Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Panduan memandu ketika banjir

    Panduan memandu ketika banjir

    By Umi FatehahNovember 29, 2024Updated:November 29, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Panduan memandu ketika banjir. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SUDAH beberapa hari kita dihidangkan dengan berita rakyat di Pantai Timur yang sedang menghadapi ujian besar akibat musibah banjir.

    Situasi ini mengingatkan kita betapa pentingnya langkah berjaga-jaga terutamanya ketika memandu dalam keadaan cuaca buruk dan jalan yang dinaiki air. 

    Musibah banjir bukan sahaja merosakkan harta benda dan mengganggu kehidupan seharian malah ia turut meningkatkan risiko kemalangan jalan raya akibat air bertakung serta jalan licin. 

    Dalam keadaan sebegini, memahami panduan keselamatan adalah amat penting untuk melindungi diri, keluarga dan kenderaan daripada risiko yang lebih besar.

    1. Hidupkan lampu utama dan lampu kabus

    Lampu adalah elemen penting ketika memandu dalam cuaca buruk, lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan lebat atau banjir. Lampu membantu kenderaan anda dapat dilihat oleh pengguna jalan raya lain. Ia juga akan membantu anda melihat jalan di hadapan.

    Apa yang perlu dilakukan?

    • Hidupkan lampu utama walaupun pada siang hari. Keadaan cuaca buruk sering menyebabkan penglihatan terjejas.
    • Gunakan lampu kabus (fog lamp) jika hujan terlalu lebat sehingga mengurangkan jarak penglihatan.
    • Jangan gunakan lampu tinggi (high beam) kerana ia boleh memantulkan cahaya pada air dan menyebabkan silau.

    Penglihatan yang terhad adalah salah satu punca utama kemalangan dalam keadaan hujan atau banjir. Dengan memastikan kenderaan mudah dilihat oleh orang lain, anda boleh mengurangkan risiko pelanggaran.

    1. Matikan pendingin hawa

    Sistem pendingin hawa kenderaan berfungsi dengan menarik udara dari luar melalui saluran udara di ruang enjin. Dalam keadaan banjir, saluran itu boleh menyedut air ke dalam enjin yang boleh menyebabkan kerosakan serius.

    Langkah berjaga-jaga:

    • Matikan penghawa dingin sebaik sahaja anda mendapati kawasan banjir di hadapan.
    • Gunakan tingkap untuk menukar aliran udara jika perlu, tetapi pastikan tingkap ditutup semula jika air mula masuk ke dalam kenderaan.

    Apa yang boleh berlaku jika tidak mematikan penghawa dingin? Air boleh memasuki sistem pendingin hawa dan menyebabkan kerosakan pada komponen penting seperti pemampat (compressor) atau kipas radiator.

    1. Pilih laluan yang tinggi dan selamat

    Setiap kali perlu memandu dalam keadaan banjir, pastikan anda memilih laluan atau kawasan yang tinggi. Kawasan rendah biasanya menjadi tempat takungan air dan meingkatkan kemungkinan kenderaan anda terperangkap.

    Langkah-langkah tambahan untuk memastikan keselamatan

    • Gunakan aplikasi navigasi seperti Waze, Google Maps atau maklumat trafik terkini daripada saluran berita untuk mengetahui kawasan yang dinaiki air.
    • Hindari kawasan yang diketahui sering dilanda banjir seperti jambatan rendah, terowong dan persimpangan jalan utama di kawasan bandar.

    Jika anda tidak pasti mengenai keadaan jalan di hadapan, lebih baik berpatah balik atau tunggu sehingga keadaan lebih selamat.

    1. Pandu perlahan untuk mengelakkan gelombang air

    Gelombang air yang terhasil akibat memandu terlalu laju dalam banjir boleh menyebabkan lebih banyak air masuk ke dalam enjin. Selain itu, ia juga boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

    Panduan kelajuan yang selamat:

    • Pandu pada kelajuan 10 hingga 20 km/j ketika melalui kawasan banjir.
    • Elakkan memecut atau menekan brek secara tiba-tiba, kerana ini boleh meningkatkan risiko kehilangan kawalan kenderaan.

    Kenapa gelombang air berbahaya?

    Gelombang air boleh menolak air masuk ke dalam saluran udara kenderaan dan menyebabkan enjin hydro-lock atau kerosakan mekanikal lain.

    1. Jangan cuba hidupkan semula enjin yang mati

    Apabila enjin kenderaan mati di kawasan banjir, ia adalah petanda bahawa air mungkin telah masuk ke dalam enjin atau sistem elektrik.

    • Jangan cuba hidupkan semula enjin. Tindakan itu boleh menyebabkan kerosakan dalaman yang serius, termasuk hydrostatic lock, di mana piston dalam enjin rosak akibat tekanan air.
    • Tinggalkan kenderaan dengan segera jika air mula naik.

    Hubungi perkhidmatan bantuan kecemasan atau trak tunda untuk mendapatkan bantuan.

    1. Selamatkan diri

    Sekiranya berlaku kecemasan dan anda terperangkap dalam kenderaan, cepat-cepat selamatkan diri. Berikut ialah langkah-langkah yang perlu diambil:

    • Jika tekanan air menghalang pintu daripada dibuka, gunakan penyandar kepala (headrest) untuk memecahkan tingkap sisi.
    • Keluar dari kenderaan melalui tingkap yang telah dipecahkan dan segera bergerak ke kawasan yang lebih tinggi atau tempat selamat.
    • Elakkan cuba menyelamatkan barangan di dalam kenderaan kerana keselamatan nyawa harus menjadi keutamaan.

    – RELEVAN

    banjir featured memandu pendidikan
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.