Facebook Twitter
    Trending
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    • Cara berjimat ketika harga barang naik 
    • Persiapan kewangan untuk orang muda
    • Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…
    • Berapa kali sehari kita patut buang air besar?
    • Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya
    • Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026
    • Kewangan

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026
    • Pendidikan

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026

      Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

      March 26, 2026
    • Kerjaya

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sukar berdamai dengan takdir? Mengapa ia lebih sukar daripada yang disangka

    Sukar berdamai dengan takdir? Mengapa ia lebih sukar daripada yang disangka

    By Umi FatehahOctober 3, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sukar berdamai dengan takdir? Mengapa ia lebih sukar daripada yang disangka. - GAMBAR HIASAN MIKOTO/PEXELS

    PERPISAHAN – sama ada yang meninggalkan atau ditinggalkan – kedua-duanya pasti menghadapi situasi yang sukar.

    Tidak kiralah sama ada berpisah secara baik atau melalui pergaduhan, menerima perpisahan tetap bukan perkara yang mudah. Bukan itu sahaja, proses untuk berdamai dengan takdir atau bahasa mudahnya – move on, lebih sukar.

    Hakikatnya, putus cinta bukan sahaja bermakna berpisah dengan orang yang pernah disayangi. Kita perlu meninggalkan kenangan, rancangan masa hadapan dan versi diri kita dalam perhubungan itu. 

    Cakap memang senang, mahu melaksanakannya itu susah. Mengapa?

    1. Melabur hati, emosi

    Salah satu sebab terbesar sukar untuk berdamai dengan takdir selepas putus cinta ialah pelaburan emosi. 

    Hubungan percintaan dibina atas rasa ambil berat, kasih sayang dan kepercayaan. Masa dan tenaga yang dihabiskan untuk mewujudkan hubungan emosi juga boleh menjadi faktor sukar untuk melupakan. 

    Apabila hubungan itu berakhir, timbul rasa seakan-akan segala usaha akhirnya menjadi sia-sia dan meninggalkan ruang kosong dalam hati yang mendalam.

    1. Ikatan dan keselesaan

    Sebagai manusia, kita rasa lebih berfungsi sekiranya ada rutin yang sama dalam kehidupan seharian. Dalam perhubungan, secara tidak sedar kita telah membina satu rutin harian.

    Sama ada memulakan hari dengan menghantar mesej selamat pagi, bertanya soalan lazim seperti “sudah makan?” dan panggilan telefon sekurang-kurangnya selama sejam sebelum tidur – ini semua menjadi rutin setiap hari.

    Pasangan – oh tidak, bekas pasangan pula memberikan rasa selesa, selamat dan nyaman. 

    Lama kelamaan, rutin bersama pasangan menjadi pelengkap hari. Namun, apabila hubungan dan rutin itu berakhir, ia secara tiba-tiba boleh menjejaskan kestabilan emosi. 

    Untuk menyesuaikan diri dengan hari-hari seterusnya tanpa rutin dan pasangan adalah mencabar. Rasa hilang, kosong dan sayu itulah yang menyukarkan proses untuk berdamai dengan takdir.

    1. Kenangan dan pengalaman bersama

    Setiap perhubungan adalah koleksi pengalaman dan kenangan bersama. 

    Bayangkan begini – kehidupan ibarat sebuah album gambar. Setiap helaian diisi dengan gambar (momen) perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Tetapi, apa yang membuatkan album itu lebih istimewa ialah gambar bersama kekasih (kini bekas).

    Saat menikmati secawan kopi di taman, berbasikal bersama di tasik atau sekadar berkongsi sepotong kek coklat, semuanya terasa indah meskipun ia hanya aktiviti biasa-biasa.

    Setelah hubungan berakhir, mampukah kita cabut satu per satu kepingan gambar pada berpuluh atau mungkin beratus halaman dalam album tersebut?

    Begitu jugalah kenangan yang sudah tersemat rapi dalam ingatan. Gambar boleh dicabut dan dipadam. Tetapi bagaimana dengan memori? Kita tidak ada butang padam khas untuk memadam memori tertentu.

    Sama ada hubungan tersebut sudah terbina bertahun lamanya atau persinggahan yang singkat, kenangan itu tetap bermakna. 

    Kenangan itu juga boleh menyebabkan rasa sedih, nostalgia dan mungkin juga penyesalan. Itu semua menambah ‘perisa’ dan beban yang menyukarkan lagi proses untuk melupakan.

    1. Takut bersendirian

    Bagi kebanyakan orang, ketakutan untuk bersendirian adalah salah satu aspek yang paling mencabar untuk melupakan dan berdamai. 

    Perpisahan sering menyebabkan seseorang itu berasa terasing, terutamanya jika beberapa rakan akrab turut terlibat dalam hubungan dengan bekas pasangan.

    Idea untuk meneruskan kehidupan tanpa pasangan boleh menjadi menakutkan; ini adalah hakikat (dan ia tidak salah). Kesepian menambah kesakitan, menjadikannya seolah-olah fasa patah hati itu tidak akan pernah berakhir.

    1. Proses berduka cita

    Putus cinta sering berkait rapat dengan kesedihan, duka, lara dan kehilangan. Hal ini kerana anda bukan sahaja bersedih kerana hubungan itu berakhir tetapi cita-cita untuk terus bersama hingga akhir hayat dan hilangnya bahu untuk bersandar.

    Melupakan dan berdamai dengan takdir bukan satu proses linear. Ada hari baik, kita rasa kuat dan mampu mengatasi rasa sedih. Namun, ada hari kita tewas dan lemas dalam kesedihan. 

    Jangan pukul jiwa sendiri. Melupakan dan berdamai memerlukan masa, kesabaran dan belas kasih terhadap diri sendiri. 

    Kelilingi diri anda dengan rangkaian rakan dan keluarga yang menyokong (supportive), utamakan penjagaan diri dan biarkan diri memproses emosi yang tercetus akibat perpisahan.

    Tidak mengapa untuk menjiwai rasa berat kehilangan kerana bila masanya tiba, jiwa akan terasa lebih ringan. – RELEVAN

    Previous ArticleOrang muda lebih sunyi berbanding warga emas
    Next Article Siapa anda bila tidak ada sesiapa yang memerhati?

    Artikel berkaitan

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026

    Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

    April 1, 2026
    Artikel Terkini

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.