Facebook Twitter
    Trending
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 3, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Orang ramai bergambar di hadapan sebuah kapal Libya yang menyertai Global Sumud Flotilla di pelabuhan Tripoli pada 16 September lalu. GAMBAR HIASAN AFP

    KONVOI Global Sumud Flotilla (GSF) menjadi saksi keberanian ratusan aktivis antarabangsa yang berlayar ke Gaza demi memecahkan sekatan haram Israel.

    Setiap detik pelayaran penuh cabaran ini mengingatkan dunia bahawa perjuangan kemanusiaan sentiasa berdepan risiko besar namun semangat solidariti terus memacu langkah mereka. 

    Apa yang berlaku pada ketika ini turut mencelikkan masyarakat dunia tentang kezaliman sekatan Israel serta keberanian aktivis yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menyalurkan bantuan ke bumi Gaza.

    Ini kronologi sepanjang pelayaran misi GSF setakat 3 Oktober 2025.

    31 Ogos 2025
    • Pelayaran bermula di pelabuhan Sepanyol.
    8-9 September 2025:
    • GSF diserang dron, semua peserta selamat.
    15 September 2025: 
    • Kapal tambahan GSF berlepas dari Bizerte, Tunisia dan Augusta, Sicily.
    23 September 2025: 
    • Beberapa kapal diserang dengan dron sekali lagi, semua peserta GSF selamat.
    25 September 2025
    • Freedom Flotilla kembali belayar, desak Israel hentikan kepungan di Gaza.
    26 September 2025:
    • Kapal tentera Sepanyol sertai misi GSF ke Gaza.
    • Itali tambah tentera iringi pelayaran GSF.
    • Beberapa bot GSF tarik diri, misi ke Gaza dirombak.
    27 September 2025:
    • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim merakamkan penghargaan kepada Itali, Sepanyol kerana melindungi konvoi GSF.
    • Kapten, kru tarik diri telah diganti, GSF terus berlayar. Kawalan keselamatan diperketat.
    28 September 2025:
    • Sebuah lagi flotilla bantuan kemanusiaan iaitu ‘Thousand Madleens’ berlayar dari Sicily ke Gaza selepas serangan ke atas konvoi GSF.
    • Misi GSF bersambung semula setelah berlabuh selama tiga hari.
    • GSF dijangka tiba di Gaza pada 30 September.
    29 September 2025:
    • GSF hampiri pesisir Utara Mesir.
    • Enjin kapal Johnny M mengalami kebocoran enjin. Bagaimanapun, semua peserta dalam keadaan selamat.
    • Konvoi GSF bakal memasuki zon kuning.
    30 September 2025:
    • Tentera laut Turkiye dilaporkan mengiringi kapal GSF.
    • Konvoi GSF berjaya memasuki dan melepasi zon kuning.
    • GSF dijangka memasuki zon merah dalam tempoh 28 jam.
    • Pelayaran gemlombang ketiga menuju ke Gaza, salah satu kapalnya iaitu Kapal Conscience berlepas dari Itali.
    1 Oktober 2025: 
    • Pelayaran gelombang ketiga bantuan ke Gaza disertai oleh 94 peserta dari 25 negara termasuk lapan peserta dari Malaysia. Misi pelayaran anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) kali ini memfokuskan kepada misi membawa tenaga profesional seperti kru kapal, wartawan tempatan dan antarabangsa, pakar perubatan, ahli parlimen, aktivis dan ahli FFC sendiri.
    • Peningkatan aktiviti dron sekitar kapal GSF.
    • GSF memasuki zon berisiko tinggi menuju ke Gaza.
    • Beberapa kapal tidak dikenali menghampiri bot GSF.
    • Presiden Gustavo Petro tuntut jaminan keselamatan untuk GSF
    • Kapal perang dikesan berhampiran Kapal GSF
    • GSF masuk kawasan Zon Merah
    2 Oktober 2025: 
    • Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) terima laporan ancaman ‘blockade’ oleh tentera laut Israel.
    • Pihak Israel mengarahkan peserta dan aktivis GSF mengubah haluan kapal mereka.
    • Enam kapal GSF dipintas dan aktivis ditahan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa. Penahanan berlaku ketika Israel dalam penutupan Yom Kippur, menjadikan sistem mahkamah dan penjara tidak berfungsi. Oleh itu, wujud keadaan tidak menentu bagi aktivis ditahan. Mereka berada dalam situasi tergantung tanpa akses kepada proses perundangan yang sewajarnya.
    • Tentera laut Israel melakukan melanggar kapal GSF dan menembak meriam air bertekanan tinggi terhadap kapal GSF.
    • Lebih 400 peserta GSF dari pelbagai negara, termasuk 23 delegasi Malaysia yang menaiki Kapal Alma, Huga, Sirius, Grande Blu, Hio, Oxygono, All In, Free Willy, Estrella Y Manuel, Mikeno, Fair Lady, Inana ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.
    • Kerajaan Turkiye mengecam tindakan tentera Israel terhadap GSF, menyifatkannya sebagai ‘tindakan keganasan’.
    • Demonstrasi besar-besaran diadakan di lebih 20 negara di seluruh dunia membantah tindakan Israel terhadap misi GSF.
    • Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk tindakan Israel memintas kapal GSF. 
    • Kerajaan Venezuela mengecam tindakan Israel dan melabelnya sebagai ‘pengecut dan lanun’. 
    • Presiden Columbia, Gustavo Petro mengecam serangan Israel. Petro juga telah mengarahkan pengusiran semua diplomat Israel yang berada di negara itu.
    • PBB mendedahkan Israel menggunakan pelbagai aset ketenteraan termasuk bot laju, kapal besar dan unit paragliding bagi menghalang kapal terakhir GSF memasuki perairan Gaza.
    • Kementerian Luar mengesahkan semua peserta GSF selamat, dijangka dihantar pulang melalui negara ketiga.
    3 Oktober 2025
    • Peserta GSF yang diculik tiba di Ashdod.
    • Israel adakan perbicaraan pengusiran peserta GSF yang berada di Pelabuhan Ashdod.
    • Lebih 450 aktivis GSF ditahan dengan 42 bot telah dipintas secara tidak sah oleh tentera Israel.
    • Israel menuduh peserta GSF sebagai pengganas.
    • Kapal Marinette ditahan dan diserbu oleh tentera Israel.
    • Kapal-kapal gelombang ketiga masih belayar menuju Gaza. -RELEVAN

    featured global sumud flotilla kronologi

    Artikel berkaitan

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025
    Artikel Terkini

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.