Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 2, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Beberapa kapal GSF berlabuh di pulau kecil Koufonisi, di selatan Crete pada 26 September lalu. GAMBAR AFP

    MISI bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berdepan pelayaran getir demi menembusi sekatan haram Israel yang telah memenjarakan Gaza sejak 18 tahun lalu.

    Konvoi GSF yang terdiri lebih daripada 50 buah kapal dengan delegasi dari puluhan negara, disekat termasuk pelbagai serangan seperti dron dan meriam air bertekanan tinggi.

    Berikut merupakan kronologi ringkas perjalanan penuh pancaroba GSF demi memecahkan sekatan haram Israel sejak tahun 2007.

    31 Ogos: Pelayaran bermula di pelabuhan Sepanyol

    8-9 September: GSF diserang dron

    13-15 September: Kapal tambahan GSF berlepas dari Bizerte, Tunisia dan Augusta, Sicily

    23 September: Beberapa kapal diserang sekali lagi

    2 Oktober: Kapal GSF dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa

    Adakah Israel berhak memintas kapal di perairan antarabangsa?

    Jawapannya, tidak. Malah, Israel tidak berhak menyerang, menahan atau menghalang GSF di perairan antarabangsa atau laut lepas. Tindakan itu jelas melanggar undang-undang laut antaranbangsa dan boleh dikategorikan sebagai jenayah perang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

    Bagaimana perairan wilayah dan antarabangsa berfungsi?
    • Perairan wilayah: Sesebuah negara mempunyai kedaulatan penuh dengan hanya 12 batu nautika bersamaan 22 kilometer (km) dari pantai.
    • Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ): Negara mempunyai hak penuh ke atas sumber seperti ikan dan minyak dengan jarak hanya 200 batu nautika iaitu 370 km. Namun, kapal negara lain bebas berlayar.
    • Laut lepas: Luar dari EEZ, ada sebanyak 64 peratus lautan dunia yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara, menjadikannya terbuka untuk semua undang-undang antarabangsa.
    Perjanjian laut lepas

    Laut lepas ditadbir oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut The United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) of 1982.

    Perjanjian laut lepas atau High Seas Treaty menjamin beberapa perkara utama termasuk:

    • Kebebasan pergerakan kapal dan pesawat di udara
    • Membenarkan pemasangan kabel dasar laut, paip, aktiviti perikanan, penyelidikan dan pembinaan pulau buatan. Semuanya tertakluk kepada perjanjian antarabangsa.
    • Kapal di laut lepas tertakluk kepada bidang kuasa negara bendera yang dikibarkan. Kapal lanun dan aktiviti haram terkecuali dalam hal ini.
    Israel melanggar undang-undang laut?

    Menurut Freedom Flotilla Coalition, misi bantuan GSF adalah sah dan dilindungi oleh undang-undang antarabangsa. Antaranya termasuklah:

    • UNCLOS (1982): Jamin kebebasan navigasi di laut lepas
    • Manual San Remo mengenai undang-undang antarabangsa berkaitan konflik bersenjata di laut: Larangan sekatan yang menjadi punca kebuluran dan juga melarang serangan ke atas misi kemanusiaan neutral
    • Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2720 dan 2728: Tuntut akses kemanusiaan tanpa halangan
    • Konvensyen Genosid: Larang tindakan membahayakan orang awam
    • Konvensyen Geneva Keempat: Laluan bebas diwajibkan untuk bantuan kemanusiaan dan melarang gangguan terhadap operasi bantuan
    • Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC): Kebuluran orang awam dan halangan bantuan dianggap sebagai kesalahan jenayah
    Israel telah menyerang GSF di perairan antarabangsa
    • Penahanan tidak sah oleh tentera Israel ke atas kapal GSF pada 2 Oktober di perairan antarabangsa semasa dalam perjalanan menuju ke Gaza
    • Kementerian Luar Negeri Israel menuduh GSF sebagai tindakan provokasi dan mengarahkan mereka mengubah haluan segera

    Tindakan Israel terhadap GSF kini mendapat perhatian dunia. Serangan ke atas peserta GSF yang mempertaruhkan nyawa mereka ibarat telur di hujung tanduk merupakan satu pengorbanan besar demi menyampaikan bantuan kemanusian ke[ada rakyat Palestin.

    Bagaimanapun, tindakan regim Zionis jelas melanggar undang-undang laut antarabangsa dan boleh dianggap sebagai jenayah perang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Apa yang lebih penting, dunia diseru untuk menolak sekata yang tidak berperikemanusiaan ini dan mendesak agar laluan bantuan kemanusiaan dibuka tanpa halangan ke bumi Gaza. -RELEVAN

    Previous ArticleGlobal Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel
    Next Article Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.