Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 3 isu utama yang merencat pengurusan harta pusaka

    3 isu utama yang merencat pengurusan harta pusaka

    By MOHD SYAHBANI KARIM JELANIAugust 8, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PROSES tuntutan harta pusaka boleh terencat disebabkan beberapa isu yang sering berlaku. - GAMBAR HIASAN/KOSMO!

    “SEKEJAP pergi mahkamah dapatkan sijil faraid. Ini dapat pula arahan minta rujuk Pejabat Tanah (dan Daerah). Yang terkini diarah pula ke pejabat Amanah (Raya Berhad),” bentak Nizam.

    Dia diarah ke pelbagai agensi untuk membuat pengurusan pentadbiran pusaka bapanya yang telah meninggal dunia.

    Kebanyakan kita mungkin pernah mengalami situasi seperti Nizam. Selepas berlakunya kematian pemilik harta, urusan tuntutan harta dan penyelesaian segala tanggungan (hutang piutang) si mati seolah menjadi beban kepada penerima dan ahli waris yang berhak.

    Ketiadaan ilmu pewarisan dalam kalangan keluarga, kelewatan memulakan urusan tuntutan dan kepincangan hubungan kekeluargaan dilihat antara punca utama tuntutan harta pusaka tidak dapat dikendalikan dengan baik dan berkesan.

    Biar saya terangkan tiga isu utama dalam pengurusan pusaka tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kenali 3 badan berautoriti yang boleh mengeluarkan Sijil Kuasa Mentadbir harta pusaka

    Ilmu merancang dan mengurus harta

    Proses tuntutan harta pusaka memerlukan pentadbir. Pentadbir akan dilantik bagi mengelolakan urusan permohonan, siasatan harta/aset dan liabiliti si mati.

    Proses tersebut memerlukan pentadbir mengetahui kaedah dan proses bersesuaian yang merangkumi:

    • Bidang kuasa yang berbeza antara jabatan-jabatan dengan agensi berkaitan seperti Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Syariah, Unit Pembahagian Pusaka Kecil dan Amanah Raya.
    • Syarat-syarat permohonan bergantung kepada kategori harta (harta alih dan tidak alih) serta nilaian keseluruhan aset-aset si mati.
    • Tempoh masa dan juga kos yang perlu diperuntukkan bagi menyelesaikan satu-satu kes pentadbiran harta pusaka.

    Kegagalan untuk memahami bidang kuasa permohonan pusaka menyebabkan pemohon atau ahli waris perlu memperuntukkan masa yang lebih panjang untuk membuat keputusan yang tepat.

    ARTIKEL BERKAITAN: 8 kepentingan perancangan pusaka dan pentadbiran harta

    Lewat memulakan permohonan

    “Tenang-tenang sahajalah, Mak. Arwah ayah baru saja meninggal. Takkan kita nak sibuk-sibuk, macam tamak pula nak tuntut harta arwah. Bukannya sampai berjuta-juta pun!”

    Senario yang wujud dalam kalangan waris yang merasakan tiada keperluan untuk terburu-buru menyelesaikan urusan pembahagian harta.

    Harus diingat: ada ibu tunggal, anak yatim dan ibu bapa yang sangat mengharapkan pembahagian harta dibuat dengan tuntas bagi membolehkan manfaat harta si mati dibahagikan kepada yang layak.

    Namun, dengan berlakunya keadaan di atas, tak mungkin pembahagian dapat diteruskan dengan sempurna.

    Ditambah pula masalah lain yang mula timbul apabila berlakunya kematian pada waris yang sepatutnya menerima harta (mati berlapis), kehilangan dokumen penting serta maklumat harta si mati.

    Begitu juga kesukaran mendapatkan kerjasama akibat kesibukan dan juga ego dalam kalangan waris.

    ARTIKEL BERKAITAN: Uruskan harta pusaka bukannya mudah

    Hubungan kekeluargaan yang pincang

    Air dicincang tidak akan putus bermaksud dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. Tetapi bagaimana pula dengan hubungan kekeluargaan yang mula retak akibat perselisihan pembahagian harta pusaka?

    Ada waris yang tidak bersetuju dengan pembahagian berdasarkan undang-undang, sama ada melalui faraid atau Akta Pembahagian 1958.

    Ada waris yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemegang amanah apabila menganggap peranannya sebagai pemegang amanah bermakna dia merupakan pemilik harta mutlak.

    Ada penama (simpanan KWSP atau Tabung Haji) yang juga beranggapan dirinya pemilik mutlak harta.

    Acapkali saya berhadapan situasi itu dan sebenarnya, jalan penyelesaian terbaik adalah melalui perbincangan dalam kalangan waris-waris.

    Perbincangan yang baik dan teratur mampu menyelesaikan isu pembahagian harta pusaka dengan baik.

    Perkongsian ringkas ini diharapkan dapat membuka minda masyarakat tentang kepentingan proses pentadbiran harta pusaka.

    Inisiatif perancangan pusaka dan pengurusan harta yang bersesuaian seperti penulisan wasiat dan hibah sememangnya akan membantu melancarkan proses pengurusan harta si mati. – RELEVAN

    Previous ArticleAutisme dalam kalangan dewasa, ini cirinya
    Next Article Lima tahap kesedihan menurut Kübler-Ross

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.