Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

    Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

    By Umi FatehahSeptember 2, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya. - GAMBAR HIASAN SHIDDIEQIIN ZON/UTUSAN

    PROGRAM Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKasih sudah bermula mulai 31 Ogos lalu sehingga 31 Disember 2025. Membabitkan peruntukan RM2 bilion dan memberi manfaat kepada 22 juta penduduk negara ini.

    Masih ramai yang tertanya-tanya, barangan yang boleh dibeli menerusi skim bantuan ini. Secara kasar terdapat 14 kategori produk atau barangan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan RM100. 

    Dalam artikel ini, Relevan memperincikan panduan lengkap barang yang boleh dibeli, cara menggunakan kad pengenalan di kaunter pembayaran serta kaedah menyemak senarai pasar raya yang mengambil bahagian dalam kempen bantuan ini.

    1. Barangan makanan asas

    Program MyKasih memberi keutamaan kepada barangan makanan harian termasuk beras, roti, telur, minyak masak dan tepung. 

    Namun, tidak semua jenama dibenarkan. Hanya jenama tertentu yang disenaraikan dalam sistem MyKasih boleh ditebus menggunakan bantuan tunai RM100.

    1. Makanan runcit dan kering

    Selain makanan asas, anda boleh membeli beberapa barang keperluan dapur lain.

    • Gula dan garam
    • Biskut
    • Mi segera, bihun, mee 
    • Makanan dalam tin (sardin, susu pekat, kacang panggang)
    • Kopi, teh, susu kotak
    1. Barangan kebersihan dan keperluan harian

    Skim ini tidak terhad kepada makanan sahaja. Anda boleh membeli barangan kebersihan asas, seperti sabun mandi, syampu, ubat gigi, sabun basuh pakaian (serbuk/cecair), pencuci pinggan dan pencuci lantai.

    Beberapa ubat asas (contohnya paracetamol, lozenges) dan barangan sekolah juga termasuk dalam kategori yang dibenarkan.

    1. Barang yang tidak boleh dibeli

    Bantuan ini tidak boleh digunakan untuk membeli barangan basah dan segar seperti sayur, buah-buahan, ikan, ayam, daging dan barangan basah lain.

    Rokok atau vape, minuman beralkohol, barangan elektrik, gajet atau barangan bukan keperluan asas juga tidak dibenarkan dibeli menerusi skim bantuan ini.

    Cara menggunakan bantuan RM100 MyKasih

    Proses pembelian menggunakan MyKasih adalah mudah. Anda hanya memerlukan kad pengenalan. Berikut langkah-langkah untuk menggunakannya:

    • Pergi ke pasar raya atau kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program MyKasih.
    • Pilih barangan daripada kategori yang dibenarkan.
    • Bawa barang ke kaunter pembayaran dan beritahu juruwang bahawa anda mahu menggunakan bantuan MyKasih.
    • Serahkan IC anda untuk diimbas. Sistem akan terus menolak jumlah pembelian daripada baki RM100 bantuan. Jika ada baki, anda boleh menggunakannya untuk pembelian seterusnya sepanjang tempoh yang ditetapkan.

    Senarai pasar raya rakan MyKasih

    Antara rangkaian pasar raya besar yang menerima MyKasih ialah Mydin, Econsave, Lotus’s, The Store, Giant dan kedai-kedai runcit terpilih di bawah kerjasama MyKasih.

    Walau bagaimanapun, senarai penuh pasar raya berbeza mengikut kawasan. Untuk pastikan pasar raya berdekatan anda tersenarai, anda boleh membuat semakan di aplikasi MyKasih.

    Semak melalui aplikasi

    Untuk mengelakkan kekeliruan, aplikasi MyKasih memudahkan penerima bantuan menyemak senarai barangan yang dibenarkan mengikut kategori. 

    Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mengetahui pasar raya serta kedai runcit terpilih yang berdekatan. Selain itu, baki bantuan RM100 selepas setiap pembelian turut dapat dipantau melalui aplikasi ini. 

    Bagi memudahkan urusan pembelian, untuk mengetahui sama ada sesuatu barangan layak ditebus atau tidak pengguna boleh terus mengimbas kod bar (barcode) pada produk menggunakan aplikasi MyKasih.

    Anda hanya perlu muat turun aplikasi MyKasih, log masuk menggunakan maklumat IC dan tekan pilihan yang disediakan. Selamat berbelanja. – RELEVAN

    Previous ArticleRukun negara – tonggak perpaduan, nadi bangsa merdeka
    Next Article 7 cara elak kecederaan ketika di gim

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.