Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Minum air lemon setiap pagi? Tak salah tapi jangan abaikan risiko ini

    Minum air lemon setiap pagi? Tak salah tapi jangan abaikan risiko ini

    By Umi FatehahAugust 4, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Minum air lemon setiap pagi? Tak salah tapi jangan abaikan risiko ini. - GAMBAR HIASAN KELLY SIKKEMA/UNSPLASH

    DI media sosial, air lemon suam sering dikenalkan sebagai rahsia kesihatan yang boleh menyelesaikan pelbagai masalah. Dari perut buncit, kulit kusam hinggalah sistem imun yang lemah, semua kononnya boleh diselesaikan dengan segelas air lemon suam setiap pagi.

    Ramai yang mula mengamalkan minuman itu setiap pagi dengan harapan ia mampu menjadi detoks semula jadi atau pembakar lemak.

    Namun, sejauh mana kebenarannya? Benarkah air lemon boleh memberikan kesan yang begitu menakjubkan? Atau sebenarnya, ada perkara penting yang tidak ramai tahu termasuk kesan sampingan yang boleh berlaku jika diambil secara berlebihan?

    Minuman asidik bukan untuk semua orang

    Lemon ialah buah yang bersifat sangat berasid. Apabila dicampur dengan air, ia masih mengekalkan tahap keasidan yang tinggi. 

    Antara kesan buruk air lemon jika tidak diambil dengan betul:

    • Merosakkan enamel gigi

    Asid dalam lemon boleh menghakis lapisan pelindung gigi (enamel), menjadikan gigi lebih sensitif terhadap makanan panas, sejuk atau manis. Penghakisan enamel ini tidak boleh dipulihkan dan jika berterusan, boleh menyebabkan gigi mudah rapuh, berlubang dan berubah warna.

    • Menyebabkan ketidakselesaan perut

    Bagi mereka yang mengalami gastrik, refluks asid atau gastroesophageal reflux disease (GERD), pengambilan air lemon semasa perut kosong boleh mencetuskan simptom seperti pedih ulu hati, sendawa berasid atau rasa panas di dada.

    • Meningkatkan risiko iritasi tekak

    Asid lemon yang pekat boleh menyebabkan iritasi pada tekak terutamanya jika anda sudah sedia mengalami sakit tekak, batuk atau masalah tonsil.

    • Berisiko terhadap individu dengan ulser mulut atau bibir pecah

    Asid yang tinggi boleh menyebabkan rasa pedih dan memperlahankan proses penyembuhan luka kecil di bahagian mulut.

    Badan sudah ada sistem detoks semula jadi

    Antara sebab utama orang minum air lemon setiap pagi ialah kerana percaya ia membantu proses detoksifikasi atau membuang toksin dalam badan. Hakikatnya, istilah detoks dalam konteks ini sering disalah tafsir.

    Tubuh manusia secara semula jadi sudah memiliki sistem detoks iaitu hati, buah pinggang, paru-paru dan kulit. Organ-organ ini bekerjasama untuk menapis, memproses dan menyingkirkan bahan buangan dari tubuh setiap hari.

    Air lemon tidak bertindak sebagai agen pembersih toksin. Ia hanya membantu proses penghidratan seperti air biasa dan mengandungi vitamin C yang boleh menyokong sistem imun. Namun, jika tubuh anda sudah cukup air dan mendapat nutrien secukupnya, fungsi detoks tubuh berjalan lancar tanpa perlu bergantung pada sebarang minuman khas.

    Masih ada khasiat minum air lemon tetapi jangan berlebihan

    Meskipun ada beberapa kesan buruk, ia tidak bermakna air lemon tidak mempunyai manfaat tersendiri. Dalam kuantiti yang sederhana dan cara pengambilan yang betul, ia boleh memberikan beberapa kelebihan seperti:

    • Kandungan vitamin C yang tinggi membantu menyokong imuniti dan bertindak sebagai antioksidan.
    • Menggalakkan pengambilan air terutamanya bagi mereka yang sukar minum air kosong.
    • Membantu penghadaman terutamanya jika diambil selepas makan kerana asid dalam lemon boleh membantu merangsang pengeluaran jus gastrik.

    Namun, manfaat ini tidak bermakna anda perlu memaksa diri minum setiap pagi atau menjadikannya rutin wajib walau badan tidak selesa.

    Cara selamat minum air lemon

    Sekiranya anda masih ingin mengamalkan minum air lemon, berikut ialah beberapa cara yang lebih selamat:

    • Elakkan minum semasa perut kosong terutamanya jika anda ada sejarah gastrik atau perut sensitif.
    • Campurkan dengan air secukupnya, jangan minum lemon yang terlalu pekat. Gunakan hanya beberapa hirisan lemon atau separuh perahan untuk satu gelas besar air.
    • Minum menggunakan penyedut minuman (straw) untuk mengurangkan sentuhan asid pada permukaan gigi.
    • Bilas mulut dengan air kosong selepas minum dan tunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum menggosok gigi.
    • Pantau reaksi tubuh. Jika anda mula mengalami pedih ulu hati, sakit perut atau gigi semakin sensitif, hentikan pengambilan dan dapatkan nasihat doktor.

    Tidak perlu ikut trend kesihatan 

    Kita hidup dalam era di mana trend kesihatan mudah tular terutamanya di TikTok, Instagram dan YouTube. Namun, tidak semua trend sesuai untuk semua orang. Apa yang berjaya untuk seseorang, belum tentu memberi kesan baik kepada anda.

    Amalan kesihatan yang berkesan sepatutnya berpaksikan kefahaman terhadap tubuh sendiri, bukan semata-mata mengikut apa yang tular. Kesihatan bukan tentang siapa paling awal bangun untuk minum air lemon tetapi siapa paling bijak menyesuaikan gaya hidup dengan keadaan badan sendiri.

    Air lemon bukan racun. Ia juga bukan ubat ajaib. Jika anda menyukainya dan tiada masalah kesihatan yang terjejas akibatnya, teruskan minum dengan cara yang seimbang dan bertanggungjawab. 

    Apa jua amalan kesihatan, kuncinya ialah kesederhanaan dan kesedaran.

    Jangan biarkan strategi kesihatan anda ditentukan oleh algoritma media sosial tetapi biarlah ia berdasarkan pengetahuan, pemerhatian terhadap diri sendiri dan jika perlu, nasihat daripada pakar kesihatan. – RELEVAN

    Previous ArticleRMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri
    Next Article Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.