Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?

    Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 30, 2025Updated:September 30, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata. GAMBAR HIASAN CANVA

    PERNAHKAH anda menonton rancangan televisyen atau filem tetapi terpaksa berteka-teki apa yang disebut kerana suara dialog yang terlalu perlahan atau tenggelam oleh bunyi latar muzik? Jika ya, anda tidak keseorangan.

    Menurut kajian oleh The Associated Press-NORC Center for Public Affairs Research, seorang daripada tiga dewasa kerap menonton siri drama atau filem dengan sari kata. Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan berusia bawah 45 tahun.

    Sebaliknya, warga emas berusia 60 tahun ke atas paling cenderung untuk tidak menggunakan sari kata apabila menonton televisyen. Dahulu, sari kata wujud sebagai penyelesaian untuk membantu individu yang mempunyai masalah pendengaran serta memudahkan pemahaman bagi filem dari luar negara. Namun kini, fungsinya berkembang menjadi kemudahan bagi semua lapisan masyarakat.

    Faktor penggunaan sari kata meluas

    Ramai berpendapat sari kata memudahkan mereka menangkap setiap dialog dengan lebih jelas tanpa terlepas sebarang maklumat. Selain itu, ada beberapa faktor lain yang mendorong orang ramai memilih untuk menonton dengan sari kata, antaranya:

    • Menangkap setiap perkataan: Pastikan dialog dapat difahami sepenuhnya
    • Memahami loghat atau bahasa asing: Bantu menyesuaikan diri dengan sebutan atau bahasa sukar difahami
    • Persekitaran bising: Berguna ketika menonton di tempat awam atau gangguan bunyi di rumah
    • Kualiti audio lemah: Atasi masalah bunyi perlahan atau bergema
    • Lakukan pelbagai kerja dalam satu masa: Memudahkan penonton mengikut jalan cerita sambil memasak atau makan
    Perbezaan pendapat terhadap penggunaan sari kata

    Kajian turut mendedahkan setiap generasi mempunyai cara yang berbeza. Buktinya, golongan muda dan warga emas memberikan alasan berlainan dalam penggunaan sari kata.

    Golongan muda yang berumur bawah daripada 45 tahun lebih cenderung menonton dengan sari kata kerana faktor-faktor yang telah dinyatakan sebelum ini. Sebaliknya, golongan berusia 45 tahun ke atas hanya menghidupkan sari kata kerana masalah pendengaran atau kesukaran memahami loghat atau bahasa dari negara luar.

    Jurang usia antara generasi tersebut menunjukkan cara gaya hidup dan kemampuan secara fizikal mempengaruhi tabiat menonton menggunakan sari kata.

    Cabaran teknologi dan kualiti audio

    Fungsi sari kata berpunca daripada cara rancangan televisyen atau filem dihasilkan. Pakar penyunting suara menjelaskan bahawa audio daripada televisyen sukar didengari kerana pembesar suaranya yang memantul ke arah dinding, menyebabkan bunyi dialog kurang jelas.

    Penggunaan latar muzik dan kesan bunyi berlebihan turut mempengaruhi suara pelakon dan menjejaskan kualiti audio secara keseluruhan. Siri drama terkenal seperti Game of Thrones menjadi contoh, di mana ramai penonton mengadu dialog pelakon tenggelam di sebalik bunyi muzik atau letupan. Dalam keadaan sebegini, sari kata berperanan sebagai ‘penyelamat keadaan’ demi memastikan penonton tidak terlepas inti penting perbualan.

    Bayangkan sekiranya anda menonton sebuah filem tanpa sari kata. Setiap perkataan tidak jelas boleh menyebabkan anda ketinggalan jalan ceritanya. Fungsi sari kata sudah menjadi keperluan untuk menonton dengan lebih selesa dan memahami setiap dialog. Tanpa sari kata, pengalaman ketika menonton berkemungkinan besar menjadi kurang seronok. -RELEVAN

    Previous ArticleLelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?
    Next Article Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.