Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sains di sebalik kecurangan

    Sains di sebalik kecurangan

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 3, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kecurangan adalah apa sahaja bentuk hubungan sama ada secara seksual, emosi atau kedua-duanya yang dilakukan di belakang pasangan masing-masing. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    KECURANGAN adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap pasangan. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu perkara yang luar biasa.

    Lagipun, kecurangan berlaku setiap masa kepada hampir setiap orang yang kita kenal, sama ada artis terkenal, rakan sejawat ataupun ahli keluarga sendiri.

    Artis popular, Brat Pitt pernah mencurangi bekas isterinya, Jennifer Aniston dengan Angelina Jolie. Menurut laporan tabloid, Pitt jatuh cinta dengan Jolie ketika merakam filem Mr. & Mrs. Smith.

    Bagaimanapun, jodoh mereka tidak kekal lama. Pitt dan Jolie berkahwin selama dua tahun sebelum bercerai pada 2016.

    Menurut kajian yang dimuatkan dalam jurnal Personality and Individual Differences, kecurangan adalah satu fenomena merentas zaman yang berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

    Sepanjang hidup, satu daripada tiga pasangan di Amerika Syarikat (AS) dijangka akan mengalami masalah rumah tangga disebabkan kecurangan pasangan.

    Sukar untuk mencari logik di sebalik kecurangan seseorang. Kadangkala, ia boleh berlaku tanpa sebab yang munasabah.

    Bagaimanapun, dapatan tersebut bukanlah bermaksud tidak ada lagi insan yang setia di dunia ini.

    Namun, perkara itu mencetuskan satu persoalan — mengapa sanggup curang, sedangkan ada yang boleh setia?

    Mengapa tidak setia?

    kecurangan
    Satu daripada tiga pasangan di Amerika Syarikat (AS) dijangka akan mengalami masalah rumah tangga disebabkan kecurangan pasangan. – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Bagi memahami mengapa seseorang itu curang, penting untuk kita mengetahui sebab kecurangan tersebut terlebih dahulu.

    Tidak mustahil, individu yang curang itu mempunyai bebanan masa lalu yang menimbulkan trauma dalam diri.

    Misalnya, mereka mungkin datang daripada keluarga yang berpecah belah, terlalu sunyi dan tidak berpuas hati terhadap perkahwinan sendiri atau pernah ditinggalkan sebelum ini.

    Ada juga yang sememangnya mempunyai niat jahat dan tidak mempunyai empati sehingga sanggup menduakan pasangan sendiri.

    Tetapi, apakah maksud sebenar kecurangan?

    Menurut Rokach dan H. Chan dalam kajiannya, kecurangan adalah apa sahaja bentuk hubungan sama ada secara seksual, emosi atau kedua-duanya yang dilakukan di belakang pasangan masing-masing.

    Walaupun kebanyakan kes kecurangan melibatkan seks, ia selalunya berlaku bukan kerana hubungan seksual semata-mata.

    Kebanyakan individu yang curang mengakui ada rasa sayang dan cinta dalam hubungan tersebut.

    Malah, mereka juga mengakui mendapat kepuasan daripada kekasih gelap masing-masing, terutamanya jika mereka tidak bahagia dalam hubungan sedia ada.

    Ada dua sebab utama mengapa seseorang itu memilih untuk curang. Pertama ialah keinginan untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain. Kedua adalah kurangnya kemesraan bersama pasangan.

    Selain itu, perbezaan taraf hidup (atau apa yang orang panggil sebagai tidak sekufu) juga boleh menjadi punca kecurangan.

    Ia boleh berlaku jika salah seorang merasakan pasangan mereka tidak berada di tahap yang sama atau tidak berupaya untuk menyumbang dalam hubungan sedia ada (seperti jatuh sakit, kehilangan pekerjaan dan sebagainya).

    Artikel berkaitan: Keburukan cinta pejabat serta segala horor yang menanti pelakunya

    Artikel berkaitan: 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    Adakah kecurangan merupakan pembunuh satu-satu hubungan?

    Mengejutkan, hanya satu daripada lima (20.4 peratus) hubungan berakhir akibat kecurangan. – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Menurut Profesor Gary W. Lewandowski dalam artikelnya di Scientific American, semuanya bergantung kepada apa penyebab utama kecurangan tersebut berlaku.

    Jika ia berlaku disebabkan kemarahan, ketiadaan rasa cinta atau keengganan untuk terus komited kepada pasangan, besar kemungkinan hubungan tersebut akan terkubur.

    Kajian yang dilakukan terhadap 495 individu di AS itu juga mendapati wanita selalunya akan curang lebih lama berbanding lelaki.

    Namun, sekiranya ditangkap, wanita lebih cenderung mengakui kecurangan sendiri.

    Masyarakat melihat kecurangan sebagai satu perkara yang dilakukan secara diam-diam. Namun, kajian sama mendapati, individu yang curang disebabkan kurangnya rasa cinta selalunya tidak takut untuk mencium atau memegang tangan pasangan walaupun di tempat awam.

    Namun, mereka yang curang akibat situasi, misalnya terjebak dalam cinta pejabat, selalunya tidak akan bercinta secara terbuka kerana takut tertangkap.

    Apa yang mengejutkan, hanya satu daripada lima (20.4 peratus) hubungan berakhir akibat kecurangan. Malah, hampir 21.8 peratus mengakui mereka memaafkan pasangan masing-masing walaupun pernah curang di belakang mereka.

    Tetapi, ingatlah, jarang sekali kecurangan membawa kepada hubungan yang berjaya.

    Kajian sama mendapati, hanya satu daripada 10 hubungan yang berlaku akibat kecurangan akan berkekalan. – RELEVAN

    curang featured isteri kecurangan pasangan pendidikan suami
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.