Facebook Twitter
    Trending
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2024: Pembangunan infrastruktur kesihatan dipertingkat

    Belanjawan 2024: Pembangunan infrastruktur kesihatan dipertingkat

    By October 13, 2023Updated:October 13, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEBANYAK RM41.2 bilion diperuntukkan untuk sektor kesihatan dalam Belanjawan 2024. - GAMBAR HIASAN

    KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerima peruntukan sebanyak RM41.2 bilion dalam Belanjawan 2024 berbanding RM36.3 bilion pada 2023.

    Sejumlah RM5.5 bilion daripadanya adalah untuk memperoleh bekalan ubat, bahan guna habis, reagen dan vaksin.

    Berikut Relevan perincikan perbelanjaan kesihatan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    1. Projek pembangunan baharu
    • Kompleks Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Fasa 1 di Kota Tinggi, Johor dengan kos RM938 juta.
    • Kerja awalan bagi Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2, Johor Bahru, Johor.
    • Blok Patologi Tambahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan dengan kos RM175 juta.
    • Bangunan tambahan Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
    • Lima buah klinik kesihatan baharu antaranya di Rantau, Negeri Sembilan; Kuala Tahan, Jerantut, Pahang; Kuala Jengal, Dungun, Terengganu dan Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah dengan kos RM150 juta.
    • Kerajaan turut menyokong hasrat Sarawak untuk membangunkan sebuah Institut Kanser di Sarawak.
    1. Skim Perubatan MADANI dan mySalam

    Skim Perubatan MADANI akan diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta yang akan memanfaatkan 700,000 rakyat dan meneruskan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi. Selain itu, RM50 juta disediakan untuk tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung.

    1. Baik pulih klinik daif

    Sejumlah RM300 juta disediakan untuk membaik pulih 400 buah klinik uzur yang masih mempunyai struktur kayu dan pendawaian usang.

    1. Perolehan peralatan perubatan

    Sebanyak RM766 juta turut disediakan untuk perolehan peralatan perubatan di hospital KKM bagi menggantikan peralatan yang mencecah Beyond Economic Repair (BER) di samping memenuhi keperluan pelbagai disiplin perkhidmatan baharu.

    Ini termasuk RM200 juta untuk perolehan bagi memastikan kesiagaan perkhidmatan kesihatan dalam memberi respons kepada panggilan kecemasan.

    1. Rekod kesihatan digital

    Hanya 3% klinik kesihatan negara dilengkapi rekod kesihatan digital. Rekod digital amat penting bagi mewujudkan capaian data pesakit dengan pantas dan boleh dikongsi dengan semua prasarana kesihatan Kerajaan.

    Oleh itu, kerajaan menyediakan RM150 juta untuk menyenggara sistem teknologi maklumat di bawah KKM termasuk menyediakan Clinic Management System Subscription (CCMS) di 100 klinik kesihatan.

    1. Aktiviti pencegahan penyakit

    Bagi melindungi rakyat supaya kekal afiat, perkhidmatan kesihatan hendaklah beralih daripada merawat pesakit kepada memperhebat aktiviti pencegahan penyakit dan Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan peruntukan sekurang-kurangnya RM130 juta termasuk saringan sihat, saringan awal bayi baru lahir dan membekal vaksin kepada ibu hamil.

    1. Menyumber luar pesakit

    Bagi terus mengawal kesesakan di hospital KKM, Kerajaan juga akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan menyumber luar 90 pesakit ke hospital lain termasuklah hospital tentera, universiti dan swasta dengan peruntukan RM200 juta.

    – RELEVAN

    belanjawan featured kesihatan
    Artikel Terkini

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.