Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

    Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

    By Umi FatehahOctober 10, 2025Updated:October 10, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    BELANJAWAN 2026 menunjukkan kerajaan mendengar dan mengambil maklum rungutan tentang kos sara hidup yang disuarakan rakyat. 

    Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata buat pertama kali dalam sejarah, kadar kemiskinan tegar negara menurun daripada 0.2 peratus ke paras hampir sifar – hanya 0.09 peratus atau sekitar 7,000 isi rumah seluruh Malaysia. 

    Katanya, walaupun angka-angka ekonomi nampak meyakinkan, kita akui kos sara hidup meningkat dan membebankan. Mengakui kenyataan tersebut, bantuan tunai rakyat akan ditambah.

    Berikut ialah perincian bantuan tunai rakyat seperti yang diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober.

    Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

    Tahun ini, kerajaan menyediakan RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memanfaat hampir 9 juta penerima.

    Bagi STR, bayaran sehingga Fasa 3 bernilai RM6 bilion telah dibuat. Sukacita diumumkan, sempena perayaan Deepavali oleh kaum India, bayaran STR Fasa 4 2025 yang dijadualkan untuk bulan November dan bernilai RM2 bilion diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober. 

    Kerajaan juga bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali.

    Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

    31 Ogos lalu, semua rakyat 18 tahun ke atas mendapat RM100 ringgit Penghargaan SARA. Lebih 70 peratus telah dibelanjakan dan baki SARA yang tidak dibelanjakan menjelang Disember akan diagih semula untuk program rakyat susah.

    Kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan RM100 ringgit melalaui SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas. Ini akan disalur pada pertengahan Februari yang boleh dimanfaat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina.

    • Semua 9 juta penerima STR turut menerima SARA sehingga RM100 ringgit setiap bulan atau RM1,200 setahun.
    • 1 juta penerima STR di bawah e-Kasih menerima SARA sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun. 
    • Kategori bujang menerima RM600 iaitu RM50 ringgit sebulan melalui SARA.
    • Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 sebulan dengan lima anak layak menerima bantuan maksimum RM4,600 iaitu RM2,200 daripada STR dan RM2,400 daripada SARA.

    Bankrap

    Madani akan memastikan setiap rakyat diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan lebih baik. Sejak Mac 2023, 200,000 rakyat bebas daripada belenggu bankrap. 

    • Bagi membela ibu bapa tunggal menanggung anak, usahawan mikro terkesan krisis, mangsa scam serta mangsa projek terbengkalai, Dasar Peluang Kedua Fast Track diperkenalkan untuk mempercepat proses melalui kaedah lebih ringkas dan bersasar.
    • RM15 juta diperuntukkan untuk memperkasa Program Peluang Kedua untuk manfaat 1,700 individu termasuk bekas penagih di Pusat Pemulihan penagihan Narkotik.
    • Peluang Kedua kepada 3,000 bekas banduan wanita yang tidak mendapat sokongan keluarga melalui pemberian insentif mula niaga bagi menjana pendapatan memulakan semula kehidupan.

    Jualan Rahmah

    Jualan Rahmah beri manfaat besar untuk rakyat membeli barangan asas pada harga lebih murah. Tahun hadapan, RM1 bilion disediakan bagi menangani kos sara hidup termasuk RM600 juta ringgit khusus untuk memperbanyak program Payung Rahmah di semua kawasan DUN seluruh negara. – RELEVAN

    Previous ArticlePenderitaan genosid di Gaza selama dua tahun ini
    Next Article Belanjawan 2026: Pendidikan percuma melalui PTPTN bantu pelajar miskin

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.