Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ganjaran diri sendiri vs pembaziran: Hadiah atau perangkap?

    Ganjaran diri sendiri vs pembaziran: Hadiah atau perangkap?

    By Umi FatehahFebruary 5, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ganjaran diri sendiri vs pembaziran: Hadiah atau perangkap kewangan?

    PERNAHKAH anda mengalami situasi begini – selepas bertungkus-lumus menyiapkan tugasan atau menghadapi peperiksaan yang sukar, tiba-tiba timbul keinginan untuk membeli sesuatu sebagai ganjaran?

    Mungkin sepasang kasut baharu, makanan yang mahal atau gajet terkini. Hati pun berdetik “Tidak mengapa, ini hadiah untuk diri sendiri.”

    Tetapi, adakah kita benar-benar menghargai diri atau sekadar mencari alasan untuk berbelanja tanpa kawalan?

    Memberi ganjaran kepada diri sendiri sebenarnya sesuatu yang baik. Ia boleh menjadi dorongan untuk terus berusaha dan sebagai penghargaan atas kerja keras.

    Namun, jika setiap kejayaan kecil dijadikan alasan untuk berbelanja, itu bukan lagi penghargaan tetapi satu bentuk pembaziran.

    Jika anda sering membeli kopi mahal selepas penat belajar atau tergoda untuk membeli barang yang tidak diperlukan setiap kali rasa bosan, tabiat ini boleh memberi kesan buruk kepada kewangan.

    Pada awalnya, ia mungkin kelihatan seperti ganjaran namun lama kelamaan ia boleh menjadi beban kewangan. Ada yang sampai terpaksa berhutang kerana mengejar kehendak terlebih dahulu tanpa menilai kemampuan sebenar untuk berbelanja.

    Fenomena ini semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan ramai individu yang beranggapan bahawa belanja adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan. Namun, tanpa disedari tekanan kewangan boleh meningkat jika tabiat buruk ini tidak dikawal.

    Jadi, bagaimana memastikan ganjaran ini tidak bertukar menjadi pembaziran? Sebelum membeli sesuatu, tanyakan pada diri sendiri, “Adakah aku benar-benar perlukan ini atau sekadar mengikut nafsu?”

    Penghargaan kepada diri sendiri tidak semestinya datang dalam bentuk barangan baharu yang mahal. Kadang-kadang, cukup sekadar rehat yang mencukupi atau masa berkualiti bersama keluarga dan sahabat.

    Paling penting, pastikan apa yang kita anggap sebagai hadiah tidak berakhir menjadi penyesalan di masa hadapan. Kebahagiaan sejati datang daripada keseimbangan hidup yang memberi kepuasan, bukan pada harta benda. – RELEVAN

    featured ganjaran diri kewangan pembaziran Utusan Pelajar
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.