Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lindungi keluarga dengan kempen Kasih Ramadhan Zurich Takaful

    Lindungi keluarga dengan kempen Kasih Ramadhan Zurich Takaful

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 15, 2022Updated:April 15, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEMPENA kehadiran Ramadan yang diberkati tahun ini, Zurich Takaful Malaysia Berhad (Zurich Takaful) melancarkan kempen Kasih Ramadhan yang bertujuan memberi penghargaan kepada pelanggan-pelanggannya.

    Dari sekarang hingga 6 Mei 2022, 300 pelanggan pertama yang mendaftar untuk mana-mana satu daripada 3 produk Zurich Takaful iaitu Takaful Family Hero, Takaful ProEssential dan Takaful ProInvest dengan Jumlah Caruman Tahunan minimum tertentu akan menerima e-baucar Shopee bernilai RM150, tertakluk kepada terma dan syarat.

    Setiap produk tersebut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Takaful Family Hero direka khusus untuk membantu keluarga mencapai kesejahteraan masa hadapan melalui perlindungan terhadap bebanan hutang.

    Hutang merupakan tanggungjawab yang besar, khususnya buat mereka yang beragama Islam. Rasulullah SAW bersabda:

    “Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim)

    Ini bermaksud, dosa berhutang seorang Muslim tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid, kecuali jika dihalalkan oleh pemiutang.

    Komitmen kewangan yang besar boleh menjadi beban kepada ahli keluarga apabila anda sudah tiada kelak. Oleh itu, pelan Family Hero menawarkan penyelesaian melalui bayaran perlindungan yang tinggi sehingga 400% daripada Jumlah Perlindungan Asas untuk melunaskan komitmen yang ditinggalkan.

    LINDUNGI diri, keluarga dan orang tersayang dengan plan Zurich Takaful. – Foto: Migs Reyes/Pexels

    Manfaat Ziarah Plus pula melindungi anda dan orang tersayang semasa anda menunaikan ibadat haji atau umrah. Zurich Takaful akan membayar tambahan 10% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau maksimum RM50,000 sekiranya belaku kematian akibat strok haba, rempuhan atau kecederaan akibat himpitan, kematian akibat kebakaran di dalam bangunan awam atau kematian akibat Sindrom Pernafasan Coronavirus Timur Tengah (MERS-Cov).

    Rasulullah SAW juga mengingatkan umat Islam tentang hadirnya lima perkara sebelum lima perkara, termasuk kaya sebelum miskin. Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat 47 hingga 48 berfirman:

    “Dia (Yusuf) berkata: Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (biji gandum) yang kamu simpan.”

    Kedua-dua peringatan ini menekankan kepentingan perancangan kewangan buat orang Islam. Harta perlu dibelanjakan secara bijak dan terlindung supaya apa-apa malang yang mendatang dapat dihadapi dengan baik.

    Satu lagi pelan perlindungan istimewa untuk keluarga yang ditawarkan Zurich Takaful ialah Takaful ProEssential. Pelan ini menawarkan keselamatan kewangan yang komprehensif apabila berlakunya kematian, HUKK dan Hilang Upaya Warga Emas (HUWE).

    Takaful ProEssential juga menawarkan pelbagai manfaat tambahan termasuk manfaat tambahan perubatan MediPro yang memberikan perlindungan perubatan yang komprehensif sehingga RM2,000,000 Tanpa Had Seumur Hidup. Dengan MediPro, anda boleh memperolehi ketenangan fikiran dengan mengetahui bahawa keperluan kesihatan anda dipelihara, selain memberi jaminan kewangan yang lebih baik kepada anda sekeluarga.

    TAKAFUL ProEssential menawarkan pelbagai manfaat tambahan termasuk manfaat perubatan MediPro yang memberikan perlindungan perubatan yang komprehensif sehingga RM2,000,000 Tanpa Had Seumur Hidup.- Foto: Pavel Danilyuk/Pexels

    Tambahan pula, Islam tidak pernah menghalang penganutnya mengumpul harta, cuma disyaratkan supaya harta yang dicari dijamin halal dan kaedah pencariannya juga halal. Rasulullah SAW bersabda:

    “Barang siapa mencari rezeki halal untuk menafkahi keluarganya, ia laksana mujahid (pejuang) di jalan Allah. Barang siapa mencari harta halal untuk menjaga diri daripada keharaman, ia berada pada darjat syuhada (orang yang mati syahid).” (Riwayat Muslim)

    Takaful ProInvest merupakan pelan takaful keluarga berkaitan pelaburan yang dirangka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta mengoptimumkan jumlah pulangan anda. Pelan ini memberikan peluang kepada anda untuk menjana pulangan menggunakan simpanan melalui dana pelaburan patuh syariah Zurich Takaful yang diurus secara profesional.

    Terakhir, Takaful ProInvest turut menawarkan Manfaat Pampasan Kemalangan untuk perlindungan sehingga umur 75 tahun. Perlindungan yang ditawarkan termasuk pampasan kematian dan kehilangan anggota akibat kemalangan; pampasan mingguan; pampasan hilang upaya kekal; bayaran balik perubatan akibat kemalangan dan pampasan berganda.

    Tiada apa yang kita mahu melainkan melihatkan keluarga yang tersayang hidup dengan gembira dan berkualiti. Oleh itu, ketiga-tiga produk takaful juga hadir dengan Hak Istimewa Penjagaan Keluarga yang memberikan jaminan gaya hidup yang diingini untuk orang tersayang, walaupun selepas kita tiada di sisi mereka.

    Hak istimewa ini memberikan perlindungan kepada sehingga 4 ahli keluarga, sama ada pasangan atau anak dengan perlindungan sehingga 25% daripada Jumlah Perlindungan Asas, tertakluk kepada RM300,000 Jumlah Perlindungan Asas bagi setiap ahli keluarga tanpa sebarang taja jamin.

    Ramadan anda pastinya lebih bermakna dengan perlindungan Zurich kerana ia adalah hadiah paling istimewa daripada anda untuk keluarga. – RELEVAN

    Previous ArticleBangkit dari pandemik, bina semula simpanan anda
    Next Article 10,413 kes jangkitan baharu direkodkan semalam, 18 kematian

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.