Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    By May 31, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERJA keras Laila membuahkan hasil apabila dia menerima dua pengiktirafan di atas kerja kerasnya iaitu Anugerah Usahawan Wanita pilihan 2022 (Hiasan Dalaman-Pembuatan Kabinet) dan Anugerah Perniagaan PKS Cemerlang 2022 (Hiasan Dalaman-Pembuatan Kabinet).- FOTO OLEH MUHAMAD IQBAL ROSLI

    BERGELUT dengan tanggungan hutang yang besar setiap bulan membuatkan Anis Laila Adam, 35, tekad mengubah hidup dengan berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri walaupun tidak pernah terlintas bergelar usahawan.

    Keputusan tersebut diambil apabila syarikat yang dia bekerja tidak membayar komisen jualan selama tiga bulan dan dia hanya menerima gaji sebanyak RM2,000 sahaja sebulan.

    Pada ketika itu dia sudah bertugas selama sembilan tahun sebagai pereka jualan (sale designer) di sebuah syarikat pembuatan perabot.

    “Saya sudah tidak tahan dengan gaji sedemikian sedangkan saya boleh mendapat komisen lebih RM10,000 ribu untuk tiga bulan yang tertunggak itu.

    SELEPAS lima tahun menjalankan perusahaan hiasan dalaman dan pembuatan kabinet, Laila berjaya memiliki kilang pembuatan kabinet yang beroperasi di dua lot kedai dan menggaji 15 orang pekerja.- FOTO OLEH MUHAMAD IQBAL ROSLI

    “Ekoran tindakan syarikat tidak memberi komisen menyebabkan saya tidak mampu membantu suami untuk bersama-sama membayar komitmen bulanan yang mencecah RM6,000 hingga RM7,000 sebulan.

    “Saya terpaksa menutup pintu dan menyembunyikan diri di dalam rumah ketika pengutip hutang dari bank datang yang mana ketika itu saya sedang berpantang anak sulung,” cerita ibu kepada tiga orang cahaya mata itu.

    Ujarnya, dia berasa sangat tertekan dengan keadaan hidup pada ketika itu dan perkara tersebut disembunyikan daripada pengetahuan keluarga.

    Tidak mahu bersembunyi lagi, Anis Laila atau lebih mesra disapa Laila, mengambil keputusan berhenti kerja 24 jam dan memulakan perusahaan hiasan dalaman yang dikenali sebagai IDeas Master Home pada 2017.

    Jelas Laila, suaminya, Ainal Yusri Hussin yang juga bertugas di syarikat sama dia bekerja pada awalnya tidak menyokong tindakan isterinya itu kerana khuatir akan memburukkan lagi keadaan kewangan mereka.

    IDEAS Master Home mempunyai pasukan yang pakar dalam pembuatan kabinet dan berkolaborasi dengan 15 syarikat hiasan dalaman.- FOTO OLEH MUHAMAD IQBAL ROSLI

    “Saya berkeras mahu keluar dari syarikat itu kerana yakin dengan rezeki Allah dan tidak mahu terus dipergunakan sedangkan bayaran gaji diberikan tidak setimpal.

    “Syukur Allah permudahkan, IDeas Master Home berjaya mendapat projek hiasan dalaman yang pertama bernilai RM900,000 dan memperoleh komisen sebanyak RM70,000.

    “Dengan komisen itu saya membeli mesin bernilai RM17,000, menempah papan dan menggaji dua orang pekerja,” ujar pemegang Diploma Rekaan Dalaman dari Universiti Teknologi Mara, Seri Iskandar, Perak.

    Kini, selepas lima tahun menjalankan perusahaan tersebut, Laila berjaya memiliki kilang pembuatan kabinet yang beroperasi di dua lot kedai dan menggaji 15 orang pekerja.

    Lebih manis lagi dia menerima dua pengiktirafan di atas kerja kerasnya iaitu Anugerah Usahawan Wanita pilihan 2022 (Hiasan Dalaman-Pembuatan Kabinet) dan Anugerah Perniagaan PKS Cemerlang 2022 (Hiasan Dalaman-Pembuatan Kabinet).

    “Pada awal penubuhan syarikat ini kami membuat semua kerja-kerja hiasan dalaman, tetapi kini lebih memberi fokus kepada pembuatan kabinet.

    “Namun, saya tidak menolak jika ada klien meminta membuat keseluruhan proses hiasan dalaman dan juga menyediakan pelbagai rekaan kabinet.

    “IDeas Master Home mempunyai pasukan yang pakar dalam pembuatan kabinet dan berkolaborasi dengan 15 syarikat hiasan dalaman,” tutur anak kedua daripada empat beradik itu.

    Akui Laila, kehidupannya kini berubah yang mana dia bukan sahaja dapat menunaikan impian diri sendiri, tetapi juga dapat membantu keluarga.

    AINAL Yusri menjadi tulang belakang kepada kejayaan Laila.- FOTO OLEH MUHAMAD IQBAL ROSLI

    Melihat perniagaan yang diusahakan oleh wanita itu perkembang dengan maju dan mempunyai potensi besar. Suaminya mengikuti jejak langkah Laila dan berhenti kerja pada tahun 2019.

    Ainal Yusri yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pemasangan kabinet menjadi tulang belakang dan sahabat baik kepada Laila baik dalam dunia perniagaan dan juga kehidupan rumah tangga mereka.

    Di sebalik kemanisan yang dikecapi, Laila tidak terkecuali daripada ujian bergelar usahawan apabila dia mengalami kerugiaan RM105,000 ekoran seorang kliennya enggan membuat bayaran.

    “Mungkin ketika itu saya masih hijau dan tidak tahu selok-belok dalam perniagaan ini sehingga tertipu.

    “Pengalaman lalu banyak mengajar saya dan menjadi lebih matang dalam mengusahakan perniagaan ini,” tutur wanita yang berasal dari Kuala Lumpur itu.- RELEVAN

    berani featured hiasan zubaidah
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.