Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa erti bekerja dalam kehidupan?

    Apa erti bekerja dalam kehidupan?

    By Umi FatehahMay 1, 2025Updated:May 1, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa erti bekerja dalam kehidupan? - GAMBAR HIASAN IZLIZAN OTHMAN

    DI sebalik rutin harian dan tanggungjawab yang digalas, bekerja sebenarnya adalah sebuah kisah tentang harapan, kesungguhan dan cita-cita yang tidak pernah padam.

    Setiap hari kita kumpulkan sisa-sisa semangat. Walaupun tubuh kadang terasa letih dan penat, kita tetap bangun untuk terus melangkah.

    Lebih daripada sekadar gaji

    Bekerja lebih daripada sekadar mencari rezeki. Ia adalah salah satu cara untuk membina kehidupan yang bermakna dan menjadikan setiap hari dilalui dengan lebih berharga. 

    Sama ada kerja itu gajinya besar atau kecil, setiap satunya memberi peluang untuk menyumbang, bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang sekeliling.

    Setiap hari bekerja membentuk kita menjadi individu yang lebih kuat dan berdisiplin. Kita belajar mengurus masa, mengatasi cabaran dan membina kemahiran. 

    Gaji dan faedah sememangnya penting tetapi nilai sebenar terletak pada proses seperti usaha, pengorbanan yang dilakukan serta semangat untuk terus berkembang.

    Bekerja juga mengajar kita tentang tanggungjawab. Ia bukan semata-mata tentang menyelesaikan tugasan tetapi juga tentang memanfaatkan masa, tenaga dan peluang yang ada dengan sebaiknya. 

    Bekerja juga satu perjuangan

    Bekerja mengajar kita banyak perkara tentang ketabahan dan perjuangan. Dalam setiap langkah, kita diuji dengan cabaran dan halangan yang tidak dapat dielakkan. 

    Namun, di situlah terletaknya kekuatan kita yang sebenar. Adakalanya kita berasa lelah dengan tekanan dan beban kerja yang tidak pernah habis. 

    Setiap kali kita jatuh lalu memilih untuk bangun semula, di situlah kekuatan sebenar terbina. Kegagalan dan kesilapan bukan pengakhiran tetapi proses yang membina diri kita menjadi lebih bijak dan bersedia.

    Tidak ada kejayaan yang datang tanpa pengorbanan. Kita sering kali merasakan kepayahan dalam bekerja. Tetapi melalui kepayahan itulah kita menemui keberanian untuk terus berjuang. 

    Pencapaian

    Dalam keghairahan mengejar kejayaan, kita jarang sekali berhenti sejenak untuk menghargai setiap cabaran yang berjaya ditempuhi. Fokus kita sering terarah kepada apa yang belum dicapai sehingga terlupa melihat apa yang sudah berjaya digenggam. 

    Disebabkan itu, ada kalanya kita membandingkan kejayaan diri sendiri dengan orang lain.

    Kita melihat kejayaan orang lain di bahagian permukaan sahaja. Kerja di syarikat besar, pangkat tinggi, gaji mewah, kehidupan yang kelihatan sempurna, perkara-perkara sebegini akan membuatkan kita rasa rendah diri dan ketinggalan.

    Hakikatnya, setiap orang mempunyai garis masa dan rezeki yang berbeza. Pencapaian pula tidak boleh diukur dengan satu ukuran yang sama. Apa yang kita capai hari ini mungkin kecil di mata orang lain tetapi besar dalam perjuangan kita sendiri.

    Jadi, jangan biarkan perbandingan merosakkan penghargaan terhadap diri sendiri. Sebaliknya, raikan setiap pencapaian, kecil atau besar. Setiap pencapaian menjadi saksi dan bukti bahawa kita sedang bergerak menuju kemajuan. 

    Tanggungjawab

    Bekerja bukan hanya soal memenuhi tanggungjawab terhadap majikan atau organisasi. Ia adalah satu bentuk tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang-orang yang disayangi. 

    Apabila bekerja dengan penuh dedikasi, kita memberi peluang untuk berkembang dan meningkatkan taraf kehidupan diri sendiri serta ahli keluarga. Setiap keputusan dan tindakan yang dibuat memberi kesan kepada persekitaran dan orang di sekitar kita.

    Sebagai pekerja, kita mempunyai tanggungjawab untuk memberi yang terbaik. Bekerja bukan hanya untuk memperoleh pendapatan tetapi juga untuk membuktikan bahawa kita boleh memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan dunia.

    Makna bekerja dalam kehidupan

    Bekerja adalah cara kita memberi makna kepada hidup yang kita jalani. Tanpa kerja, hidup kita mungkin terasa kosong. Kerja memberi tujuan, sesuatu untuk dinanti-nantikan dan memberi kita peluang untuk berkembang. 

    Meskipun ada kalanya kita merasakan keperluan untuk bekerja itu beban, jangan putus asa.  

    Dalam kepenatan, ada ruang untuk kita belajar tentang erti ketekunan. Dalam tekanan, ada peluang untuk kita mengenal sejauh mana kemampuan dan kekuatan diri.

    Tidak dinafikan, ada hari yang membuat kita rasa ingin menyerah. Tugasan yang tidak pernah habis, kurangnya penghargaan dan cabaran tanpa penghujung, semuanya membuat kita tertanya-tanya, perlukah semua ini diteruskan? 

    Namun, jika kita melihat kerja bukan semata-mata sebagai rutin harian tetapi sebagai satu tanggungjawab yang membawa makna dan tujuan, mungkin perspektif terhadap kerja juga akan berubah.

    Selamat Hari Pekerja buat setiap individu yang bangkit setiap hari dengan azam untuk memberi sehabis baik dalam apa jua peranan digalas. Teruskan melangkah, teruskan bercita-cita kerana akan sentiasa ada ruang untuk bahagia bagi orang yang berusaha. – RELEVAN

    featured Hari Pekerja kerjaya
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.