Facebook Twitter
    Trending
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    • Apa erti bekerja dalam kehidupan?
    • Memahami hak sebagai pekerja
    • Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas
    • 15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025

      5 tip belanja raya dengan bijak: Bahagia beraya, poket tak merana

      March 13, 2025
    • Pendidikan

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025

      Pencapaian SPM 2024 terbaik dalam tempoh 11 tahun

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025

      Apa erti bekerja dalam kehidupan?

      May 1, 2025

      Memahami hak sebagai pekerja

      May 1, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenali 3 badan berautoriti yang boleh mengeluarkan Sijil Kuasa Mentadbir harta pusaka

    Kenali 3 badan berautoriti yang boleh mengeluarkan Sijil Kuasa Mentadbir harta pusaka

    By AHMAD MUSTAPHAJune 1, 2024Updated:August 8, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AMANAH RAYA merupakan salah satu badan berautoriti yang boleh mengeluarkan SKM di Malaysia. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
    Pegawai Amanah Raya Berhad, Ahmad Mustapha.

    JARANG orang mahu mengambil tahu tentang badan berautoriti yang bertanggungjawab mengurus dan mengagih harta pusaka bersama had kuasa masing-masing.

    Hanya mereka yang mengalami atau mempunyai kesedaran tentang pengurusan harta yang akan memberi perhatian kerana pengetahuan tersebut boleh membantu mereka menurunkan harta kepada penerima yang dikehendaki dalam tempoh yang pendek.

    Kita dengar tentang isu harta pusaka beku sehingga berbilion ringgit dan pertelingkahan antara waris berstatus selebriti. Kita tahu isu tersebut boleh berlaku pada siapa sahaja tapi tahukah kita tentang pihak yang diberi autoriti untuk memproses harta pusaka di Malaysia?

    Artikel ini akan membantu anda memahami ruang tugas badan berautoriti yang boleh mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir (SKM) harta pusaka.

    Hal ini penting kerana hanya dengan SKM, wang dapat dikeluarkan dari akaun bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan pertukaran nama pemilikan aset dapat dibuat.

    Terdapat tiga sahaja badan berautoriti yang boleh mengeluarkan SKM di Malaysia dengan had kuasa yang berbeza, iaitu:

    • Amanah Raya Berhad (ARB)

    Untuk harta alih sahaja yang tidak melebihi RM600,000

    • Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)

    Untuk harta tak alih (rumah atau tanah) dan harta alih dengan nilaian keseluruhan harta pusaka tidak melebihi RM2 juta

    • Mahkamah Tinggi Sivil

    Untuk harta alih melebihi RM600,000 atau harta alih dan tak alih dengan nilaian keseluruhan melebihi RM2 juta

    Skop perkhidmatan

    Had kuasa setiap badan berautoriti membolehkan kita tahu pihak mana yang perlu dirujuk mengikut nilai dan jenis harta yang ingin diurus.

    Selain itu, kita juga perlu tahu skop perkhidmatan yang ditawarkan ketiga-tiga organisasi tersebut. Perbandingan itu boleh dilihat dalam jadual di bawah:

    • Amanah Raya Berhad
    Perkhidmatan Kesediaan Penerangan
    Konsultasi pengurusan harta pusaka Ya Diberi secara percuma
    Pentadbiran harta pusaka Ya Meliputi semua harta pusaka
    Agihan harta pusaka Ya Meliputi semua harta pusaka
    Masuk ke mahkamah Ya Sebagai pentadbir kepada harta waris

    Kebiasaan tempoh proses oleh ARB adalah secepat satu bulan secara laluan pantas (fast lane) untuk kenderaan sahaja dan empat bulan minimum dari tarikh lengkap dokumen.

    • Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil
    Perkhidmatan Kesediaan Penerangan
    Konsultasi pengurusan harta pusaka Tidak Hanya mengeluarkan SKM apabila dokumen lengkap
    Pentadbiran harta pusaka Tidak –
    Agihan harta pusaka Tidak –

    Kebiasaan tempoh proses oleh Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil adalah selama lima setengah bulan jika tiada sebarang masalah.

    • Mahkamah Tinggi Sivil
    Perkhidmatan Kesediaan Penerangan
    Konsultasi pengurusan harta pusaka Tidak Hanya mengeluarkan SKM apabila dokumen lengkap
    Pentadbiran harta pusaka Tidak –
    Agihan harta pusaka Tidak –

    Kebiasaan tempoh proses oleh Mahkamah Tinggi Sivil adalah minimum sebulan.

    Perkhidmatan menyeluruh

    ARB menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh untuk mengurus harta pusaka, tanpa mengira jenis atau nilai harta tersebut.

    Berbanding dua autoriti lain yang hanya mengeluarkan SKM, ARB menyediakan konsultasi, malah menjalankan pentadbiran dan agihan harta pusaka.

    Disebabkan itu, wujud perbezaan dari segi nilai bayaran dan tempoh masa antara ketiga-tiga autoriti kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah berbeza.

    Semoga maklumat ini dapat membantu anda mengenal pasti pihak yang betul untuk dirujuk bergantung kepada situasi masing-masing. – RELEVAN

    Ahmad Mustapha merupakan Pegawai Amanah Raya Berhad yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam mengendali pengurusan harta pusaka dan berpengalaman dalam membantu rakyat Malaysia membuat perancangan perwarisan melalui instrumen wasiat, amanah dan hibah.

    amanah raya berhad featured harta pusaka kewangan
    Artikel Terkini

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025

    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    May 7, 2025

    Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

    May 6, 2025

    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    May 2, 2025

    Apa erti bekerja dalam kehidupan?

    May 1, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.