Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

    Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

    By Zubaidah IbrahimSeptember 8, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERAP bersenam untuk mengawal berat badan sekurang-kurangnya 30 minit sehari dapat memelihara kesihatan tubuh badan.- GAMBAR HIASAN

    PENUAAN adalah proses yang tidak dapat dielakkan dan perlu dilalui oleh setiap insan. Biarpun perjalanan usia menjadikan kita semakin berilmu, matang dan berpengalaman, tetapi penuaan juga boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan kita.

    Satu lagi perkara yang harus diberi perhatian ialah Malaysia mempunyai semakin ramai warga emas. Dianggarkan menjelang 2040, sebanyak 15% daripada jumlah penduduk Malaysia berumur lebih 60 tahun.

    Pada 2022, kira-kira 7.3% daripada penduduk negara berusia 65 tahun dan ke atas. Menyedari hakikat ini, kita perlu memikirkan tentang proses penuaan sihat sejak dari awal untuk memastikan kita dapat menikmati usia emas dengan selesa dan sejahtera.

    Faktor penting dalam penuaan sihat

    Menurut Pakar Pemakanan dan Bendahari Kehormat, Persatuan Pemakanan Malaysia,  Dr. Roseline Yap, pemakanan memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mencapai kesejahteraan hidup.

    ROSELINE YAP

    “Malnutrisi atau kekurangan zat makanan ialah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh warga emas, yang hakikatnya boleh menyebabkan kelemahan tulang, kecenderungan mengalami jangkitan dan pemulihan yang lebih perlahan.

    “Pemakanan optimum bukan sahaja membantu mengatasi cabaran yang dihadapi tetapi juga dapat menangani kesan penyakit kronik.

    “Sehubungan itu, Tinjau Selidik Penuaan Sihat APAC Herbalife Nutrition 2020 melaporkan bahawa 44% daripada responden Malaysia yakin dengan keupayaan mereka untuk meniti usia emas dengan sihat manakala 88% menyatakan mereka sudah mengambil langkah proaktif untuk mencapai matlamat tersebut,” katanya.

    Keperluan nutrien berbeza

    Tambah beliau, badan kita memerlukan pelbagai nutrien berbeza untuk berfungsi secara optimum.

    Keperluan ini harus dipenuhi menerusi pengambilan pemakanan harian berasaskan konsep suku-suku-separuh dan melibatkan kumpulan makanan berbeza untuk membekalkan nutrien yang seimbang.

    Pelbagai makanan yang penuh berkhasiat seperti diterangkan di bawah boleh melengkapkan diet anda dengan serat penting, vitamin yang diperlukan serta antioksidan yang berkesan. Sekali gus, mengukuhkan benteng pertahanan daripada sebarang penyakit berkaitan umur.

    PEMAKANAN sihat yang diamalkan sejak di usia muda dapat mencegah penyakit berbahaya.
    • Bijirin: Pilih bijirin penuh yang kaya dengan nutrien seperti beras perang dan oat.
    • Protein bermutu tinggi: Kekalkan jisim dan kekuatan otot dengan pengambilan daging kurang lemak, ikan, telur, sayur dan tauhu.
    • Buah dan sayur: Nikmati buah-buahan dan sayur-sayuran segar aneka warna seperti sayur berdaun hijau, tomato, terung ungu dan nenas.
    • Susu dan produk tenusu: Tingkatkan kesihatan tulang dengan makanan yang kaya dengan kalsium.
    • Legum, kekacang dan bijian: Tingkatkan kesejahteraan dengan sumber makanan yang kaya dengan protein dan lemak sihat.

    Memanfaatkan kuasa antioksidan

    Kajian tentang penuaan mendapati bahawa kerosakan sel dan tisu yang dialami akibat radikal bebas daripada oksigen kian bertambah seiring peningkatan usia dan menyebabkan proses penuaan.

    Untuk mengurangkan kesan ini, antioksidan dipercayai mengurangkan kerosakan radikal bebas yang seterusnya berpotensi mengurangkan kadar penuaan.

    Justeru, kita hendaklah mengambil pelbagai jenis makanan yang kaya dengan antioksidan.

    Salah satu antioksidan yang berkesan ialah asid alfa-lipoik yang boleh didapati secara semula jadi dalam makanan yang kita makan dan badan kita.

    Kajian mendapati bahawa asid alfa-lipoik berupaya menyekat perkembangan penyakit berkaitan usia dengan mengurangkan kerosakan radikal bebas kepada sel dan turut memberikan kesan positif terhadap fungsi kardiovaskular dan pengurusan sindrom metabolik.

    Tabiat pemakanan mengikut keperluan diet

    Jelas beliau, kita seharusnya mengamalkan tabiat pemakanan yang paling sesuai dengan keperluan diet kita yang berbeza.

    “Lazimnya, kita semakin kurang aktif apabila semakin tua dan metabolisme juga semakin perlahan.

    “Ini bermakna kita memerlukan jumlah kalori yang lebih rendah. Maka, kita harus mengurangkan makanan berkalori tinggi yang kurang nutrien seperti makanan goreng dan minuman bergula.

    “Utamakan makanan yang penuh berkhasiat untuk membekalkan tenaga optimum kepada badan,” kata Roseline.

    Anda juga dinasihatkan kawal pengambilan natrium dengan mengurangkan penggunaan garam semasa memasak.

    Pengambilan berlebihan makanan yang banyak garam seperti daging terproses dan sos boleh meningkatkan risiko hipertensi dan penyakit tidak berjangkit (NCD) lain.

    “Air amat penting bagi banyak fungsi badan. Ketika umur kita meningkat, tahap kehausan akan berkurangan dan komposisi badan kita juga berubah. Kekalkan tahap penghidratan dengan minum lapan gelas sehari.

    “Kerap bersenam untuk mengawal berat badan. Senaman hanya 30 minit sehari mengekalkan fungsi harian dan juga menjaga kesejahteraan keseluruhan.

    “Pastikan anda maklum tentang khasiat tambahan. Kita mungkin memerlukan vitamin dan mineral tambahan apabila kita semakin berumur,” ujarnya.- RELEVAN

    featured nutrien pemakaanan penuaan
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.