Facebook Twitter
    Trending
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026
    • Pendidikan

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip belanja raya dengan bijak: Bahagia beraya, poket tak merana

    5 tip belanja raya dengan bijak: Bahagia beraya, poket tak merana

    By Umi FatehahMarch 13, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 tip belanja raya dengan bijak: Bahagia beraya, poket tak merana

    HARI Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia bagi meraikan kemenangan setelah berjaya berpuasa sepanjang Ramadan. 

    Menjelang Aidilfitri, banyak persiapan yang perlu dilakukan seperti membeli baju baharu, menyediakan kuih-muih, menziarahi sanak saudara dan mempersiapkan duit raya untuk diberikan kepada anak-anak kecil. Jadi, kesemuanya memerlukan bajet yang besar.

    Memikirkan soal kewangan, ada yang hilang rasa teruja menyambut Aidilfitri kerana bimbang dengan perbelanjaan besar yang perlu ditanggung.

    Jadi, bagi mengelakkan masalah kewangan selepas beraya, ikuti tip di bawah agar poket anda kekal stabil di samping menikmati Aidilfitri dengan bahagia.

    1. Urus perbelanjaan dengan berhati-hati

    Sebenarnya, bajet perbelanjaan hari raya bagi tahun semasa perlu bermula setelah tamatnya hari raya tahun lepas. 

    Seperti yang dikongsikan oleh Suraya Zainuddin dalam artikel “Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri”, kita boleh buat anggaran perbelanjaan Aidilfitri semasa berdasarkan perbelanjaan tahun lalu.

    Katakan perbelanjaan bagi raya tahun lepas ialah RM2,400, kita sudah boleh menganggarkan amaun yang lebih kurang sama juga untuk tahun ini.

    Sekiranya anda tidak mula menyimpan perbelanjaan Aidilfitri sejak tahun lepas, tidak mengapa. Formulanya masih sama iaitu sediakan bajet berpandukan jumlah yang dibelanjakan untuk tahun lepas.

    Berdasarkan bajet itu pula, beli apa yang perlu sahaja. Matlamat kita tentunya mahu menjaga kewangan, baik semasa hari raya atau selepas hari raya. 

    Jadi, rancang perbelanjaan dengan baik dan jangan terlalu ikutkan nafsu. Tidak ada salahnya pun sekiranya kita beraya secara sederhana.

    1. Senaraikan barang yang perlu dibeli mengikut keutamaan

    Untuk membuat senarai mengikut keutamaan, anda perlu melihat perbelanjaan hari raya tahun sebelumnya. Setelah menilai perbelanjaan hari raya tahun lepas, anda akan mengenal pasti apa yang lebih utama untuk dibeli pada tahun ini.

    Susun barangan mengikut keutamaan dan bahagikan mengikut kategori, iaitu perbelanjaan primer, sekunder dan tertier. Primer ialah perbelanjaan yang perlu diutamakan dan tertier ialah perbelanjaan yang kurang penting tetapi boleh dibeli sekiranya ada wang lebihan. 

    Jadi, buat penilaian berdasarkan perbelanjaan tahun sebelumnya dan susun mengikut kategori yang disebutkan. 

    Perkara penting yang perlu anda tanamkan dalam diri adalah tidak membiarkan orang sekeliling mempengaruhi keputusan. Setiap orang mempunyai keutamaan kewangan yang berbeza. Berbelanjalah mengikut senarai keutamaan yang telah dibuat dan jangan mudah terpengaruh dengan keputusan orang lain. 

    1. Rekod setiap perbelanjaan

    Mencatat setiap perbelanjaan bukan sekadar untuk tahu ke mana duit anda pergi tapi juga untuk memastikan perbelanjaan terkawal. Rekodkan semua perbelanjaan dari baju baharu, kuih-muih, hingga perbelanjaan kecil yang sering terlepas pandang seperti tol dan parkir.

    Bila aliran wang lebih jelas, lebih mudah untuk anda menilai sama ada perbelanjaan itu berbaloi atau sekadar ikut nafsu berbelanja. Ingat, disiplin untuk merekodkan segala perbelanjaan boleh menyelamatkan poket anda daripada ‘kering’ selepas raya.

    1. Jangan mudah terpengaruh dengan diskaun

    Diskaun tidak dinafikan memang sangat menarik tetapi anda perlu melihat semula kepada senarai keutamaan. 

    Katakan, jenama A membuat diskaun untuk baju kurung moden. Harga asalnya ialah RM399 tetapi setelah diskaun, baju itu dijual pada harga RM299. Namun, jenama B menawarkan baju kurung moden dengan rekaan sederhana pada harga RM199.

    Cuba fikirkan mana lebih berbaloi dan adakah diskaun yang ditawarkan daripada jenama A betul-betul menjimatkan?

    Selain itu, tip untuk tidak mudah tergoda: apabila ingin membeli sesuatu, tepuk dada dan tanya diri sendiri, adakah anda benar-benar memerlukan barang ini atau ia hanya sekadar kehendak?

    1. Bina tabung kecemasan

    Memang tidak dinafikan Aidilfitri sinonim dengan perbelanjaan yang besar. Selain keperluan keluarga, kadangkala kita memerlukan dana untuk berkumpul bersama keluarga besar. Namun, jangan habiskan semua wang anda untuk hari raya semata-mata.

    Dalam apa jua keadaan sekalipun, anda tetap perlu menyimpan untuk simpanan kecemasan untuk situasi tidak dijangka seperti membayar kerosakan kereta, perkakas rumah yang rosak secara tiba-tiba atau ada ahli keluarga yang jatuh sakit.

    Jadi, dalam pengiraan bajet perbelanjaan hari raya, asingkan juga sejumlah wang dan masukkan dalam tabung simpanan kecemasan. – RELEVAN

    Previous ArticleWalt Disney, legenda animasi dunia
    Next Article Pahitnya jatuh, manisnya bangkit semula

    Artikel berkaitan

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    June 22, 2026

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026
    Artikel Terkini

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    June 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.