugas kesihatan maut

    Purata lebih dua orang setiap hari sejak genosid bermula dua tahun lepas. Kebanyak daripada mereka meninggal ketika merawat mangsa di hospital.

    Tragedi berdarah pada Mac lalu, apabila petugas kesihatan dibunuh dalam ambulans sebelum jentolak digunakan untuk menimbus mayat mereka ke dalam kubur besar.

    • 562 pekerja bantuan kemanusiaan terbunuh

    Serangan Israel mengakibatkan petugas bantuan kemanusiaan turut terbunuh. Angka kematian ini adalah yang tertinggi dalam sejarah era moden.

    Populasi rakyat Palestin terhapus sebab Israel

    Ribuan keluarga di Gaza lenyap akibat serangan berterusan dilakukan Israel. Antara kesan tragis yang direkodkan:

    • Lebih 2,700 keluarga dihapuskan akibat serangan bom tentera Israel
    • Lebih 6,000 keluarga kini hanya tinggal seorang ahli yang masih hidup
    • Lebih 21,000 wanita menjadi balu
    • 56,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu sekelip mata
    Tanah Gaza musnah sepenuhnya

    Serangan tanpa henti oleh Israel telah menghancurkan hampir seluruh bangunan di Gaza. Kemusnahan besar yang direkodkan termasuk:

    • 92 peratus kediaman perumahan
    • 88 peratus kemudahan awam
    • 92 peratus bangunan sekolah
    • Lebih 1,000 masjid, tiga gereja dan 290 tempat rekreasi
    • 40 tanah perkuburan dan bangunan arkib
    • 13 perpustakaan awam
    • 12 universiti
    • Daripada 94 peratus hospital hancur, 39 peratus lagi masih berfungsi secara separa
    Gaza alami kebuluran melampau

    Sekurang-kurangnya 460 rakyat Palestin termasuk 154 kanak-kanak meninggal dunia akibat kebuluran sejak Israel menyekat sebarang bantuan ke Gaza. Disebabkan itu juga, kadar keguguran meningkat sebanyak 300 peratus dengan lebih 12,000 kes direkodkan dari dua tahun yang lepas.

    Penyeksaan tanpa henti oleh Israel

    Tentera Israel telah menculik dan menahan 6,700 rakyat Palestin secara haram. Antaranya termasuklah 362 petugas kesihatan, 48 wartawan dan 26 anggota pertahanan awam.

    Rakyat Palestin yang dibebaskan melaporkan pernah menjadi mangsa gangguan seksual, psikologi dan penyeksaan secara fizikal oleh rejim Israel.

    Walaupun fasa pertama gencatan senjata dipersetujui antara Israel dan Hamas, derita rakyat Gaza masih belum berakhir. Teruskan perjuangan solidariti anda dan jangan berhenti bersuara tentang mereka. -RELEVAN

    Previous ArticleFormula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi
    Next Article Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.