Facebook Twitter
    Trending
    • Red flag awal serangan jantung
    • 5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

    Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

    By Umi FatehahSeptember 30, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEBANYAKAN individu menyangka kanser payudara hanya menyerang wanita. Hakikatnya, lelaki juga mempunyai tisu payudara walaupun jumlahnya jauh lebih sedikit berbanding wanita. Disebabkan itu, lelaki terdedah kepada risiko mendapat kanser payudara walaupun peratusannya adalah kecil.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar 0.5 hingga 1 peratus daripada semua kes kanser payudara berlaku dalam kalangan lelaki.

    Data daripada Global Burden of Disease 2021 menganggarkan terdapat lebih 38,000 kes baharu kanser payudara lelaki di seluruh dunia pada tahun 2021 dengan kadar insiden purata 0.94 kes bagi setiap 100,000 lelaki.

    Angka itu mungkin kecil berbanding wanita tetapi realitinya ia wujud dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

    Rekod kanser payudara dalam kalangan lelaki di Malaysia

    Di Malaysia, kes kanser payudara membabitkan tetap dilaporkan berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan. Walaupun angka tepat berbeza setiap tahun, trendnya masih selari dengan dunia iaitu kira-kira satu peratus daripada keseluruhan pesakit kanser payudara.

    Kesedaran masyarakat berhubung penyakit ini masih rendah. Ramai lelaki tidak tahu mereka boleh mengalami penyakit ini kerana jarang melakukan pemeriksaan sendiri.

    Berikutan isu ini, kempen Pink October perlu merangkumi mesej untuk lelaki dan tidak terhad hanya untuk wanita.

    Bagaimana lelaki boleh mengalami kanser payudara?

    Kanser payudara berlaku apabila sel di tisu payudara membiak secara tidak terkawal. Lelaki juga mempunyai saluran susu (milk ducts) dalam tisu payudara mereka walaupun tidak berkembang seperti wanita.

    Dalam kalangan lelaki, risiko kanser payudara boleh dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti:

    • Faktor usia – Kebanyakan kes dikesan dalam kalangan lelaki berusia 60 tahun ke atas.
    • Sejarah keluarga – Risiko lebih tinggi jika ada ahli keluarga rapat seperti ibu atau adik-beradik perempuan pernah menghidap kanser payudara.
    • Mutasi genetik (BRCA1/BRCA2) – Mutasi gen ini meningkatkan risiko pada lelaki dan wanita.
    • Hormon estrogen berlebihan – Disebabkan obesiti, penyakit hati atau rawatan hormon tertentu.
    • Gaya hidup tidak sihat – Merokok, pengambilan alkohol berlebihan dan kurang bersenam boleh meningkatkan risiko.

    Simptom kanser payudara pada lelaki

    Memandangkan lelaki tidak menyangka terdedah kepada risiko penyakit ini, simptom sering diabaikan atau dikesan lewat. Antara tanda-tanda awal yang perlu diberi perhatian ialah:

    • Benjolan keras di sekitar payudara atau di belakang puting.
    • Perubahan pada kulit sekitar dada seperti kemerahan, berkedut atau lekuk.
    • Puting tertarik ke dalam atau mengeluarkan cecair berdarah.
    • Bengkak pada ketiak akibat kelenjar limfa membesar.

    Malangnya, ramai lelaki mengambil mudah simptom ini kerana menganggap ia hanya masalah otot atau jangkitan kecil. Sikap ini menyebabkan diagnosis lewat dan kanser sudah berada pada tahap lebih serius ketika dikesan.

    Kenapa kanser payudara lelaki sering lambat dikesan?

    Masalah utama ialah kurangnya kesedaran. Lelaki biasanya tidak melakukan pemeriksaan sendiri pada dada malah ramai berasa janggal jika bercakap tentang payudara mereka.

    Ada juga yang segan untuk berjumpa doktor kerana menyangka kanser payudara hanya khusus untuk wanita.

    Kajian antarabangsa menunjukkan kadar kelangsungan hidup lelaki dengan kanser payudara lebih rendah berbanding wanita. Hal ini bukan kerana rawatan kurang berkesan tetapi kebanyakan lelaki datang mendapatkan rawatan ketika penyakit sudah pada tahap lewat.

    Rawatan

    Rawatan kanser payudara bagi lelaki hampir sama dengan wanita, termasuk:

    • Pembedahan untuk membuang tisu kanser.
    • Radioterapi dan kemoterapi untuk membunuh sel kanser.
    • Terapi hormon jika kanser berkait dengan reseptor hormon.

    Walaupun jumlah pesakit lelaki kecil, rawatan tetap memberi kesan positif terutamanya jika dikesan awal.

    Kanser payudara tidak mengenal jantina. Risiko tetap ada dan tidak boleh dipandang ringan. Bulan Pink Oktober seharusnya menjadi peringatan kepada semua, bahawa kesihatan diri perlu sentiasa diberi perhatian tanpa rasa malu atau segan.

    Apa jua perubahan pada tubuh, walau sekecil mana sekalipun, jangan ditangguhkan untuk diperiksa. Lebih awal ia dikesan, lebih besar peluang untuk mendapatkan rawatan dan meneruskan hidup. – RELEVAN

    featured kanser kanser payudara kesihatan pink october

    Artikel berkaitan

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025
    Artikel Terkini

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.