Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Thierry Hermès: Dari tukang pelana ke ikon fesyen terkemuka dunia

    Thierry Hermès: Dari tukang pelana ke ikon fesyen terkemuka dunia

    By JOHANNA MUMTAZ WANPAFebruary 28, 2025Updated:February 28, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Thierry Hermès: Dari tukang pelana ke ikon fesyen terkemuka dunia

    APABILA mendengar jenama Hermès, ramai yang membayangkan beg tangan eksklusif, skarf sutera berkualiti tinggi serta aksesori mewah yang menjadi buruan pencinta fesyen di seluruh dunia.

    Namun, tahukah anda bahawa jenama ini sebenarnya bermula daripada perniagaan kecil yang diasaskan oleh seorang tukang jahit pelana bernama Thierry Hermès?

    Thierry Hermès dilahirkan pada 1801 di Krefeld, Jerman. Beliau berasal daripada keluarga berketurunan Perancis-Jerman dan berhijrah ke Perancis untuk memulakan kehidupan baharu.

    Sejak kecil, beliau telah menunjukkan minat mendalam terhadap bidang kraftangan terutamanya yang melibatkan penghasilan barangan kulit tahan lasak dan berkualiti tinggi.

    Penubuhan Hermès

    Pada 1837, Thierry Hermès membuka bengkel pertamanya di Paris. Perniagaan beliau pada ketika itu tidak berkaitan dengan fesyen seperti yang dikenali hari ini sebaliknya memfokuskan kepada penghasilan pelana dan kelengkapan kuda untuk golongan bangsawan Eropah.

    Hasil kerja beliau yang begitu kemas berjaya menarik perhatian pelanggan dari kalangan keluarga diraja dan golongan elit. Keunikan produk Hermès juga terletak pada ketahanan, kehalusan jahitan tangan serta penggunaan bahan kulit yang diimport khas.

    Beliau menghasilkan produk dengan penuh teliti agar tahan lama dan selesa untuk kuda serta penunggangnya.

    Keunggulan hasil tangan Thierry Hermès mengembangkan lagi perniagaannya sekali gus menjadikan jenama Hermès sebagai pilihan utama di Eropah sehingga ke hari ini.

    Dari bengkel kecil ke empayar fesyen

    Selepas kematian Thierry Hermès pada 1878, perniagaan tersebut diwarisi oleh anaknya, Charles-Emile Hermès. Sejak daripada itu, perniagaannya mula berkembang mengikut peredaran masa.

    Perniagaan Hermès mula diperluas dengan penghasilan beg kulit berkualiti tinggi untuk membawa pelana kuda. Tanpa disedari, ia menjadi titik permulaan kepada evolusi jenama Hermès ke dalam dunia fesyen.

    Transformasi besar berlaku pada abad ke-20 apabila Hermès memperkenalkan barangan mewah seperti beg tangan dan aksesori kulit yang menarik perhatian golongan atasan.

    Dengan prinsip yang diwarisi daripada Thierry Hermès, mereka mengekalkan kehalusan kerja tangan dan penggunaan bahan berkualiti tinggi untuk setiap produk keluarannya.

    Legasi berkekalan

    Hari ini, Hermès dikenali sebagai salah satu jenama fesyen paling eksklusif di dunia dengan produk ikonik seperti beg Birkin dan Kelly yang menjadi simbol kemewahan dan keanggunan.

    Kejayaan jenama ini tidak mungkin dicapai tanpa asas kukuh yang dibina oleh Thierry Hermès sejak abad ke-19.

    Sifat Thierry Hermès yang mementingkan kualiti, ketelitian dan kesempurnaan dalam hasil kerjanya masih diterapkan dalam setiap rekaan Hermès sehingga ke hari ini.

    Walaupun telah lebih dua abad sejak jenama ini ditubuhkan, Hermès masih mengekalkan reputasi sebagai salah satu jenama mewah paling berprestij di dunia.

    Warisan beliau terus hidup dalam setiap jahitan dan reka bentuk produk yang dihasilkan, menjadikan jenama ini simbol keunggulan dalam dunia fesyen.

    Kisah Thierry Hermès memberi inspirasi bahawa setiap usaha yang dilakukan dengan penuh dedikasi mampu membuahkan hasil yang luar biasa. Siapa tahu, mungkin suatu hari nanti anda juga mampu membina jenama terkenal seperti Hermès! – RELEVAN

    Previous ArticleSurat buat ibu bekerja: Hentikan rasa bersalah
    Next Article Berbelanja tanpa tunai, memudahkan atau merugikan?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.