Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    By Umi FatehahFebruary 25, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30? - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    APABILA usia menghampiri 30 tahun, persoalan tentang kestabilan diri dan kewangan semakin kerap menghantui fikiran.

    Ada kawan yang sudah membeli rumah. Ramai juga sudah berkahwin. Tak kurang yang berkongsi jumlah simpanan.

    Hakikatnya, ramai yang masih tertanya-tanya. Berapa sebenarnya jumlah simpanan yang patut ada sebelum umur 30? Jawapannya mungkin tak sesedap yang disangka.

    Tiada angka tetap tapi ada garis panduan

    Pakar kewangan antarabangsa, Fidelity Investments menyarankan seseorang mempunyai sekurang-kurangnya satu kali ganda gaji tahunan menjelang umur 30.

    Contohnya:

    Jika gaji setahun RM36,000, maka simpanan sasaran sekitar RM36,000.

    Namun, itu berdasarkan konteks negara maju dengan struktur gaji dan kos sara hidup yang berbeza. Di Malaysia, realitinya tidak semudah formula tersebut.

    Realiti kehidupan di Malaysia

    Di Malaysia, ramai graduan bermula dengan gaji sekitar RM2,000-RM3,500.

    Dengan komitmen seperti:

    • Sewa rumah
    • Bayaran kereta
    • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
    • Bil utiliti
    • Tanggung keluarga

    Nak cecah simpanan RM30,000 sebelum 30 bukan mustahil tapi bukan juga automatik. Jadi, daripada fokus pada angka besar yang buat kita stres, lebih praktikal untuk pecahkan kepada tiga tahap ini.

    Dana kecemasan: Minimum tiga hingga enam bulan perbelanjaan. Ini paling asas. Perlu fahamkan dana kecemasan ini bukan simpanan untuk kahwin, melancong atau beli gajet baharu. 

    Dana kecemasan ialah duit yang hanya digunakan jika hilang kerja, sakit secara tiba-tiba atau kecemasan keluarga. Semua yang berkaitan perbelanjaan tidak dirancang boleh menggunakan dana kecemasan.

    Kalau komitmen bulanan RM2,000, sasaran dana kecemasan minimum ialah RM6,000-RM12,000. Kalau belum ada angka ini menjelang umur 30, itu signal untuk susun semula strategi kewangan.

    Simpanan bersih lebih RM10,000: Realistik atau tidak?

    Dalam konteks Malaysia, mempunyai simpanan bersih antara RM10,000 hingga RM30,000 sebelum usia 30 dianggap stabil bagi kebanyakan individu berpendapatan sederhana.

    Tetapi penting untuk bezakan:

    • Duit dalam akaun biasa
    • Simpanan tetap
    • Pelaburan
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

    Ramai merasakan simpanan mereka kosong, sedangkan caruman KWSP sebenarnya sudah terkumpul sedikit demi sedikit.

    Contohnya, caruman melalui KWSP sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada simpanan jangka panjang walaupun tidak boleh disentuh sewenang-wenangnya.

    Nisbah simpanan

    Ada kalanya kita terlalu terikat dengan jumlah semata-mata. Sedangkan yang lebih penting untuk dinilai ialah:

    • Berapa peratus gaji yang disimpan setiap bulan?
    • Ada atau tidak tabiat menyimpan konsisten?
    • Ada perlindungan takaful/insurans asas?

    Kalau seseorang menyimpan 20 peratus daripada gaji secara konsisten sejak umur 23 (walaupun jumlahnya tidak besar) itu jauh lebih kukuh berbanding simpan RM20,000 sekali gus tapi tidak berdisiplin.

    Jadi, berapa sebenarnya perlu ada?

    Seperti yang disarankan, sebelum umur 30, sasarkan:

    • Jumlah dana kecemasan tiga hingga enam bulan gaji
    • Sekurang-kurangnya RM10,000 simpanan cair
    • KWSP aktif dan konsisten
    • Tiada hutang lapuk yang tak terkawal

    Kalau boleh cecah RM30,000 dan ke atas, Itu bonus. Kalau sebaliknya, fokuskan kepada membina sistem simpanan atau pelaburan, bukan banding angka.

    Hakikatnya, umur 20-an ialah fasa membina asas, bukan fasa jadi jutawan. Media sosial buat kita rasa tertinggal kerana sering membandingkan diri dengan orang lain.

    Kalau sekarang umur sudah menghampiri 30-an dan simpanan masih kecil, soalan yang lebih penting bukan “Kenapa simpanan belum cukup?” tetapi “Apa langkah yang perlu dibuat dalam 12 bulan akan datang?”

    Itu yang menentukan keadaan kewangan ketika masuk umur 30 dan seterusnya. – RELEVAN

    Previous ArticleAtasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    Next Article Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.