Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ibu dan kemurungan selepas bersalin

    Ibu dan kemurungan selepas bersalin

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 4, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Statistik mendapati satu daripada 10 wanita mengalami PPD. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    KEMURUNGAN selepas bersalin atau postpartum depression (PPD) merupakan satu penyakit mental yang berlaku terhadap wanita selepas melahirkan anak. 

    Ia merupakan satu komplikasi yang sangat lazim. Statistik dari NHS United Kingdom (UK) mendapati satu daripada 10 wanita mengalami PPD. 

    Menurut manual DSM-5, PPD adalah perubahan dari segi fizikal, emosi dan tingkah laku wanita selepas melahirkan anak. Ia bermula empat minggu selepas bersalin. 

    Wanita yang mengalami PPD sukar mengawal emosi. Mereka mungkin akan menangis tanpa sebab atau dihantui rasa bersalah secara tiba-tiba. 

    Gangguan emosi tersebut boleh menyebabkan ibu mengalami masalah untuk menjaga bayi dengan baik. Dalam kes yang serius, ibu yang mengalami PPD akan berasa ‘benci’ atau ‘tidak menyayangi’ anak sendiri. 

    Ada pula yang menjadi terlalu risau akan keselamatan anak sehingga takut menyusukan anak masing-masing. 

    Di Malaysia, kemurungan selepas bersalin turut dikenali sebagai meroyan. 

    Beza baby blues dan PPD

    kemurungan selepas bersalin
    Wanita yang mengalami kemurungan lebih empat minggu selepas bersalin perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin. – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Selepas beberapa hari melahirkan anak, normal untuk para ibu mengalami baby blues – satu keadaan yang boleh menyebabkan wanita rasa resah dan tertekan.

    Kira-kira 50 hingga 75 peratus wanita akan mengalami baby blues selepas melahirkan anak.  

    Menurut laman sesawang Tabung Darurat Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), perubahan hormon terutamanya penurunan tahap progesteron dalam badan ialah punca utama wanita rasa letih dan sukar untuk tidur malam.

    Selain progesteron, hormon tiroid juga akan berkurang dengan drastik selepas bersalin. Tahap tiroid yang rendah dalam badan boleh menyebabkan simptom depresi. 

    Dengan sokongan daripada pasangan, ibu bapa dan rakan-rakan, selalunya simptom baby blues akan hilang dengan sendirinya dalam masa dua minggu. 

    Namun, kemurungan selepas bersalin berbeza dengan baby blues. Keresahan yang dialami selalunya berlarutan sehingga satu tahun selepas bayi dilahirkan. 

    Artikel berkaitan: Ibu bapa, jangan biar anak guna baby walker!

    Artikel berkaitan: Anak tidak mahu makan? 7 perkara ini boleh bantu ibu bapa pujuk mereka

    Benar, semua orang risau akan keselamatan anak. Namun, mereka yang menghidap PPD mempunyai kerisauan yang melampau sehingga tidak mampu meneruskan hidup dengan tenang. 

    Malah, satu hingga tiga peratus wanita yang menghidap PPD juga berkemungkinan mengalami kecelaruan obsesif kompulsif (OCD). 

    Kemurungan selepas bersalin boleh mendatangkan bahaya kepada kedua-dua bayi dan anak. Wanita perlu mendapatkan bantuan profesional sekiranya:

    • Simptom PPD berlarutan lebih dua minggu
    • Tidak boleh meneruskan hidup seperti biasa 
    • Muncul perasaan ingin menyakiti diri sendiri atau bayi. 
    • Rasa amat resah, takut dan panik sepanjang hari. 

    Faktor risiko yang terbesar bagi PPD ialah sejarah masalah mental yang tidak terawat, seperti depresi dan keresahan yang berlaku sepanjang kehamilan.

    Selain itu, masalah kewangan juga boleh menyumbang kepada PPD. 

    Menurut kajian yang dimuatkan dalam jurnal Clinical Practice, 20 peratus wanita yang menghidap PPD akan kekal menghidap depresi setahun selepas melahirkan anak. 

    Sebanyak 13 peratus lagi akan mempunyai depresi yang berlarutan selama dua tahun. 

    Jika tidak dirawat, kemurungan selepas bersalin boleh mendatangkan masalah kesihatan lebih serius dan berupaya meretakkan hubungan kekeluargaan. 

    PPD bukanlah satu tanda kelemahan sebagai seorang ibu. Ia adalah satu komplikasi selepas bersalin. Dengan rawatan yang sewajarnya, kemurungan selepas bersalin boleh diatasi.  

    Mengelakkan kemurungan selepas bersalin

    kemurungan selepas bersalin
    PPD boleh diatasi sekiranya wanita mempunyai sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. – GAMBAR HIASAN/FREEPIK
    1. Pastikan anda mendapat sokongan daripada orang tersayang. Sejurus selepas kelahiran anak, kebanyakan ibu bapa baharu akan ada masalah untuk menyesuaikan diri. Ini merupakan perkara biasa. Pastikan anda boleh makan dan tidur dengan cukup. Jangan takut untuk mendapatkan bantuan daripada orang lain sekiranya perlu. 
    2. Dapatkan kaunseling. Ada banyak jenis kaunseling atau terapi yang dapat membantu wanita menguruskan simptom PPD dan keresahan, salah satunya adalah terapi kognitif tingkah laku. 
    3. Ambil ubat. Ada beberapa jenis ubat yang sangat berkesan bagi mengurangkan simptom kemurungan selepas bersalin. Kebanyakan ubat-ubatan itu juga tidak akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. 
    4. Bercakap dengan orang lain yang mempunyai pengalaman sama. Kadangkala, rakan-rakan atau ibu kita sendiri mungkin ada pengalaman berhadapan dengan PPD. Anda boleh bercakap atau luahkan perasaan kepada mereka. Mereka mungkin boleh berikan nasihat atau tip yang berkesan untuk mengurangkan simptom yang dialami. – RELEVAN
    Previous ArticleSains di sebalik kecurangan
    Next Article Ipoh sebagai satu bunyi, Ipoh sebagai seruang seni

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.