Facebook Twitter
    Trending
    • Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

      May 26, 2026

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sediakan pilihan makanan lebih menarik, elak kanak-kanak makan jajan

    Sediakan pilihan makanan lebih menarik, elak kanak-kanak makan jajan

    By JOHANNA MUMTAZ WANPAMarch 4, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sediakan pilihan makanan lebih menarik, elak kanak-kanak makan jajan

    IBU bapa disaran untuk menyediakan pilihan makanan yang lebih menarik dan sihat bagi mengelakkan kanak-kanak memilih jajan sebagai snek harian mereka.

    Pakar Pemakanan, Profesor Dr. Hamid Jan Jan Mohamed berkata, ketiadaan alternatif makanan yang lebih baik menyebabkan kanak-kanak cenderung membeli makanan ringan yang tinggi gula dan bahan tambahan.

    Katanya, ini bukan sahaja mendorong kepada masalah berat badan berlebihan, malah ia juga boleh mengundang risiko penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan diabetes apabila kanak-kanak meningkat dewasa.

    “Ibu bapa perlu menyediakan alternatif yang lebih sihat seperti buah-buahan bagi menggantikan jajan tinggi gula dan bahan tambahan yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak.

    “Buah-buahan bukan sahaja lebih selamat, malah mengandungi serat dan nutrien yang baik untuk tumbesaran kanak-kanak.

    “Pihak sekolah dan penjual juga perlu menyediakan lebih banyak pilihan makanan sihat supaya kanak-kanak tidak terdorong untuk membeli makanan ringan yang tidak berkhasiat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

    Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki, Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat tercekik gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

    Mengulas mengenai penjualan jajan di luar pagar sekolah, Hamid Jan berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan garis panduan larangan penjualan, namun pelaksanaan dan penguatkuasaan peraturan tersebut masih menghadapi cabaran.

    Katanya, guru-guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam mendidik kanak-kanak supaya menghindari makanan yang berisiko merosakkan tahap kesihatan mereka.

    “Agak mustahil untuk pihak berkuasa memantau setiap sekolah kerana jumlahnya terlalu banyak. Oleh itu, peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam mendidik kanak-kanak supaya tidak membeli jajan di luar sekolah.

    “Jika ibu bapa dan guru berjaya menyampaikan kesedaran kepada kanak-kanak, permintaan terhadap jajan akan berkurangan dan secara tidak langsung akan mengurangkan bilangan penjual di kawasan sekolah,” katanya.

    Alternatif snek lebih berkhasiat untuk kanak-kanak

    Untuk menggantikan makanan ringan yang tinggi gula, garam dan bahan tambahan, ibu bapa boleh menyediakan beberapa pilihan snek sihat yang lebih berkhasiat dan menarik:

    1. Buah-buahan segar

      • Potong buah-buahan seperti epal, pisang, tembikai, betik atau anggur dalam bentuk yang menarik untuk lebih menyelerakan.
      • Buah-buahan boleh dicampur dengan yogurt atau dijadikan salad buah untuk variasi rasa.
    2. Kekacang tanpa garam dan gula

      • Kacang badam, gajus, dan kacang tanah yang dipanggang tanpa garam boleh menjadi sumber protein dan tenaga yang baik.
      • Untuk kanak-kanak yang lebih kecil, pastikan kacang dipotong kecil atau dikisar untuk mengelakkan risiko tercekik.
    3. Roti gandum dengan sapuan spread sihat

      • Gunakan roti gandum penuh dan sapukan mentega kacang asli, keju rendah lemak atau jem buah tanpa gula tambahan.
      • Boleh juga dibuat sebagai sandwic kecil dengan tambahan hirisan pisang atau strawberi.
    4. Yogurt rendah lemak

      • Pilih yogurt asli atau yogurt rendah lemak yang kurang gula sebagai snek yang kaya dengan probiotik untuk sistem penghadaman.
      • Tambahkan potongan buah segar atau sedikit madu asli untuk rasa lebih enak.
    5. Bijirin penuh

      • Oat, granola tanpa gula tambahan, atau biskut bijirin penuh boleh menjadi snek ringan yang mengenyangkan dan sihat.
      • Pastikan bijirin yang dipilih mengandungi serat tinggi untuk membantu sistem pencernaan kanak-kanak.
    6. Hirisan sayur dengan hummus atau krim keju

      • Lobak merah, timun, atau saderi boleh dicelup dalam hummus atau keju krim rendah lemak sebagai pilihan snek yang kaya dengan vitamin dan serat.
      • Kanak-kanak lebih cenderung makan sayur jika ia disediakan dalam bentuk yang menarik seperti stik kecil atau dalam bentuk ‘chips’ bakar.
    7. Telur rebus atau telur dadar

      • Telur merupakan sumber protein yang baik dan boleh disediakan dalam pelbagai cara seperti telur rebus, telur hancur, atau telur dadar mini.
      • Tambahkan sedikit keju rendah lemak atau sayur cincang untuk lebih berkhasiat.
    8. Susu atau minuman berasaskan kacang

      • Berikan susu rendah lemak, susu segar, atau susu berasaskan kacang seperti susu badam tanpa gula sebagai pengganti minuman bergula.
      • Elakkan minuman berkarbonat atau jus buah yang mengandungi gula tambahan.

    Menyediakan snek yang sihat bukan sahaja dapat membantu mengurangkan ketagihan kanak-kanak terhadap jajan tetapi juga membentuk tabiat pemakanan yang lebih baik sejak kecil.

    Dengan pilihan makanan yang lebih berkhasiat, kesihatan kanak-kanak dapat dipelihara, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kronik pada masa akan datang.

    Previous ArticleBNPL dan pembelian impulsif: Kombinasi berbahaya
    Next Article Kaedah belajar secara efektif ketika berpuasa

    Artikel berkaitan

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026
    Artikel Terkini

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.