Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kad kredit: perlu atau tidak?

    Kad kredit: perlu atau tidak?

    By Umi FatehahSeptember 27, 2024Updated:October 14, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kad kredit: perlu atau tidak? - GAMBAR HIASAN UNSPLASH

    KAD kredit merupakan salah satu alat kewangan yang membolehkan anda membuat pembelian tanpa menggunakan wang tunai. Ia memberikan akses kepada sejumlah had kredit untuk berbelanja.

    Setelah digunakan, jumlah tersebut perlu dibayar balik kepada bank pada tarikh tertentu. 

    Penggunaan kad kredit memudahkan urusan perbelanjaan harian, terutamanya untuk transaksi besar atau kecemasan. 

    Namun, kad kredit perlu digunakan dengan berhati-hati. Jika tidak dibayar tepat pada waktu, baki yang tertunggak akan dikenakan kadar faedah. Tambahan itu, kadar faedah kad kredit pula kebiasaannya sangat tinggi. Ia akan menyebabkan hutang sedia ada bertambah dari masa ke masa. 

    Anggap sahaja kad kredit sebagai pedang bermata dua. Ia boleh memudahkan urusan tetapi turut berpotensi untuk menjadi beban hutang.

    Persoalannya, bagaimana untuk mengenal pasti sama ada kita memerlukan kad kredit atau tidak?

    1. Nilai kredit

    Perlu: Jika anda mahu membina atau meningkatkan nilai kredit, maka kad kredit ialah pilihan yang tepat. Nilai kredit yang bagus penting untuk mendapatkan kelulusan pinjaman rumah atau kereta, menyewa pangsapuri atau dalam beberapa kes, bagi mendapatkan pekerjaan. 

    Bank lebih mudah memberikan pinjaman kepada mereka yang mempunyai rekod pembayaran hutang yang bersih, tidak tertunggak dan bukan dalam kategori muflis.

    Tidak perlu: Sekiranya sudah mempunyai nilai kredit yang kukuh, anda sudah tidak memerlukan kad kredit. 

    Atau dalam kes lain, anda bukan seseorang yang bayar hutang tepat pada waktunya, terlalu banyak berbelanja dan tidak menjaga kewangan. Jika anda ada ciri-ciri yang disebutkan, elakkan untuk mengambil kad kredit.

    Ini kerana, hutang kredit akan menjadi beban jika anda tidak mampu bayar. Lama kelamaan, hutang makin bertambah dan menyebabkan anda hidup dalam kitaran hutang.

    1. Kemudahan dan fleksibiliti

    Perlu: Sekiranya anda kerap melakukan pembelian dalam talian atau melancong, kad kredit akan memudahkan urusan pembayaran. 

    Kad kredit juga menawarkan keselamatan dan kemudahan yang lebih baik berbanding tunai atau kad debit terutamanya semasa menempah hotel, menyewa kereta atau membeli tiket kapal terbang.

    Tidak perlu: Bagi individu yang gemar membeli-belah dalam talian tetapi lebih suka menggunakan wang tunai atau kad debit untuk perbelanjaan harian, kad kredit bukan keutamaan untuk anda.

    1. Ganjaran dan kelebihan

    Perlu: Seperti yang kita tahu, kad kredit banyak menyediakan ganjaran seperti pulangan tunai, mata ganjaran atau diskaun. Sekiranya mahu menikmati kelebihan yang ditawarkan, tidak ada salahnya jika anda mahu menggunakan perkhidmatan kad kredit.

    Tidak perlu: Namun, jika anda kurang berbelanja secukupnya untuk mengumpul mata ganjaran, tidak ada gunanya memiliki kad kredit. 

    Atau dalam situasi lain, ganjaran yang ditawarkan mungkin tidak berguna atau menguntungkan untuk gaya hidup. Untuk itu, anda tidak ada sebab yang kukuh untuk mendapatkan kad kredit.

    1. Dana kecemasan

    Perlu: Ramai penasihat kewangan memberi peringatan untuk menyediakan wang kecemasan dan kad kredit adalah antara medium yang boleh digunakan pada waktu genting. 

    Jika tidak ada wang kecemasan sedia ada atau hanya mahu meluaskan jaringan wang kecemasan, ada faedahnya jika anda mendapatkan kad kredit. 

    Tidak perlu: Sekiranya anda sudah mempunyai wang kecemasan yang kukuh dan tidak berniat untuk menambah, kad kredit tidak menjadi satu keperluan lagi.

    1. Pengurusan hutang

    Perlu: Kad kredit juga datang dengan tanggungjawab besar – anda perlu berdisiplin membayar baki atau hutang setiap bulan untuk mengelakkan caj faedah. 

    Kalau anda seorang yang berdisiplin dan mampu membayar tepat pada masa, besar kemungkinan pemilikan kad kredit akan menguntungkan. Ia boleh membantu anda mengurus pembelian yang lebih besar tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

    Tidak perlu: Sekiranya anda mempunyai hutang sedia ada yang banyak, elakkan mengambil kad kredit. Sebab jumlah hutang akan bertambah dan anda terbeban untuk menyelesaikan semua pembayaran termasuk caj kadar faedah yang tinggi.

    Terpulang juga kepada gaya hidup. Kalau anda mempunyai tabiat berbelanja berlebihan, bimbang terlebih belanja atau khuatir hutang dengan kadar faedah tinggi terkumpul kerana tidak mampu bayar, elakkan daripada mendapatkan kad kredit.

    Memiliki kad kredit bukanlah satu keperluan mutlak tetapi ia boleh menjadi alat yang sangat berguna jika digunakan dengan bijak.

    Tanpa pengurusan kewangan yang baik, ia boleh membawa kepada beban hutang yang tidak diingini. Tidak perlu ikut trend atau bersetuju dengan segala tawaran daripada bank. 

    Buat penyelidikan yang teliti dan tepuk dada tanya selera: perlu atau tidak? – RELEVAN

    featured kad kredit kewangan

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.