Facebook Twitter
    Trending
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Siapa anda bila tidak ada sesiapa yang memerhati?

    Siapa anda bila tidak ada sesiapa yang memerhati?

    By Zahra Mohamad ZhahirOctober 4, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa yang anda lakukan saat bersendirian adalah cerminan kepada diri anda yang sebenar. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    SIAPA anda, bila tidak ada sesiapa yang memerhati? 

    Adakah anda akan bercakap seorang diri atau tidak bercakap langsung? Adakah anda akan menari seperti orang gila ketika mendengar lagu kegemaran atau lebih selesa duduk diam seperti seorang pendeta yang sedang bertapa? 

    Benar, bukan semua manusia itu sama. Setiap orang ada perangai dan baik buruk sendiri. Kadangkala, apabila kita berseorangan, kita cenderung untuk berfikir lebih jauh, lebih dalam daripada biasa. 

    Otak manusia adalah organ ajaib. Ia kekal hidup walaupun ketika kita sedang tidur. 

    Menurut pakar neurologi dari Universiti Washington, Dr. Marcus Raichle, otak manusia akan berfungsi pada kadar 95 peratus hampir sepanjang masa. 

    Pada waktu bersendirian inilah kita mula diganggu rasa resah. Beberapa bentuk fikiran jahat juga mungkin tidak segan silu menerpa jiwa.

    Lagipun, kita hanyalah manusia biasa, tidak terlepas daripada melakukan dosa atau memikirkan perkara yang bukan-bukan.  

    Namun, ada juga yang dapat mengerah idea luar biasa ketika berseorangan. Ada orang yang boleh menjadi lebih kreatif sekiranya diberikan masa untuk bersendirian. 

    “Apabila saya berseorangan – sama ada ketika sedang menaiki kereta kuda, selepas makan atau pada waktu malam di mana saya tidak boleh tidur – pada waktu inilah, ilham turun menderu dan paling banyak,” kata komposer prolifik, Wolfgang Amadeus Mozart. 

    Apa yang anda lakukan saat bersendirian adalah cerminan kepada diri anda yang sebenar. 

    Lagipun, pada waktu ini, tidak ada sesiapapun yang menghakimi segala tindak-tanduk anda. 

    Bagaimanapun, apa yang berlaku jika anda ditemani orang lain di sisi?

    Tingkah laku manusia berbeza jika ada orang lain

    Jika anda terjumpa beg dompet di tengah jalan, di dalamnya ada wang RM500, adakah anda akan memulangkannya jika tidak ada orang yang memerhati?

    Menurut pakar psikologi, besar kemungkinan anda akan menyerahkan dompet tersebut kepada pihak berkuasa sekiranya ada orang lain di sisi ketika itu. 

    Manusia cenderung mengikut tingkah laku tertentu sekiranya berada dalam kumpulan. 

    Sekiranya kumpulan tersebut lebih banyak berbuat baik, besar kemungkinan ia akan membentuk kita menjadi insan yang baik. Begitu jugalah sebaliknya. 

    Pada 1950, pakar psikologi Solomon Asch mereka satu eksperimen untuk melihat sejauh mana manusia terkesan dengan tindak-tanduk orang lain. 

    Dalam kajian tersebut, satu kumpulan sukarelawan diminta untuk memilih satu daripada tiga garisan (a, b atau c) yang sama kepanjangannya dengan garisan keempat (d). 

    Jawapannya sangat jelas. Bagaimanapun, Asch telah memanipulasi eksperimen tersebut dengan meletakkan hanya seorang sukarelawan dalam satu kumpulan. 

    Sukarelawan lain yang kononnya ingin turut menyumbang dalam eksperimen sama sebenarnya adalah rakan-rakan atau pekerja Asch sendiri. 

    Selepas membaca soalan yang dikemukakan, semua orang diminta untuk melaungkan jawapan masing-masing. 

    Kajian tersebut mendapati, hampir 76 peratus sukarelawan akan memberikan jawapan yang salah semata-mata ingin mengikut jawapan orang lain. 

    Menurut Asch, kebarangkalian untuk sukarelawan tersebut menjawab dengan salah akan berkurangan dengan drastik sekiranya dia diminta menjawab secara rahsia. 

    Sebab itulah, ketika pilihan raya, semua orang diberikan ruang sendiri untuk membuang undi. 

    Dengan kerahsiaan yang terjamin barulah manusia berupaya membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi orang lain. 

    Artikel berkaitan: Takut ditinggalkan dan takut meninggalkan

    Artikel berkaitan: Sukar berdamai dengan takdir? Mengapa ia lebih sukar daripada yang disangka

    Kesan pemerhati 

    memerhati
    Kesan pemerhati membuatkan ramai yang takut untuk tampil membantu sekiranya perkara tersebut boleh meletakkan diri mereka dalam bahaya. – GAMBAR HIASAN

    Satu lagi fenomena yang menarik berkaitan tingkah laku manusia adalah kesan pemerhati atau bystander effect. 

    Menurut Psychology Today, kebarangkalian manusia untuk membantu seorang manusia yang dalam kesusahan semakin tinggi jika tidak ada orang lain yang memerhati. 

    Kes yang paling popular mengenai kesan pemerhati ialah pembunuhan wanita muda bernama Catherine “Kitty” ​Genovese di Amerika Syarikat (AS). 

    Pada 13 Mac 1964, Kitty telah diserang oleh seorang lelaki di hadapan pintu rumahnya. 

    Walaupun berkali-kali menjerit meminta tolong, tidak ada seorangpun tampil membantu mahupun menelefon pihak polis. 

    Serangan tersebut dilaporkan berlaku pada 3.20 pagi. Namun, panggilan pertama diterima oleh pihak polis sekitar 3.50 pagi. 

    Akhbar tempatan melaporkan, terdapat 38 saksi yang menyaksikan atau mendengar jeritan Kitty pada malam tersebut. Namun, tidak ada seorangpun yang datang membantu. 

    Rasa takut membuatkan manusia mengharapkan orang lain untuk menghulurkan bantuan. Disebabkan ada orang lain yang memerhati, manusia tidak berasa tertekan untuk melakukan apa-apa tindakan. 

    Itulah yang berlaku pada malam pembunuhan Catherine “Kitty” ​Genovese. Sehingga hari ini, kes pembunuhan tersebut telah menjadi salah satu contoh kesan pemerhati dalam buku rujukan psikologi. – RELEVAN

    Previous ArticleSukar berdamai dengan takdir? Mengapa ia lebih sukar daripada yang disangka
    Next Article Konflik moral dalam dua filem polis

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026
    Artikel Terkini

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.