Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Uruskan harta pusaka bukannya mudah

    Uruskan harta pusaka bukannya mudah

    By MOHD AZMIN AB. KARIMJune 4, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BUATLAH keputusan yang bijak ketika menguruskan harta pusaka. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BEBERAPA tahun lepas, saya pernah didatangi seorang rakan usai kematian orang tuanya yang meninggalkan 10 buah rumah yang bernilai RM1 juta setiap satu.

    Ada antaranya masih mempunyai hutang dan ada juga yang sudah ada geran di tangan.

    Sudah tentu kerunsingan rakan saya itu adalah tentang kos pentadbiran harta pusaka yang pastinya melangit. Ditambah dengan ketiadaan tunai yang mencukupi untuk menampung kos yang bukan calang-calang, semua itu membuatkan dia resah gelisah.

    Saya cuba beri pandangan setelus mungkin: buat dengan syarikat peramanahan kita yang terulung. Dia hanya memandang sinis.

    Lawak hambar

    Memandangkan dia seramai tiga beradik telah mempunyai rumah seorang satu hasil peninggalan orang tuanya, maka saya mencadangkan agar satu daripada rumah tersebut dijual.

    Bukan saja boleh menampung kos pengurusan pusaka tersebut, malah ada lebihan tunai lagi. “Boleh pergi Disneyland balik hari,” seloroh saya tetapi sambutannya hambar.

    Dia menolak cadangan itu atas faktor sentimental. Sayang, katanya. Itu kenangan dengan arwah Papa.

    Melayu kalau bab sentimental memang susah. Tak boleh nak buat apa.

    Dan katanya lagi, dia berhasrat membuat urusan pusaka melalui peguam sahaja. Dia sangka, itu lebih cepat dan mudah. Dia malah menambah, syarikat peramanahan selalu lambat.

    Saya sambut kata-katanya dengan senyum tipis. Terserah. Itu pilihan dan duit masing-masing.

    Tepuk dada, tanya siapa?

    Baru-baru ini saya ada berjumpa dengannya. Sebaik berjumpa, dia terus buka mulut bercerita.

    Dia kesal sebab urusan pusaka itu masih tergantung dan baru separuh yang dipindah milik. Separuh lagi belum selesai kerana mempunyai hutang dengan bank.

    Katanya, banyak juga wang sudah dihabiskan tapi ia tetap belum selesai.

    Pengurusan harta pusaka memang nampak senang tapi dia lupa. Aset yang mempunyai hutang dengan bank pasti mempunyai urusan dokumentasi yang lebih rumit dan melibatkan kos.

    Kos itu pula memang tak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi apabila berurusan dengan peguam. Pasti ada caj profesional yang dikenakan.  Lebih rumit proses, lebih tinggi bayarannya.

    Kali ini saya pula yang tersenyum sinis. 

    Memang urusan pusaka memerlukan kos yang agak tinggi, apatah lagi melibatkan portfolio harta yang banyak sebegitu.

    Jika tiada tunai, sebolehnya jual salah satu aset tak alih yang ada untuk menampung kos pengurusan pentadbiran pusaka tersebut. Bakinya boleh dibuat simpanan untuk semua waris.

    Akhir kata, uruskan harta pusaka bukannya mudah. Ia pasti melibatkan kos. Jika si mati membuat perancangan melalui wasiat atau hibah, barulah urusannya lebih mudah.

    Pilihlah nasihat daripada mereka yang benar-benar arif dalam bidang masing-masing. Tepuk dada, tanyalah duit dalam bank, cukup tak nak tampung semua kos pentadbiran pusaka itu? – RELEVAN

    *Penulis merupakan Pegawai Amanah Raya dan telah berada dalam industri perwarisan sejak 2006. Berpengalaman sebagai Penulis Wasiat & Pegawai Pusaka serta sebagai penceramah jemputan yang berkongsi tentang kepentingan perancangan harta pusaka untuk sektor awam dan juga korporat.

    Amanah Raya featured harta pusaka kewangan Relevan Kongsi
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.