Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Orang muda lebih sunyi berbanding warga emas

    Orang muda lebih sunyi berbanding warga emas

    By Zahra Mohamad ZhahirOctober 3, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sunyi
    Secara amnya, mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun lebih sunyi berbanding individu yang berusia 60 ke atas. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    ADAKAH anda berasa sunyi? Jika jawapannya ya, anda tidak keseorangan. 

    Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Meta-Gallup, satu daripada empat orang dewasa mengaku berasa sunyi atau sangat sunyi dalam kehidupan.

    Tinjauan tersebut yang dijalankan di 142 buah negara mendapati 24 peratus individu berusia 15 tahun ke atas dilaporkan menjawab ya untuk soalan ‘adakah anda sunyi?’. 

    Malah, kesunyian didapati paling tinggi dalam kalangan orang dewasa berusia 19 hingga 29 tahun. Hampir 27 peratus daripada mereka yang berada dalam golongan tersebut mengakui berasa sunyi. 

    Menurut pakar perunding Meta-Gallup, Ellyn Maese, terdapat banyak kajian yang menunjukkan tahap kesunyian dalam kalangan orang dewasa kian meningkat, khususnya selepas wabak Covid-19 melanda. 

    Tambah beliau, perkara tersebut merupakan satu peringatan buat semua bahawa kesunyian bukan lagi masalah warga emas. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. 

    Tahap kesunyian dalam kalangan lelaki dan wanita didapati sama rata. Bagaimanapun, 79 daripada 142 negara melaporkan kesunyian yang lebih tinggi dalam kalangan lelaki.

    Orang berusia tidak lagi sunyi

    Apa yang menarik, kajian sama mendapati tahap kesunyian dalam kalangan warga emas lebih rendah berbanding orang dewasa. 

    Hanya 17 peratus warga emas melaporkan berasa sunyi. Dalam pada itu, mereka yang berusia 45 tahun ke atas juga mengakui jarang kesunyian. 

    Tinjauan yang dilakukan oleh BBC turut menyokong dapatan tersebut. Secara amnya, mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun lebih sunyi berbanding individu yang berusia 60 ke atas. 

    Kajian tersebut adalah antara kajian terbesar pernah dijalankan untuk mengukur tahap kesunyian dalam kalangan penduduk dunia. Hampir 46,000 sukarelawan berusia 16 hingga 99 tahun mengambil bahagian dalam kajian tersebut. 

    Yang menarik, apabila perkataan ‘sunyi’ tidak digunakan dalam soalan kaji selidik, hampir 30 peratus responden menukar jawapan daripada tidak kepada kadangkala. 

    Ini menunjukkan kebanyakan orang tidak suka mengaku mereka berasa sunyi. 

    Dari segi perbezaan jantina, wanita dilaporkan lebih suka menafikan mereka sunyi berbanding lelaki. Wanita tidak mahu kelihatan lemah, maka mereka lebih suka berpura-pura kuat dan kononnya boleh hidup seorang diri. 

    Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan kesunyian. Puncanya berbeza mengikut individu. 

    Sehingga hari ini, pakar masih belum pasti apakah yang menyebabkan manusia berasa sunyi. 

    Bagaimanapun, ada beberapa peristiwa hidup atau pengalaman tertentu yang boleh mencetuskan rasa sunyi. Antaranya: 

    1. Mengalami kesedihan. 
    2. Mengalami perpisahan. 
    3. Persaraan. 
    4. Bertukar kerja. 
    5. Baru mula belajar di universiti. 
    6. Mengalami masalah mental tertentu. 
    7. Berpindah ke tempat lain, jauh dari ahli keluarga atau kenalan rapat. 

    Artikel berkaitan: Tentang sunyi yang takkan hilang walau kau tak seorang

    Artikel berkaitan: Soal keintiman, tanggungjawab dan penerokaan penyampai radio

    Cara terbaik melawan kesunyian

    Menurut ahli psikologi klinikal, Dr. Ami Rokach, manusia perlu berhubung dengan orang lain supaya tidak lagi berasa sunyi. 

    “Cuba buat kawan, jadi sukarelawan atau belajar perkara baharu untuk elak rasa sunyi. 

    “Selain itu, anda juga boleh belajar menikmati kebebasan dan cuba cari kegembiraan sendiri walaupun secara berseorangan,” jelasnya. 

    Tambah penulis buku Project UnLonely, Dr. Jeremy Nobel, kesunyian merupakan tanda kita memerlukan hubungan sesama manusia. 

    “Sunyi itu sama seperti kehausan. Jika haus, kita perlu minum air. Sama jugalah dengan rasa sunyi. Jika sunyi, kita perlu cari seseorang untuk ubatinya,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleSebuah gig berskala mikro di dalam kedai buku
    Next Article Sukar berdamai dengan takdir? Mengapa ia lebih sukar daripada yang disangka

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.