Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » BNPL dan pembelian impulsif: Kombinasi berbahaya

    BNPL dan pembelian impulsif: Kombinasi berbahaya

    By Umi FatehahMarch 4, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BNPL dan impulsif: Kombinasi berbahaya? GAMBAR HIASAN FARIZ RUSADIO

    DALAM artikel sebelum ini, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid telah menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku berbelanja, termasuk kemudahan transaksi tanpa tunai.

    Dalam bahagian ini, Relevan akan mengupas pula mengenai konsep Buy Now Pay Later (BNPL) yang semakin popular, terutamanya dalam kalangan pengguna muda. Apakah kelebihan dan risikonya? Bagaimana ia boleh mempengaruhi kestabilan kewangan individu? Mari kita teliti dengan lebih lanjut.

    Aimi Zulhazmi berkata meskipun BNPL memberi ruang untuk membeli sesuatu dengan pembayaran ansuran tanpa faedah, ia juga boleh menjerumuskan pengguna ke dalam beban hutang jika tidak dikawal dengan baik. 

    “Pembelian BNPL kelihatan mengujakan kerana tiada faedah dikenakan tetapi pengguna perlu bijak mengatur bajet agar tidak terbeban di kemudian hari. 

    “Pembelian tidak terancang yang dipengaruhi oleh internet dan media sosial juga menyumbang kepada pembaziran kewangan dan tekanan mental,” katanya.

    Sistem BNPL yang menawarkan pembayaran secara ansuran sering membuatkan pengguna berasa seolah-olah mereka mampu memiliki sesuatu produk tanpa memberi kesan terhadap kewangan mereka. 

    Namun, kombinasi BNPL dan pembelian tidak terancang yang dipengaruhi oleh pemasaran agresif boleh menyebabkan pengguna terjerat dalam kitaran hutang.

    Pengaruh media sosial

    “Fenomena ini semakin ketara dengan penggunaan pempengaruh sebagai alat pemasaran dalam trend pembelian atas talian. 

    “Dengan teknik pemasaran yang semakin agresif, pengguna lebih mudah terpengaruh dengan gaya hidup dan cadangan selebriti media sosial yang mempromosikan produk tertentu. 

    “Tanpa kawalan, ini boleh mencetuskan tabiat perbelanjaan yang tidak sihat dan akhirnya menjejaskan kestabilan kewangan individu,” katanya.

    Tidak dinafikan bahawa pempengaruh mempunyai kuasa besar dalam membentuk trend pembelian. Namun, pengguna harus lebih bijak dalam memilih produk dan memastikan mereka membeli berdasarkan keperluan, bukan semata-mata kerana pengaruh di media sosial.

    Keadaan ini turut disahkan oleh pengguna yang berkongsi pengalaman mereka berbelanja tanpa tunai. 

    “Dengan adanya platform sebegini, saya semakin sukar untuk menguruskan perbelanjaan kerana ia ibarat air mengalir. 

    “Kemudahan pembayaran ini membuatkan saya lebih mudah membeli sesuatu tanpa perlu memikirkan sama ada duit cukup atau tidak kerana ia terus ditolak dari akaun bank.

    “Saya juga menjadi lebih gemar berbelanja kerana proses pembelian sangat mudah. Hanya perlu imbas kod QR dan bayar,” kata seorang pengguna.

    Dalam pada itu, Aimi Zulhazmi berkata satu lagi cabaran utama ialah perbelanjaan mikro yang kerap seperti pembelian kopi atau snek secara digital. Walaupun setiap transaksi mungkin kecil, jumlahnya boleh menjadi besar jika tidak dikawal. 

    “Ramai tidak sedar bahawa perbelanjaan kecil yang kerap boleh memberi impak besar terhadap kewangan mereka.

    “Membuat catatan perbelanjaan harian atau menggunakan aplikasi bajet boleh membantu pengguna memahami pola perbelanjaan mereka,” katanya.

    Meningkatkan hutang peribadi

    Memandangkan trend tanpa tunai semakin popular, ada juga kebimbangan bahawa ia boleh menyebabkan peningkatan dalam hutang peribadi. 

    Dengan kemudahan transaksi yang begitu pantas dan mudah, sesetengah individu mungkin tidak menyedari jumlah perbelanjaan sebenar.

    “Apabila pengguna tidak mempunyai disiplin kewangan, tidak kira sama ada mereka menggunakan kad debit atau pembayaran kod QR, mereka mudah terperangkap dalam masalah kewangan.

    “Tekanan sosial untuk memiliki gaya hidup mewah juga menjadi faktor yang mendorong pengguna berbelanja melebihi kemampuan,” katanya.

    Bayar tanpa tunai tetapi duit tetap susut

    Penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai sememangnya memberikan pelbagai manfaat dari segi kemudahan, keselamatan dan kecekapan. Namun, tanpa kawalan yang baik, ia boleh membawa kepada cabaran kewangan yang serius. 

    Oleh itu, pengguna harus lebih bijak dalam mengurus kewangan mereka, mengambil langkah proaktif untuk mengawal perbelanjaan serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bajet dan simpanan. 

    “Teknologi bukan musuh kita tetapi pengguna perlu belajar menggunakannya dengan cara yang betul.

    “Dengan berbelanja secara lebih berdisiplin dan bertanggungjawab, sistem tanpa tunai boleh menjadi alat yang memudahkan kehidupan tanpa memberi kesan buruk kepada kewangan kita,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleBerbelanja tanpa tunai, memudahkan atau merugikan?
    Next Article Sediakan pilihan makanan lebih menarik, elak kanak-kanak makan jajan

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.