Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menjadi pemberani di tempat kerja

    Menjadi pemberani di tempat kerja

    By August 2, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEBERANIAN merupakan satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap pekerja, tidak kiralah apa jawatan atau pangkat yang dipegang. 

    Selalunya, lebih besar jawatan yang disandang, semakin pentinglah untuk individu tersebut menjadi seorang pemberani.

    Seorang pengurus perlu berani menegur anak-anak buahnya jika ada yang tidak mematuhi undang-undang di pejabat.

    Dia juga perlu berani membuat keputusan beretika dan menjadi suara pekerja walaupun berhadapan dengan kecaman daripada pihak tertentu.

    Seorang pekerja biasa pula perlu berani mencuba perkara-perkara baharu jika ingin maju dalam kerjaya masing-masing.

    Menurut sebuah kajian oleh syarikat perkhidmatan teknologi maklumat (IT), Accenture, individu yang bekerja di syarikat yang menggalakkan inovasi, menghormati pendapat orang lain dan menggalakkan pemikiran luar kotak lebih produktif, kurang stres dan jarang jatuh sakit.

    Kajian sama juga mendapati pekerja yang berani mencuba dan tidak takut bersuara boleh membawa perubahan positif di tempat kerja.

    Mengeluarkan singa dalam diri

    Berbeza dengan tanggapan umum, menjadi berani bukan kerana perasaan takut itu tidak wujud. Sebaliknya, rasa takut itu tetap ada.

    Namun sang pemberani di tempat kerja tidak gentar mengambil tindakan untuk memastikan kemaslahatan para pekerja atau diri sendiri terus terjaga.

    Menjadi berani juga bukan bermaksud menjadi garang seperti singa di tempat kerja. Majikan yang baran adalah punca utama pekerja hilang rasa hormat.

    Bos atau pekerja yang agresif dan defensif juga tidak layak digelar pemberani. Ini merupakan satu jenis keberanian yang bersifat memusnahkan dan bukan membina.

    Keberanian di tempat kerja melibatkan profesionalisme yang tinggi. Dalam ketegasan, kita tetap perlu terapkan sensitiviti dalam sebarang tindakan.

    Majikan atau pekerja yang berani tidak takut untuk menyuarakan pendapat masing-masing walaupun ia bertentangan dengan majoriti.

    ARTIKEL BERKAITAN: Dahulukan kerja paling sukar untuk tingkatkan produktiviti

    ARTIKEL BERKAITAN: Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    Menjadi berani di tempat kerja juga bermaksud anda tidak takut untuk melindungi rakan-rakan lain yang berhadapan dengan sebarang bentuk gangguan atau ketidakadilan di tempat kerja.

    Namun, bukan semua orang boleh menjadi berani. Jadi, apakah cara terbaik untuk terapkan sifat ini dalam diri?

    Yakin boleh – Pertama sekali, terapkan rasa yakin dalam diri. Jika berhadapan dengan sebarang cabaran, anggaplah ia merupakan satu peluang untuk belajar.

    1. Senaraikan kekuatan dan kelemahan anda – Semua orang ada kekuatan masing-masing di tempat kerja. Dengan mengenal pasti kekuatan diri, anda boleh menjadi lebih yakin dan berani dalam membuat sebarang keputusan.
    2. Takut hendak buat keputusan? – Senaraikan baik buruknya sebelum membuat pilihan. Fokus pada perkara positif dan bukan negatif. Ini dapat membantu anda lebih berani maju ke hadapan.
    3. Keluar dari zon selesa – Anggaplah keberanian ini seakan-akan otot badan. Semakin banyak anda bersenam, semakin kuatlah otot tersebut. Keberanian juga sama, ia akan datang dengan sendirinya jika anda sering mencuba perkara baharu dan tidak takut untuk keluar dari zon selesa.

    Ingatlah, mereka yang tidak takut mengambil risiko selalunya lebih berkemungkinan untuk maju dalam kerjaya masing-masing.

    Jika anda ingin memegang jawatan yang lebih tinggi pada masa hadapan, jangan takut untuk bersuara, ambil risiko dan cuba perkara baharu walaupun ia di luar norma.

    Menjadi pemberani juga ada batasnya. Jangan biarkan diri terlalu yakin sehingga kita menganggap diri lebih dari orang lain.

    Menurut sebuah kajian oleh Univerisit Carnegie Mellon, seorang individu kerap bertindak secara berlebihan, lebih-lebih lagi apabila beranggapan mereka dalam bahaya.

    Malah, ramai juga yang membuat keputusan untuk memberanikan diri berhadapan dengan satu situasi yang sangatlah tidak masuk akal semata-mata untuk mengelakkan rasa malu. – RELEVAN

    Previous ArticleWanita, waspada dengan sakit jantung!
    Next Article Terlalu banyak sangat wang sampai tak tahu nak buat apa?

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.