Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Autisme dalam kalangan dewasa, ini cirinya

    Autisme dalam kalangan dewasa, ini cirinya

    By Umi FatehahAugust 7, 2024Updated:September 19, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Autisme dalam kalangan dewasa, ini cirinya. - GAMABR HIASAN RUSSEL BARRIENTOS/UNSPLASH

    BIASANYA kita dengar autisme didiagnosis pada peringkat umur kanak-kanak. Namun, apa yang biasanya terkait dengan kanak-kanak, dewasa juga tidak terkecuali.

    Pada peringkat kanak-kanak, gejala autisme lebih mudah dikenal pasti. Hal ini kerana simptom-simptomnya melibatkan perkembangan komunikasi dan perilaku yang tidak normal.

    Mereka berkemungkinan sukar memahami ekspresi wajah, bahasa tubuh dan sering kelihatan tidak tertarik pada permainan atau interaksi sosial.

    Namun, apabila autisme didiagnosis pada orang dewasa, cabarannya lebih rumit. Orang dewasa dengan autisme mungkin ada cara tersendiri untuk menyembunyikan gejala. Hal ini menyebabkan para doktor sukar melakukan diagnosis yang lebih tepat.

    Berikut merupakan beberapa ciri-ciri autisme dalam kalangan dewasa.

    1. Perbezaan dalam komunikasi sosial

    Cara golongan dewasa dengan autisme berkomunikasi agak berbeza.

    Mereka cenderung bercakap secara terus terang dengan semua orang termasuk ahli keluarga, rakan sekerja dan orang asing. 

    Terus terang di sini bermaksud cakap tidak berlapik. Perkara ini mungkin membuatkan ramai orang salah faham, walaupun mereka sebenarnya tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa.

    Sebagai contoh, apabila diminta pendapat mengenai sesuatu, mereka mungkin memberikan jawapan jujur dan terbuka tanpa mempertimbangkan perasaan orang lain. 

    Selain itu, mereka mungkin sukar memahami jenaka, sindiran atau ungkapan-ungkapan yang memerlukan pemahaman kontekstual.

    Perbezaan gaya komunikasi boleh menimbulkan cabaran dalam pelbagai situasi sosial. Di tempat kerja, misalnya, mereka mungkin sukar untuk bekerja dalam pasukan atau berkomunikasi dengan orang-orang atasan.

    1. Perbezaan dalam komunikasi bukan lisan

    Komunikasi bukan sahaja melalui pertuturan tetapi dari segi bahasa badan dan pandangan mata.

    Individu dengan autisme mungkin dapat fokus semasa perbualan jika mereka tidak memandang mata orang lain. Pandangan mata boleh menyebabkan mereka berasa tidak selesa atau terganggu sehingga sukar menumpukan perhatian pada perbualan.

    Selain itu, mereka mungkin mempunyai suara yang mendatar (nada yang sama), bercakap dengan kuat tanpa menyedarinya dan mempamerkan corak pertuturan berlebihan. 

    Contohnya, mereka mungkin bercakap dengan intonasi mendatar. Perkara ini boleh menyebabkan pertuturan mereka kedengaran kurang ekspresif. Ada juga yang mungkin bercakap terlalu kuat atau perlahan dan tidak sesuai dengan situasi.

    Dalam konteks sosial, mereka mungkin dilihat sebagai kurang mesra atau kurang berminat, walaupun sebenarnya mereka hanya berkomunikasi dengan cara berbeza.

    1. Kesukaran untuk mengekalkan hubungan

    Mereka kebanyakannya sukar mengekalkan hubungan sosial sama ada berkawan, bercinta dan sebagainya.

    Walaupun mempunyai keinginan menjaga hubungan, mereka sering berhadapan dengan situasi malang disebabkan perbezaan cara berkomunikasi.

    Misalnya, individu dengan autisme mungkin tidak mempunyai kemahiran read the room. Contohnya, tahu bila untuk mencelah dan bagaimana mahu menunjukkan minat pada topik yang dibincangkan. 

    Ini boleh menyebabkan rakan mereka merasa tidak difahami atau dilayan secara acuh tidak acuh.

    1. Sukar mengenal pasti emosi

    Walaupun kebanyakan orang dapat menunjukkan perasaan gembira, sedih atau kecewa dengan mudah, individu autistik sukar meluahkan emosi mereka.

    Mereka sering memahami emosi melalui petunjuk fizikal seperti mengaitkan tangisan dengan kesedihan. Ramai individu dewasa dengan autisme juga mengalami alexithymia, iaitu kesukaran menerangkan emosi.

    Sebagai contoh, individu dengan autisme mungkin tidak dapat mengenali perasaan kecewa dalam diri mereka. Sebaliknya, mereka hanya menyedari perubahan fizikal seperti ketegangan otot atau peningkatan kadar degupan jantung. 

    Ini boleh menyukarkan mereka untuk berkomunikasi tentang emosi kepada orang lain. Ia juga mungkin mengakibatkan kekeliruan atau salah faham dalam interaksi sosial.

    1. Tekanan dan anxiety akibat menyembunyikan gejala

    Majoriti orang dewasa autistik menyembunyikan gejala mereka sama ada kerana malu atau tidak mahu dipandang serong oleh masyarakat. Keadaan ini sememangnya akan membuatkan mereka sentiasa dalam keadaan tertekan dan bimbang. 

    Secara dasarnya, mereka tertekan kerana perlu cuba sehabis baik agar sisi autistik mereka tidak diketahui orang ramai. Bimbang pula kerana sentiasa risaukan pandangan orang dan rahsia mereka bocor.

    Untuk mengatasi masalah itu, mereka mungkin melakukan stimming, iaitu pergerakan atau bunyi yang dilakukan secara berulang-ulang. 

    Contoh stimming termasuk menggeleng-gelengkan tangan, menggoyangkan badan atau mengeluarkan bunyi tertentu. 

    Aktiviti-aktiviti ini membantu mereka menenangkan diri dan mengawal emosi yang mungkin meluap. Stimming berfungsi sebagai cara untuk mengekspresikan dan mengatasi tekanan yang tidak dapat diluahkan dengan cara lain. – RELEVAN

    Previous ArticleGaji progresif bantu PKS kekalkan pekerja berkemahiran tinggi
    Next Article 3 isu utama yang merencat pengurusan harta pusaka

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.